Perjalanan yang mengambil masa satu jam setengah itu ditemani alunan muzik dari radio, namun suasana di dalam kereta tetap sunyi.
Aisyah sesekali mengerling ke luar jendela, matanya menikmati hamparan sawah padi yang menghijau luas. Hatinya berdebar, bercampur antara gementar dan janggal. Ini kali pertama dia akan bertemu ibu mentuanya, seorang wanita yang langsung dia tak kenali.
Di sebelahnya, Hanif memandu dengan santai, tetapi sesekali melirik ke arah Aisyah yang diam sejak tadi. Dia tahu perasaan isterinya itu. Perkahwinan mereka bukan terjadi atas dasar cinta, tetapi kerana keadaan yang memaksa.
Namun, tiba-tiba, Aisyah menegakkan badan dan menunjuk ke arah sebuah gerai buah di tepi jalan.
"Hanif, berhenti sekejap," katanya sambil menepuk lengan Hanif secara perlahan.
"Hanif?" Lelaki itu mengerling tajam.
"Hish, berhenti je lah dekat tepi ni," ujar Aisyah.
Lelaki itu diam, langsung tak peduli dengan Aisyah yang sudah berkerut wajahnya.
"Kenapa tak berhenti?" Tanya Aisyah.
"You call me by my name, dear," jawab lelaki itu selamba.
"Halah kau ni! Bagi lah aku chance untuk tak rasa loya bila panggil kau 'abang'".
Hanif menjeling ke arahnya dengan kening terangkat. "Kenapa beria sangat nak berhenti tepi jalan ni?"
"Kita nak pergi rumah orang, takkan tak bawa buah tangan? Tak elok lah kalau—"
Belum sempat Aisyah habis berkata-kata, kereta Hanif berhenti secara tiba-tiba.
"Hish! Kau ni kenapa hah berhentikan kereta macam ni?! Kalau aku tergolek ke depan macam mana?!"
Hanif tersenyum kecil. Comel pula apabila melihat reaksi marah si isteri.
"Tu, kedai buah," katanya sambil membuka tali pinggang keledarnya.
"Kalau ada pisau dalam compartment ni, dah lama aku kelar leher kau," sembur wanita itu dengan nada tajam.
"Jangan nak marah sangat. Nanti kena terkam, baru tahu langit tinggi ke rendah," sindir Hanif.
Terdiam Aisyah dibuatnya. Malas mahu membalas kata-kata si suami, dia terus keluar dari kereta, membiarkan Hanif yang sudah tersenyum sinis memandang dirinya.
Gerai yang jelas tak ramai pelanggan memudahkan Aisyah untuk memilih beberapa biji mangga yang masak ranum.
Asyik dengan memilih buah-buahan yang berjaya membuatkan dia rambang mata, Hanif yang sudah berdiri di sebelah langsung dia tak sedar.
"Banyaknya. Nak bagi satu kampung makan ke?"
"Astaghfirullah hal azim!" Jerit Aisyah perlahan. Nasib sahaja buah kundang yang dipegang, tidak jatuh ke tanah.
"Kenapa?"
"Kot ya pun, tak payah lah berdiri belakang aku. Kalau terbalik meja ni, macam mana?"
"Nasib abang yang berdiri belakang Aisyah. Cuba kalau orang lain, mungkin gerai ni pun dah tunggang terbalik," sindir Hanif.
"Menyampah aku".
"Ha, ni je ke buah yang Aisyah nak beli?"
Bola mata Hanif mengerling ke setiap jenis buah-buahan yang disusun rapi di atas meja. Kemudian, pandangannya terhenti di dalam bakul yang Aisyah pegang.
"Dah?" Tanya Hanif lagi.
"Dah".
"Bang, kira," arah Hanif kepada penjual buah tersebut.
ANDA SEDANG MEMBACA
[O.G] BUKAN AKAD YANG KU PILIH
Romantizm"Bahagia bukan selamanya" Copyright ©️ missfaa_2024
![[O.G] BUKAN AKAD YANG KU PILIH](https://img.wattpad.com/cover/364221522-64-k812616.jpg)