Dream❤️

137 13 2
                                    

"Yerin, boleh oppa cakap sesuatu?" Soal Yixing sambil dia merenung ke dalam anak mata Yerin yang berwarna coklat hazel.

"Boleh. Cakap la." Yerin melemparkan senyuman yang boleh menggetarkan hati mana-mana lelaki.

"Lets break up."

Hancur hati Yerin mendengar ayat itu daripada mulut teman lelakinya. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

Air jernih jatuh ke bumi. Habis pipinya dibasahi air mata.

Yerin berlari keluar daripada restaurant diekori oleh Yixing dari belakang. Tanpa melihat kiri kanan dia terus meluru keluar ke seberang jalan.

Sebuah kereta hitam meluncur laju menuju ke arahnya.

Badan Yerin kaku. Dia seakan tidak boleh bergerak. Matanya dipejamkan.

Dia hanya dengar suara Yixing memanggil namanya dari jauh.

"Yerin-ahh!"

"Yerin!"

"Woi!"

"Opocot!" Hampir sahaja jasad aku mahu jatuh bergolek dari kerusi.

Terkejut kerana disergah begitu oleh Hyunji iaitu sahabat baik tambahan pula rakan sekerja aku.

Nafas aku laju manakala dada pula turun naik. Seperti di kejar hantu.

"Kau okey tak? Pagi-pagi dah mengelamun macam mati suami je aku tengok." Tanya Hyunji yang amat prihatin terhadap rakannya yang sorang itu.

Mana mungkin dia tidak ambil berat apabila tiba-tiba sahaja perangai Yerin berubah. Asyik mengelamun sahaja. Sudah angau agaknya.

Belum pernah lagi dia berperangai begitu sebelum ini.

Dia amat mengerti dengan sifat Yerin kerana sudah lama dia mengenalinya. Sejak di bangku sekolah lagi.

"Engkau ni kalau tak buat aku sakit jantung memang tak sah kan?" Nada suara aku agak tinggi. Geram dengan perbuatan Hyunji.

Walaupun sudah berkali-kali dia memberi amaran kepada Hyunji tetapi masih tidak akur.

Dia bimbang bakal diserang sakit jantung pada usia muda.

"Dah seribu satu kali aku panggil kau tapi langsung tak menyahut. Aku jerit la sebab dah fedup."  Jawab Hyunji dengan mimik wajah yang tidak bersalah.

Padahal dia baru sahaja dia memanggil sahabatnya itu.

"Tipu la kau. Tak logik la dalam lingkungan seribu satu tu aku tak dengar langsung."

Sempat lagi mereka bertekak sesama sendiri. Memang tak ubah seperti anak kecil berebut mainan.

"Dah la malas nak memanjangkan cerita. Aku nak tahu apa masalah kau harini. Uzur ke?"

"Takde pape lah. Aku okey je. Kau jangan risau. Pergi sambung buat kerja. Jangan nak sibuk jaga tepi kain orang."

Sempat dia memerli Hyunji.

"Baiklah mak nenek." Ajuk Hyunji ingin membalas balik perbuatan sahabatnya kerana telah memerli dia sebentar tadi.

Bukan dia ingin merahsiakan apa-apa daripada Hyunji tetapi dia memang tidak ada benda yang mahu diluahkan.

Mimpi pagi tadi masih terbayang dalam fikiran. Dia bimbang jikalau mimpi itu membawa maksud yang benar.

Adakah itu petanda yang tidak baik?

Dia tahu bahawa mimpi hanyalah mainan tidur tetapi dia berasa tidak sedap hati. Mimpi itu seakan utusan yang penting buatnya.

Akhirnya dia ketepikan perasaan itu dan kembali menyiap kerja yang bertimbun.

[Bersambung]

Just One Day [Malay] On HoldDove le storie prendono vita. Scoprilo ora