Sorrow❤️

119 12 4
                                    

Yerin meneguk air minumannya sambil termenung di atas meja. Entah apa yang berada di dalam fikirannya dia sendiri pun tidak tahu.

Hari sudah lanjut malam tetapi dia masih belum boleh pejamkan mata. Kemudian dia sempat menjeling pada telefon bimbit di atas meja. Dia sebenarnya menantikan panggilan mahupun pesanan ringkas daripada teman lelakinya. Yixing.

Dia ingin menelefon lelaki itu setelah lama tidak berjumpa. Hatinya terlalu rindu akan suaranya. Sudah terlalu lama dia  tidak meluangkan masa bersama oleh kerana lelaki itu sibuk terhadap kerjanya sejak dia telah di beri tanggungjawab yang besar. Iaitu mengambil alih syarikat keluarga oleh kerana ayahnya yang sakit terlantar di hospital. Akibat daripada serangan jantung.

Dengan sekelip mata hubungan dia bersanma Yixing semakin renggang.

Bukan dia ego dan tidak memahammi situasi pacarnya. Tetapi dia hanya ingin lelaki itu mengambil berat terhadap dirinya. Itu saja. Dia turut bimbang jikalau dia bakal dilupakan suatu hari nanti.

Setelah lama menunggu dia ambil keputusan untuk menelefon Yixing kerana tidak dapat lagi menahan rindu. Jarinya pantas mendail nombor lelaki itu. Beberapa minit kedengaran panggilannya diangkat. Suara dari dalam talian itu membuat air matanya jatuh tanpa sedar. Yerin menggagahkan diri untuk membalas panggilan itu.

"Yeo-yeobuseyo.." suara aku sedikit bergetar akibat menahan sebak yang tak tertahan di dada.

"Yerin-ah.." Balas Yixing.

"Oppa.." Air jernih mula membasahi pipi aku. Pantas aku seka dengan hujung lengan baju.

Entah kenapa terasa amat sedih apabila mendengar suaranya menyebut namaku. Bahagia turut terasa kerana aku merasakan yang dia masih ingat pada diriku.

"Waeyo? Neo gwenchana? Maafkan oppa. I promise that I akan cari masa untuk sayang." Ujar Yixing.

"Jinjja?" Aku bagaikan tak percaya dengan apa yang aku dengar daripada mulutnya.

"Yes my dear pooh bear. Macam mana kalau esok oppa jemput waktu tengah hari. Kita pergi lunch sama-sama?" Tambahnya lagi.

Hampir sahaja aku mahu teriak kerana gembira yang amat. Tetapi aku kawal perasaan itu.

"Oppa serius ke ni?" Soal aku lagi.

"Yelah. Buat apa oppa nak main-main? Okay lah oppa ada kerja lagi ni. Tak boleh cakap lama. Esok kita jumpa. Bye."

"B-bye.."

Tupp...

Talian dimatikan sebelum sempat aku menyampuk.

Walaupun sekejap berbual tetapi dia bersyukur dan gembira. Dia amat memahammi situasi teman lelakinya sekarang. Dia sedikit pun tidak terasa terhadap perbuatan Yixing sebentar tadi.

Perangainya yang berubah tidak seperti dahulu. Yerin sudah boleh menerima itu dengan perlahan-lahan. Dia perlu bertolak ansur dan sentiasa bersabar. Dalam sesuatu hubungan itu memang penuh dengan ujian dan dia perlu hadapi semua dengan tabah.

Yerin tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Oleh itu dia pasrah dalam semua ujian yang bakal mendatang.

Malam itu dia dapat tidur dengan lena sekali. Tidak seperti malam yang sebelumnya. Esok adalah merupakan hari yang dia nanti-nantikan selama ini.

[Bersambung]

A/N: Jangan lupa vote & comment. Saranghaeyo. Annyeong!

Just One Day [Malay] On HoldDove le storie prendono vita. Scoprilo ora