❤Confused

808 50 0
                                    

"Cik Yerin kamu telah menghidap penyakit Leukimia."

"Apa? Leukimia?!," ulangku kerana tidak percaya apabila mendapati bahawa aku telah menghidap penyakit Leukima.

"Ya, kamu telah lama menghidapnya dan mengikut anggaran saya peluang kamu untuk hidup adalah sangat tipis kerana telah berada pada tahap yang amat kritikal. Kamu sepatutnya membuat pemeriksaan dengan lebih awal agar dapat mencegah dengan lebih cepat," sambung doktor Nam dengan panjang lebar.

"Tapi.. Doktor.. agak-agak berapa lama lagi saya boleh bertahan untuk hidup?," aku bertanya untuk mendapat kepastian dengan nada suaraku yang sedikit bergetar menahan rasa sebak di dada.

"Dalam seminggu atau kurang," jawab Doktor Nam dengan nada suara yang agak jelas dan serius.

*I Keep Falling In Love Falling In Love Neoman Bomyeon Nae Maeumi Oh Oh Oh Oh*

Aku tersedar daripada lamunan apabila terdengar telefon bimbitku menjerit-jerit meminta untuk diangkat. Aku tatap lama nama yang tertera pada skrin telefon bimbit.

Hatiku tiba-tiba terasa sebak. Air jernih mula mengalir dari mataku. Aku ragu-ragu mahu menjawab atau tidak panggilan tersebut.

Aku hanya membiarkan ianya berdering lalu aku membaringkan tubuhku diatas tilam katil yang empuk seraya memejamkan mata untuk seketika. Aku hanya ingin bersendirian dan mengosongkan fikiran buat sementara waktu. Terlalu beban untuk aku memikirkan semuanya yang sedang terjadi terhadapku. Kata-kata doktor pada tempoh hari masih terngiang-ngiang pada telingaku.

Kini wajah teman lelakiku Chanyeol yang sering bermain di fikiranku. Wajah yang akan aku rindui buat selama-lamanya. Sudah lebih 4 tahun kami bersama dan terlalu banyak kenangan manis mahupun pahit yang telah kami harungi bersama.

Aku pasti merindui suara gelak tawa, nyanyian dan senyumannya yang sering menerangi hidup aku. Usikkan nakalnya yang sering membuat aku tidak kering gusi malah sedikit geram dan tidak senang duduk apabila bersamanya. Sifat romantik dan penyayang yang membuatkan aku jatuh cinta terhadapnya.

Just One Day [Malay] On HoldDove le storie prendono vita. Scoprilo ora