❤Date

653 39 0
                                    

ViVa Polo's Café, Hakdong-ro, Gangnam. Kereta jenama BMW berwarna silver di parkir betul-betul di hadapan Café dimana tempat pertama kali aku dengan Chanyeol berdating buat pertama kali. Chanyeol menoleh wajahnya ke arahku bersama senyuman yang amat tampan.

"Okey, kita dah sampai tempat yang menjadi saksi cinta kita berdua. Betul tak sayang?," Tanya Chanyeol lalu membukakan tali pinggang keledarku. Aku hanya mengangguk. Terasa sayu hati ini apabila mengingati kembali kenangan manis di tempat ini.

Kami berdua terus menuju ke dalam Café tersebut. Chanyeol memilih tempat yang sedikit tersorok dari orang. Aku pun pelik kenapa dia memilih tempat yang macam itu. Padahal dia lebih suka duduk di tepi tingkap kerana dapat melihat suasana di luar.

Muncul seorang pelayan perempuan datang ke arah kami untuk mengambil pesanan. "Order?," dia bertanya sambil mengunyah gula-gula getah.

"Sayang nak apa?," tanya Chanyeol kepadaku.

"Macam biasa," ringkas jawapanku.

"Vanilla Latte satu. Expresso satu dan chocolate cake satu." kata Chanyeol kepada pelayan tadi. Pelayan itu hanya mengangguk lalu beredar dari situ.

Chanyeol merenung mataku sambil menongkat dagunya. Aku pun turut melakukan benda yang sama sepertinya. Tangan Chanyeol mula menarik hidungku lalu aku membalas dengan menarik telinganya.

"Aduh! Jagiya, sakit la. Jangan la tarik kuat sangat. Rase macam nak tercabut telinga Oppa ni,"

"Mianhae Oppa.. bukan sengaja. Jagiya main-main je tadi. Takde niat pun nak sakitkan Oppa,"

"Gwenchana. Lepas ni jagiya nak pergi mana pula?,"

"Hmm.. kita pergi tengok wayang? Rindu nak tengok wayang dengan Oppa. Bolehkan?,"

"Boleh sayang, tapi cerita apa yang best dekat wayang tu?."

"Entahla, dah sampai nanti kita tengok je mana-mana cerita yang menarik." Chanyeol hanya menggangguk.

Kelihatan pelayan tadi menatang dulang yang dipenuhi dengan pesanan kami sebentar tadi. Dia terus meletakkan di atas meja. Aku dengan pantas menghirup vanillal latte yang merupakan air kegemaranku.

Chanyeol yang dari tadi diam terus meletus ketawanya. Aku menjadi keliru dengannya yang ketawa tanpa sebab. Aku tahu yang Chanyeol memang seorangan yang suka ketawa, tetapi mesti mempunyai sebab yang tertentu.

Tiba-tiba Chanyeol terus mendekatkan wajahnya pada wajahku. Bibirnya diletakkan di atas bibirku. Aku menolaknya dengan lembut kerana malu apabila dia berani mencium aku ditempat awam.

"Oppa, kenapa cium dekat tempat awam ni? Kalau orang Nampak macam mana? Nampak tak sopan tau tak," tegurku kerana malu diperlakukan begitu.

"Jagiya la minum pun boleh comot sangat sampai ada krim dekat bibir pun tak sedar. Oppa takde sapu tangan jadi Oppa buat keputusan macam tu jela. Bukannya ada orang nampak pun. Kitakan duduk dekat tempat yang tersorok sikit dari orang," jawabnya sambil mengenyitkan matanya.

"Oppa ni, ada je alasankan?," rajukku padanya sambil menarik muncung.

"Jagiya nak kek tak? Kek kegemaran Jagiya perisa coklat. Bukak mulut kereta api nak masuk. Choo Choo," ajak Chanyeol agar Yerin cair dengan pujukkannya. Tanpa berfikir panjang Yerin terus membuka mulutnya.

Memang susah untuk dia ego terhadap teman lelakinya kerana Yerin mempunyai hati yang amat lembut. Chanyeol memang seorang lelaki yang memahammi hati Yerin. Itu yang membuatkan mereka berdua tidak pernah bertekak walaupun sekali kerana sifat mereka berdua bagaikan menjadi pelengkap antara satu sama lain.

Setelah selesai mereka terus menuju ke destinasi yang seterusnya seperti yang dirancang. Panggung wayang hanya terletak beberapa meter dari Café tersebut. Jadi mereka mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke sana.

Yerin menarik lengan baju Chanyeol minta untuk dipegang. Chanyeol hanya tersenyum melihat Yerin yang tak ubah macam budak kecil lalu Chanyeol hanya menuruti kemahuan teman wanitanya.

Setiba sahaja di panggung wayang tersebut. Mereka beratur di kaunter untuk membeli tiket. Setelah selasai membeli tiket mereka berdua masuk ke dalam panggung itu. Chanyeol dan Yerin menonton dengan tekun. Tangan nakal Chanyeol mula merayap pada tangan Yerin lalu dia menggenggam dengan erat.

Sedang asyik menonton muncul satu babak di mana seorang lelaki sedang mencium perempuan di dalam cerita tersebut. Chanyeol terus menoleh ke arah Yerin. Dia merenung lama pada bibir Yerin yang kemerah-merahan tanpa sebarang lipstik. Yerin menyedari yang Chanyeol sedang merenungnya tetapi dia membuat tidak nampak.

Chanyeol terus merapatkan bibirnya pada pipiku lalu mencium lembut. Terasa hangat apabila dia menciumku. Aku terus menoleh muka ke arahnya lalu mencium bibirnya yang hangat. Lama juga kami berada dalam keadaan seperti itu sehingga orang yang berada di dalam panggung wayang itu terkejut melihat aksi kami.

Akhirnya cerita di dalam panggung itu tamat lalu Chanyeol memegang tanganku menuju ke luar.

"Sayang nak pergi mana pulak sekarang ni?," Tanya Chanyeol kepadaku.

"Pergi pantai boleh tak? Nak dekat petang dah ni. Boleh tengok matahari terbenam?," jawabku sambil merapatkan kepalaku pada lengannya.

"Pantai? Macam masa tu kita pergi? Okey sayang," jawab Chanyeol.

Kami tiba di pantai setelah mengambil masa satu jam untuk ke sini. Aku membuka kasut tumit tinggi lalu dengan pantas aku berlari ke arah pantai itu.

Chanyeol hanya tersenyum melihat gelagat aku. Aku bermain-main air di persisiran pantai. Kelihatan Chanyeol merapati aku. Aku terus membuka butang pada baju kemaja tanpa ragu. Seluar pendek turut aku tanggalkan. Chanyeol kaget melihat perbuatan sepontan aku. Diamengambil kesempatan merenung susuk tubuh badan Yerin.

"Oppa, jom la mandi," ajakku setelah menanggalkan semua pakaianku. Tanpabersuara Chanyeol terus menanggalkan kemaja putihnya serta seluarnya. Dia hanyamemakai boxer lalu menarik aku ke dalam air sehingga kami berdua jatuh.


Chanyeol menarik aku sehingga aku rapat pada badannya lalu memberi satu ciumanpadaku. Aku turut membalas ciumannya. Terasa tangannya merayap padaseluruh tubuh badanku. Aku menjadi malu apabila dia melakukan begitu kerana inipertama kali dia menjadi begitu berani melakukan apa sahaja terhadap aku.

Aku terus melarikan diri darinya untukmengelakkan dia melampaui batas di tempat awam. Dia dengan pantas mengejar aku dari belakanglalu memeluk erat pada pinggangku.

"Alah, Oppa ni asyik menang je.Tahu la kaki Oppa panjang Jagi pendek," rengekku sehingga ketawa Chanyeolmeletus.

Aku sudah menarik muncung sedepa sambil memeluk tubuh. Geram. Asyik kalah.

"Pendek pendek Jagiya la yangpaling Oppa sayang,"

"Eee.. susahnya Jagiya nak merajukdegan Oppa."

"Oppa nak jagiya sentiasagembira dengan Oppa. Taknak Oppa tengok Jagiya sedih. Nanti tak comel, sebabcomel dan cantik jagiya Oppa seorang sahaja yang boleh tengok. Jagiya dah lewatsangat ni. Nanti jagiya demam pula Oppa yang susah. Jom balik sayang?"

"Okey. Jom."

Just One Day [Malay] On HoldDove le storie prendono vita. Scoprilo ora