Kereta BMW Chanyeol meluncur laju menuju ke apartmentnya. Aku sudah tertidur akibat keletihan bermain di pantai tadi. Chanyeol memangku aku masuk ke apartmentnya lalu meletakkan aku di katilnya. Chanyeol terus membersihkan diri.
Setelah siap membersihkan diri dia mengejutkan aku yang lena tidur. Kelihatan dia membawa sebaldi air suam lalu merendam kakiku yang melecet akbat memakai kasut tumit tinggi. Aku hanya memerhatikan dia melakukan sedemikian.
"Gumawo Oppa," ucapku.
"Cheonma Jagiya. Lepas dah siap rendaman ni, jagiya pergi mandi lepas tu boleh sambung tidur balik? Malam ni jagiya tidur sini dengan Oppa tau? Sebab dah lewat sangat ni. Oppa dah telefon Omma yang Jagiya tidur sini,"
"Arraseo,"
Aku terus menuju ke kamar mandi untuk membersihkan diri. Setelah selesai aku memakai baju tidur yang di berikan oleh Chanyeol. Agak besar baju itu kerana baju itu merupakan baju Chanyeol. Kelihatan Chanyeol telah berada di atas katil, aku terus baring di sebelahnya. Chanyeol telah memeluk aku terlebih dahulu sehingga muka kami hampir bertembung.
"Oppa, sayang jagiya tak?," aku bertanya spontan.
"Mestila sayang. Kenapa jagiya tanya? Jagiya ragu-ragu ke dengan kasih sayang yang Oppa curahkan?," balas Chanyeol kerana keliru dengan sikap teman wanitanya yang tiba-tiba mengajukan soalan begitu terhadapnya.
"Kalau Jagiya dah takde Oppa akan cari lain ke?," tanyaku lagi dengan nada suara yang sedikit bergetar menahan sebak.
"Jagiya, kenapa Tanya soalan yang macam ni? Oppa tak suka la. Kita bukak topic lain," balas Chanyeol sambil mengusap rambutku dengan lembut.
"Jagiya sayang Oppa sangat-sangat. Jagiya tak sanggup tinggalkan Oppa. Terima kasih sebab selama ni Oppa sentiasa ambil berat terhadap jagiya, sentiasa bersabar dengan karenah jagiya, tak pernah bosan dengan jagiya dan sentiasa curahkan kasih sayang Oppa untuk jagiya. Maafkan jagiya kalau ada salah dan silap, terkasar bahasa, kalau ada mengguriskan hati Oppa selama 4 tahun lebih kita bersama," kataku sambil air jernih keluar bercucuran.
Chanyeol mengesat air mataku menggunakan tangannya lalu mencium lembut pada dahiku.
" Sayang, Oppa takkan pernah menyesal yang Oppa pernah kenal sayang. Sayang tak pernah mengguriskan hati Oppa walaupun sekali. Oppa tak pernah bosan melayan karenah sayang. Sayang la yang sentiasa menjadi hiburan Oppa di kala Oppa sunyi, sayang jugak la yang menjadi tempat untuk Oppa mencurahkan kasih dan menerima kasih, sayang merupakan irama dalam lirik hidup Oppa. Hidup Oppa tidak akan lengkap kalau sayang tidak ada. Suara, gelak tawa, belaian sayang yang menjadi peneman setia Oppa. Jadi sayang, tolong jangan meragui cinta dan kasih Oppa terhadap sayang," luah Chanyeol terhadap kekasihnya yang amat dicintai.
Yerin merasa amat sayang terhadap Chanyeol dan amat terharu terhadap kata-kata Chanyeol sebentar tadi. Dia yakin bahawa apa yang diluahkan dari mulut teman lelakinya amat ikhlas. Sejak dia bersama Chanyeol dia sentiasa dapat merasakan kemanisan kasih yang diberikan oleh Chanyeol. Tidak pernah dia jemu apabila bersamanya.
Tetapi apabila memikirkan masalah kesihatannya yang menjadi penghalang cinta dia dengan Chanyeol merupakan satu beban buatnya. Yerin menjadi keliru terhadap situasinya sekarang. Terlalu sukar untuk dia meluahkan apa yang tersimpan dalam dirinya.Dia ingin memutuskan hubungan dengan Chanyeol tetapi terlalu sukar untuk dia mengungkapkan. Chanyeol terlalu baik untuk dia melukainya.
"Sayang..,"
Suara Chanyeol memberhentikan lamunaku dan membawa aku ke dunia reality yang kejam.
"Kenapa senyap je ni? Sayang ada masalah ke? Cerita la dengan Oppa,"
"Huh? Masalah? Emm.. mana ada,"
"Betul ni? Kalau sayang tipu Oppa cium sampai lemas," ugut Chanyeol sambil memuncungkan bibirnya.
"Oppa andwae!," jeritku.
"Tahu takut. Kalau sayang sedih lagi Oppa pukul guna mulut," ugutnya lagi sambil ketawa.
Aku melentokkan kepala pada dadanya yang bidang. Aku memang suka tidur dalam pelukkannya. Terasa begitu selesa, tenang dan selamat. Aku menoleh ke arah Chanyeol lalu merenung wajahnya untuk kali terakhir.
Chanyeol menyedari perbuatan aku merenungnya lalu tangannya menarik daguku dan meletakkan bibirnya pada bibirku sambil mengungkapkan "Saranghae Park Yerin." Aku membalas ciumannya lalu air mataku mula mengalir. "Saranghaeyo Park Chanyeol."
Yerin menghembuskan nafas terakhir di dalam ciuman dan terbaring dakapan hangatnya. Chanyeol terkejut dan menyedari yang Yerin tiba-tiba lemah dan tidak bergerak seperti selalu. Chanyeol cuba mengejutkkan Yerin kerana dia mengagak yang Yerin tertidur kerana keletihan tetapi gagal. Dia terus memeriksa nadi Yerin pada lehernya.
Malangnya, Yerin telah pergi meninggalkannya. Air mata lelakinya keluar buat kali pertama seumur hidupnya membasahi pipinya.
Hati Chanyeol terlalu pedih untuk menerima kenyataan bahawa Yerin telah pergi. Kini Yerin telah tiada. Perginya Yerin membawa kasih sayang yang tidak kesampaian. Kini Chanyeol kesunyian tanpa senyuman dan tawa Yerin disisinya. Segalanya masih jelas terbayang di segenap ruang matanya apabila di bersama Yerin selama 4 tahun. Perpisahan yang berlaku dengan kematian terlalu memedihkan jiwa dan raganya.
STAI LEGGENDO
Just One Day [Malay] On Hold
FanficYerin - Gadis kecil molek. Manja apabila bersama teman lelakinya, Chanyeol. Digelar 'ketot oleh Chanyeol kerana ketinggiannya 156cm. Chanyeol - Jejaka tampan. Penyayang terhadap teman wanitanya, Yerin. Digelar 'capang' oleh Yerin kerana telinganya y...