❝ Mesmerizing charm, once unwanted,
now fills his soul with joy ❞
➽───────────────❥
Detik berganti detik.
Hari berganti hari.
Minggu berganti minggu.
Sedar tak sedar sudah lebih sebulan Rhea tak sedarkan diri, terus dalam keadaan lena yang entahkan bila bertemu penghujungnya.
Persis hubungannya dengan lelaki itu.
Ruang yang dipinta masih belum jumpa penghujungnya.
Ruang yang dipinta akhirnya makin menjarakkan lagi jurang antara mereka yang bermula hanya retak.
Tak dinafikan, Vic mencuba pelbagai cara dan usaha untuk memperbetulkan hubungan mereka selama sebulan ini.
Cuma dirinya...
Dia yang belum bersedia membuka pintu hati walau pintu itu pernah diketuk dan disinggahi lelaki itu buat seketika. Setelah dia menghalau Vic semula dari ruang itu, pintu itu kembali ditutup dan dikunci rapi.
Entah apa penyebabnya...
Yang Rain tahu, selepas malam di pinggir kolam itu, dia terasa tidak layak disayangi. Lagi-lagi oleh seorang lelaki sehebat Vic. Rasa bersalahnya menebal dalam diri. Kesal, angkara sebuah penipuan, kepercayaan lelaki itu kini hancur buatnya. Jika kepercayaan itu mahu dibina semula pun, Rain tak rasa dirinya mampu dipandang sama seperti sebelum ini dari kaca mata si dia.
Jadi biarlah dia menjauhkan diri buat seketika.
Entahlah sampai bila...
Wajah Rhea dipandang sayu.
Dia cuma ingin fokus menjaga Rhea sekarang ini.
Memandangkan sudah dua hari Rhea dipindahkan ke wad eksekutif ini dan tidak lagi di wad HCU, masa Rain lebih panjang diluangkan bersama si anak. Malah malamnya juga tidur di situ, di atas sofa ini yang terletak di sudut bilik.
Rain tersentak saat telefon pintarnya berbunyi notifikasi menandakan ada mesej yang masuk. Dia mencapai peranti itu dan membuka aplikasi mesej. Kandungan sembilan bulannya diusap lembut.
Jam pada tingkap atas skrin telefonnya sempat dikilas.
Sudah menginjak jam 11:15 malam.
[Rain, aku tahu Rhea penting... but you should know she needs you for much longer time... balik ya... it's ok if you don't wanna see my face. Aku boleh suruh Ed bawa kau balik sekarang.]
Jemari Rain kaku seketika. Pandangannya penuh luka dan kesal di skrin tersebut.
[No. I want to stay.]
Selepas butang 'HANTAR' ditekan, Rain lantas menukar mood telefon pintarnya ke 'Do not disturb'. Peranti itu diletakkan ke sisi lalu Rain merebahkan tubuh ke atas sofa itu. Lampu dalam kamar itu memang sudah dimalapkan sebaik melepasi jam sebelas tadi. Bantal kepalanya dibetulkan supaya kedudukannya lebih selesa. Sebaik menjumpai posisi yang sempurna, Rain melabuhkan pandangannya terhadap Rhea.
Renungannya kian layu, sedikit demi sedikit. Kuyu hingga terkatup akhirnya...
Lena, beradu...
Rain mencelikkan mata sebaik merasakan pergerakan seseorang yang hampir di telinga. Terhenti degupan jantung dia melihat kepala berambut hitam sedang terlentok berhampiran kepalanya.

YOU ARE READING
His Broken Vow [C] | Ikrar Dusta | His Deceit Series #1
Romance━ 𝐕 𝐈 𝐂 𝐈 𝐎 𝐔 𝐒 ❝His broken vow is what she hellbound for❞ •• Rainata Blake ❝Rain❞ Mengapa 'Rain'? ❝because I live my whole life like one. Melancholy, full of misery and despodency...❞ Dalam hidup seorang Rainata, hujan itu benar-benar mengga...