Honey, I'm Home!

194 3 0
                                    

"Honey, I'm home!"

Itu rutin biasanya setiap kali pulang. Kesayangannya harus akan menantinya di muka pintu, dengan mata yang sudah kuyu, tapi masih setia menunggu. Dia akan menanti dengan gaun tidurnya yang jarang - menyegarkan mata yang memandang, dan terus dibawa ke ranjang. Itu biasa.

Dia membuka pintu rumah. Tidak sabar mahu berjumpa dengan buah hati yang ditinggalkannya selama bekerja. Kerja menuntutnya menjadi hamba hampir sepanjang masa. Tidakkah duit itu tahu, bahawa dia juga punya cinta dan keperluan lain hendak diturut?

Di pintu rumah, hatinya luluh, apabila teringat. Isteri yang ditinggalkannya selama bekerja. Sudah meninggalkannya sejak semalam. Bosan, dengan hamba duit.

Kispen SpontanWhere stories live. Discover now