Kopi, kau dan aku. Waktu itu kau pesan kopi panas, biasa. Hatimu yang dingin sentiasa ingin dihangatkan. Aku pilih kopi kisar sejuk. Hati seperti mahu meletup dek bahang matahari, memaksa kain melekap di tubuh.
Cahaya matahari yang membahang tidak sekuat bahang cinta yang meruap-ruap di mata kau, untuk aku, waktu kau sisip kopi, kau pandangi aku. Dan aku terkaku, suasana mendingin kerana aura kelembutan kamu, seperti salju turun ke bumi, menyejukkan hati dan tubuh.