Pada keesokkan harinya, aku bangkit daripada tidur yang lena. Aku sempat membetulkan rambut yang sudah kusut menggunakan jari. Aku melihat jam pada dinding telah menunjukkan pukul 7 pagi. Terdetik dalam hatiku untuk melawat ke apartmen teman lelaki yang paling aku cintai. Aku terus menuju ke bilik air untuk bersiap membersihkan diri.
Akhirnya aku tiba dihadapan pintu apartmennya. Jariku dengan pantas menekan punat loceng di sebelah pintu. Tetapi tiada jawapan setelah 5 minit aku menunggu. Tanpa berfikir panjang aku terus masuk ke dalam kerana Chanyeol telah pun memberi kata laluan untuk masuk kepadaku.
Mataku melilau di setiap ruang apartmen itu untuk mencari kelibat Chanyeol tetapi gagal. Aku terus menuju ke kamar tidurnya. Pintu aku kuak dengan perlahan agar tidak mengganggunya.
Kelihatan sepasang tubuh yang lemah sedang tidur nyenyak dibuai mimpi di atas katil. Aku merapati tubuh itu dengan perlahan-lahan untuk memastikan yang di benar-benar tidur. Tampak tenang pada wajahnya yang mungkin buat kali terakhir akan aku tatap. Tanganku terus mengusap lembut rambutnya.
Aku terus keluar lalu menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan yang istimewa buatnya sementara dia masih lagi tidur. Sudah menjadi kebiasaan aku menyediakan sarapan buatnya kerana dia sering pulang ke rumah lambat sehingga bangun pun turut lambat yang menyebabkan dia sendiri tidak sempat membuat sarapan pagi.
Aku terus membuka peti ais untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan. Semua bahan-bahan aku letakkan di atas meja.
"Menu hari ni Scramble Egg with Bread," kataku sambil tanganku pantas menyediakan sarapan tersebut dengan penuh kasih sayang.
Chanyeol terus bangkit daripada tidurnya apabila tercium bau yang harum dari luar biliknya yang terbuka luas. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal kerana berasa sedikit hairan lalu dia terus menuju ke dapur untuk melihat siapa yang hadir.
Dia sudah dapat mengagak yang teman wanitanya berada di situ sedang asyik menyediakan sarapan untuknya sehingga tidak sedar yang dia sudah pun berada di belakangnya.
Idea nakalnya tiba-tiba muncul lalu dia merapati teman wanitanya dengan perlahan. Tangan nakalnya dengan pantas memeluk erat pada pinggang Yerin sehingga membuatkan Yerin hampir menjerit kerana terkejut.
"Chanyeol oppa?! Terkejut jagiya dibuatnya. Nasib tak terbaling periuk kuali semua ni. Kalau tak siapa yang susah? Oppa jugakkan? Kalau jagiya ada penyakit jantung,lama dah pergi." bebelku sendiri akibat geram dengan perbuatan Chanyeol sebentar tadi.
Chanyeol mula menarik muncungnya lalu meletakkan dagunya pada bahu Yerin. Pelukkannya masih belum dilepaskan.
"Mianhae.. Oppa bukan sengaja nak buat Jagiya terkejut. Jagiya pun terkejutkan Oppa dengan bau masakan Jagiya yang sedap sampai Oppa terbangun. Jagiya pun dua kali lima jugak. Main masuk apartmen Oppa senyap-senyap tak kejutkan Oppa pun. Oppa ingat pencuri yang masuk datang untuk buatkan sarapan untuk Oppa tadi," balas Chanyeol sambil ketawa.
"Yela.. Jagiya jugak yang salah. Maafkan Jagiya. Jagiya tengok Oppa tidur nyenyak jadi Jagiya taknak la ganggu Oppa. Jagiya tahu Oppa keletihan," jawabku sambil menoleh ke arahnya.
"Kalau betul Jagiya rasa bersalah cium sini dulu," balas Chanyeol sambil memuncungkan bibirnya.
Aku memukul lembut pada dadanya. Geram dengan perangainya yang mengada-ngada itu. Tanpa banyak cakap aku hanya menuruti sahaja kemahuannya itu.
"Eh, sekejap. Oppa dah basuh muka dengan gosok gigi ke belum?," aku menyuakan soalan.
"Hehehe, ketot rasa?," sambil memberi senyuman yang nakal.
"Chapang Oppa!! Pergi sekarang!!," jeritku kerana geram.
"Baiklah Madam ketot!," usiknya sambil berlari ke bilik air.
Sarapan yang sudah siap aku hidangkan di atas meja. Aku terus mengambil tempat duduk sambil menunggu kehadiran Chanyeol. Kelihatan Chanyeol muncul tanpa sehelai baju pada badannya. Aku sudah biasa apabila dia berperangai begitu. Alasannya kerana aku terlalu 'hot' sehingga menyebabkan dia panas. Aku mengaku memang cair hati perempuan aku ni tetapi aku sengaja tidak tunjuk depannya, jual mahal.
"Okay, Jom makan ! Oppa dah lapar ni," ajak Chanyeol sambil mengenyitkan matanya.
"Jom!," balasku.
"Wow! Sedapnya Jagiya masak! Ini yang membuatkan hati Oppa bertambah sayang dekat Jagi," tambahnya lagi sambil memuji masakanku lalu tangan nakalnya mencubit pipiku.
Wajahku sudah kemerah-merahan apabila dia memuji aku begitu. Sebab itu aku bertambah sayang dekatnya kerana dia memang pandai bermain dengan kata-kata.
"Yela tu. Oppa kalau puji memang pandaikan? Oppa.. Jagiya nak ajak Oppa keluar boleh tak? Oppa cutikan harini? Jom kita pergi tempat first date nak?," tanyaku sambil membuat aegyeo.
"Boleh sayang, untuk sayang apa saja Oppa sanggup buat. Tapi kenapa jagiya nak pergi situ? Tak nak try tempat lain?," jawabnya sambil mengusap lembut rambutku.
"Tak nak. Nak pergi situ jugak. Rindu nak ingat balik kenangan manis masa first date kita," rengekku dengan manja.
"Okay.Kalau itu yang sayang nak. Oppa tak kisah yang penting buah hati pengarang jantung Oppa yang sorang ni bahagia,"
"Lepas habis sarapan ni Oppa pergi siap tau. Takkan la nak show off body tu dekat orang kan?,"
"Baiklah comel," sambil menghabiskan baki makanan yang tinggal di pinggan lalu menuju ke bilik untuk bersiap.
STAI LEGGENDO
Just One Day [Malay] On Hold
FanfictionYerin - Gadis kecil molek. Manja apabila bersama teman lelakinya, Chanyeol. Digelar 'ketot oleh Chanyeol kerana ketinggiannya 156cm. Chanyeol - Jejaka tampan. Penyayang terhadap teman wanitanya, Yerin. Digelar 'capang' oleh Yerin kerana telinganya y...