Aku masih teringat waktu pertama kali kami berjumpa. Waktu itu aku sedang berjalan-jalan di sekitar taman yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga yang berwarna-warni.
Sedang asyik melihat keindahan bunga-bunga di taman aku merasa seperti ada seseorang sedang memerhatikan aku dari jauh. Aku terus menuju ke tempat yang mempunyai ramai orang kerana berasa tidak sedap hati terhadap gelagat orang tersebut.
Tanpa aku sedari seorang lelaki telah mengambil gambarku. Aku tersentak apabila diperlakukan begitu. Aku mendongakkan sedikit kepala untuk memandang wajahnya kerana kelihatan dia seorang yang tinggi mengalahkan galah.
"Apa yang kau buat ni? Kenapa kau sesuka hati tangkap gambar aku?," marahku kerana geram apabila ada seorang lelaki yang aku tak kenal mengambil gambarku dengan sengaja.
"Maafkan saya. Saya tertarik dengan rupa awak ketika awak sedang asyik memerhatikan bunga-bunga itu tadi. Kalau awak tak kisah boleh tak awak jadi model untuk assignment kerja saya?," balasnya bersertakan soalan dengan alasan yang tak munasabah.
"Tak boleh! Kau cari la orang lain. Banyak lagi perempuan yang cantik boleh kau jadikan model," bentakku dengan suara yang kasar lalu aku terus beredar meninggalkannya bersendiri. Aku memang seorang yang tak suka ambil gambar dan aku tak suka lelaki yang lembut gigi daripada lidah.
Tanpa aku sedari kakiku tersepak batu yang menyebabkan aku hilang kawalan lalu tersungkur ke hadapan. Terasa pedih pada bahagian kanan lutut kerana aku hanya mengenakan seluar pendek pada paras peha. Kedua belah tapak tanganku juga terdapat sedikit kesan luka akibat daripada cubaanku untuk menahan diri daripada terjatuh.
Kelihatan lelaki tadi meluru ke arah aku dengan pantas apabila menyedari aku telah terjatuh.
"Awak tak apa-apa ke?," dia bertanya dengan nada suara yang sedikit risau.
"Tak aku okey je. Thanks ambil tahu," balasku sedikit jual mahal.
"Awak tak payah la nak jual mahal. Ni lutut awak dah berdarah dengan teruk pun masih nak jual mahal," Katanya dengan serius lalu mengeluarkan sapu tangan dari dalam poket seluarnya dan terus membalut lutut aku. Dia dengan pantas menarik kedua-dua belah tapak tanganku lalu meniup dengan lembut.
Aku hanya terdiam apabila dia perlakukan begitu walhal kami baru saja berjumpa. Aku merasakan seperti aku telah lama mengenalinya.
Hatiku berdegup dengan pantas manakala terasa berjuta-juta rama-rama sedang cuba untuk melepaskan diri dari dalam perutku. Aku tertarik terhadap telinganya yang memang unik kerana kelihatan sedikit capang tapi masih comel.
Dia tersedar apabila mendapati aku sedang asyik melihatnya lalu menoleh ke arahku dan melemparkan satu senyuman yang boleh mencairkan mana-mana hati perempuan yang melihatnya. Dia menghulurkan tangannya lalu memperkenalkan dirinya.
"Saya Park Chanyeol boleh panggil saya Chanyeol," katanya ditambah dengan senyuman yang amat tampan.
"Ohh.. emmm.. s-saya..P-Park Yerin..orang panggil s-saya Rinnie," balasku sedikit gagap sambil membalas huluran tangannya sebentar tadi. Entah sejak bila aku tiba-tiba berubah menjadi gagap.
Chanyeol hanya tersenyum sambil mengambil gambarku dengan sengaja sekali lagi. Bayangkan muka aku yang sedang terkejut pada waktu itu, dia dengan sengaja mengambil gambarku.Perasaan geram aku tidak ada sama sekali seperti awal tadi malah perasaan suka pula yang timbul apabila diperlakukan begitu. Jantungku berdegup dengan kencang, fikiranku bercelaru, aku menjadi tidak tentu hala, terasa darahku mengalir dengan pantas ke seluruh tubuh badanku apabila melihat wajahnya.
Sejak peristiwa itu aku dengan dia menjadi semakin rapat sehingga sekarang. Tidak pernah terbit rasa bosan di hati walaupun sesaat apabila bersamanya. Hari-hari yang aku lalui denganya sentiasa ceria dengan usikkan dan gurauannya.
Sifat bertolak ansur dia terhadap aku membuatkan aku bertambah sayang terhadapnya. Ini yang membuatkan hubungan kami bertambah mekar dan mewangi.
Aku merasa risau apabila memikirkan teman lelakiku jika aku telah tiada dan pergi meninggalkannya sendirian dengan keadaan kesihatanku yang menghalang kebahagiaan antara aku dengan dia.
Akhirnya aku terlelap sendiri dan lena dibuai mimpi indah bersisakan air mata jernih yang mengalir dengan sendiri pada pipi mulusku.
STAI LEGGENDO
Just One Day [Malay] On Hold
FanfictionYerin - Gadis kecil molek. Manja apabila bersama teman lelakinya, Chanyeol. Digelar 'ketot oleh Chanyeol kerana ketinggiannya 156cm. Chanyeol - Jejaka tampan. Penyayang terhadap teman wanitanya, Yerin. Digelar 'capang' oleh Yerin kerana telinganya y...