❝ You're the one thing that keeps making sense.
And I'm damn sure about that. ❞
➽───────────────❥
"So, how? Dah dapat apa yang aku nak tu?"
Vic menolak pintu balkoni di kamarnya lalu melangkah keluar ke ruang itu yang menghadap kolam renang di halaman belakang mahligainya. Dia perlukan privasi untuk berbicara sebentar. Rain yang masih tidur di atas katil, dikerling sekilas sebelum melontarkan pandangan ke depan semula.
Mendengar bicara Ben di hujung talian, Vic terdiam seketika sambil berdiri hampir di langkan batu dan meletakkan sebelah tangannya ke situ.
"So, you mean... Switzerland?"
Vic terdiam lagi.
"I don't mind the cost, as long as she gets the best physician and specialist that she needs. But..."
Vic terjeda. Dahinya dilurut.
Vic melontarkan pandangan terhadap Rain semula. Wanita itu masih tertidur pulas tanpa menyedari apa-apa. Tanpa sebarang gangguan, tidurnya umpama bayi yang baru lahir ke dunia. Ketenangan wanita itu tidur sepanjang malam tadi cukup melegakannya setelah beberapa hari lena wanita itu diganggu igauan. Pandangannya semerta melorot ke perut Rain.
Melihat kandungan wanita itu makin sarat membesar, Vic sedikit ragu dengan keputusannya. Dia tak yakin Rain akan membenarkan Rhea dibawa jauh darinya.
"I don't think that would be feasible for now."
Dia menggeleng sedikit sebelum melontarkan pandangan ke hujung kolam renang semula.
"I will discuss dengan Rain dulu. After all, she's her daughter. One more thing, kau ada dapatkan dokumen yang aku minta tu? Even if she agrees to my plan, the transfer process needs to be done properly and of course—legally. Since Raymond still hold the custody."
Vic diam sedetik dua sebelum menyambung sebaik mendengar jawapan dari hujung sana.
"Good, will look into it later. Get someone to pass it to me..."
Vic menggeleng pula.
"No. Not to my office. I told you, I won't be coming in the nearest time. Any documents that need my urgent signing, you can drop it off to my house. Unless that one particular document I mentioned earlier, please get someone to send it to the hospital today. I'll be there until evening."
Perbualan serius Vic dan Ben bersambung lagi tanpa menyedari Rain mula mencelikkan mata dek cahaya matahari yang menyinari ke dalam kamar. Perlahan-lahan dia bangun dan duduk sambil meraup wajah dan rambut. Kepalanya rasa tergayang lagi dek pengaruh alkohol yang bersisa dalam darah. Lantas, selimut ditolak sebelum dia menjuntaikan kaki ke bawah. Dia terduduk lesu di birai katil.
Tidurnya terasa cukupa lama, namun angkara alkohol yang diteguknya malam tadi, keletihan masih terasa bersisa dan menguasai khudratnya. Jujur, dia kesal namun perkara pun sudah terjadi. Tiada apa yang boleh dilakukannya.
Rain menggosok mata lalu mengerling jam dinding yang menunjukkan angka tujuh lebih. Masih awal kerana selalunya jam lapan setengah baru mereka bergerak ke hospital.
Serta-merta dia perasankan batang tubuh milik Vic yang berdiri di luar balkoni, sedang membelakangkannya. Dari tempat dia duduk, sempat dia mengagumi sosok itu yang memancarkan aura dan pesona yang luar biasa. Tampak maskulin, walau hanya dilitupi dengan sehelai jubah mandi satin berwarna hitam.

YOU ARE READING
His Broken Vow [C] | Ikrar Dusta | His Deceit Series #1
Romance━ 𝐕 𝐈 𝐂 𝐈 𝐎 𝐔 𝐒 ❝His broken vow is what she hellbound for❞ •• Rainata Blake ❝Rain❞ Mengapa 'Rain'? ❝because I live my whole life like one. Melancholy, full of misery and despodency...❞ Dalam hidup seorang Rainata, hujan itu benar-benar mengga...