"Tolong, pak cik! Jangan buat Fira macam ni. Fira merayu kepada pak cik!" rayu Ayuni Safira kepada lelaki di hadapannya itu. Air matanya sudah bercucuran jatuh namun ia sedikit pun tidak mengundang simpati hati lelaki yang bergelar ayah tirinya itu.
Fakhri tersenyum jahat. Tubuh Ayuni yang hanya berbaju tidur nipis itu dipandang dengan penuh bernafsu. Sudah lama dia membayangkan tubuh langsing anak tirinya itu di dalam rangkulannya. Hari ini merupakan peluangnya apabila Emelda, ibu Ayuni keluar awal untuk ke pejabat. Pembantu rumahnya juga keluar ke pasar untuk membeli barang dapur. Tubuh Ayuni sudah dikepung. Fakhri semakin menyeringai apabila Ayuni sudah tidak boleh meloloskan diri daripadanya.
"Hmmm... Kau ingat senang nak larikan diri? Aku dah lama idamkan kau, Fira. Kenapa kau tak pernah faham perasaan aku? Aku kahwin dengan perempuan tua tu semata-mata disebabkan kau tau. Dan lagi satu, kalau tak kerana harta dia yang menimbun, tak ingin aku kahwin dengan dia tau tak?! Kenapa kau susah sangat nak terima aku?!" Fakhri sedikit membentak. Cengkaman tangannya pada tangan halus Ayuni semakin diketatkan. Tubuhnya semakin didekatkan dengan tubuh Ayuni di permukaan dinding. Jemari kasarnya mengelus lembut pipi gebu Ayuni.
"Ya Allah. Ingat Allah, pak cik! Pak cik dah ada mama. Lepaskan saya, pak cik! Lepaskan saya!" Ayuni terus meronta. Dia benar-benar sudah terperangkap. Dia sudah tidak bisa membebaskan dirinya dari cengkaman Fakhri. Lelaki itu benar-benar menakutkan dirinya. Fakhri memang hilang akal! Fakhri tua hanya lima tahun daripada dirinya. Pada usia 27 tahun, Fakhri sanggup berkahwin dengan mama Ayuni yang sudah berusia mencecah hampir 50-an. Selama ini dia percaya Fakhri ikhlas menikahi mamanya, namun ternyata kepercayaannya itu meleset sama sekali. Fakhri memang mempunyai niat jahat sewaktu memasuki keluarga mereka.
"Kau ingat semudah tu aku nak lepaskan kau? Tidak selagi aku belum dapat kau." Fakhri ketawa besar. Bibirnya ingin mendarat di bibir Ayuni. Nafsu lelakinya perlu dilunaskan. Ayuni pasti menjadi miliknya hari ini.
"Pak cik memang binatang!" jerit Ayuni lantang. Dia sudah tidak kesah jeritannya itu boleh mengejutkan jiran tetangganya. Dengan kudrat yang masih ada, Ayuni cuba menolak tubuh sasa Fakhri. Apabila tidak berjaya, Ayuni nekad menggigit tangan Fakhri untuk melepaskan diri. Ayuni cuba melarikan diri. Saat dia sudah memulas tombol pintu, pinggangnya diraih Fakhri dari belakang.
"Lepaskan aku! Lepaskan aku!" Ayuni sudah hilang rasa hormatnya. Dia meronta semahunya, namun rontaannya itu mengundang berang Fakhri.
"Kurang ajar kau! Kau dah berani melawan, ya?! Aku akan ajar kau, Fira. Kali ni kau akan jadi milik aku, Fira!" Tubuh langsing Ayuni dicampakkan ke atas tilam. Pipi mulus Ayuni ditampar berkali-kali. Setiap kali Ayuni meronta, setiap kali itulah pipinya menerima habuan. Ayuni semakin lemah namun dia masih tidak berputus asa. Biarpun tepi bibirnya sudah mengalirkan cecair merah pekat, dia masih berusaha untuk meloloskan diri daripada Fakhri yang sudah dikuasai nafsu syaitannya.
Kali ini Ayuni menguatkan semangatnya yang masih bersisa. Dia tidak rela maruahnya dipijak-pijak. Dia tidak rela mahkotanya diragut oleh lelaki seperti Fakhri. Fakhri yang sedang terkial-kial menanggalkan bajunya ditendang sekuat hati. Ayuni bangkit apabila Fakhri sudah terduduk menahan sakit.
"Kau!" Fakhri memandang Ayuni dengan mata merah. Kemarahan terasa meluap-luap.
Saat itu, kedengaran derap langkah yang semakin mendekati bilik Ayuni. Terdengar suara Emelda memanggil Fakhri. Fakhri kalut. Ayuni juga begitu. Namun jauh di sudut hatinya dia bersyukur mamanya pulang. Sekurang-kurangnya dia dapat menyelamatkan dirinya daripada niat jahat Fakhri. Hatinya tidak henti-henti mengucap syukur.
Pantas, Ayuni berlari menuju ke pintu. Namun belum sempat dia membuka, Fakhri terlebih dahulu membuka pintu bilik. Tanpa lengah, Fakhri mendapatkan Emelda yang sedang terpaku di hadapan pintu bilik Ayuni. Emelda kelihatan bingung sebentar. Fakhri dengan wajah kecewa dan Ayuni yang kelihatan serabai dengan baju yang sudah terlondeh di bahagian bahu dipandang silih berganti.
![](https://img.wattpad.com/cover/46904862-288-k148449.jpg)
YOU ARE READING
Ayuni Safira - Melodi Cinta Edisi 1
RandomMerupakan kompilasi 10 buah cerpen daripada penulis Laman Sesawang Penulisan2u.my 1. Ayuni Safira :: Zaraa Sofea (Adaptasi Ke Drama - Adaptasi Telefilem TV9) 2. Love Is Totally Blind :: Nuraqilah Syuhaida 3. Isteriku Bukan Tukang Masak :: Armisya Sy...