Balas

74 3 1
                                    

Proton Saga warna merah itu aku tenung puas-puas. Sepuas apa yang ada dalam hati.

"Apa lagi yang awak buat ni? Bebal sangat ke tak faham arahan?" Adrenalin mengalir laju walaupun processor otak aku lebih lembab dari siput mengensot. Kertas-kertas yang menempatkan soalan yang memerah jawapan sedari tadi dia genggam kasar. Marah.

"Apa je lah yang ada dalam kepala otak awak ni?" Satu ketukan keras mengenai tempurung. Dentingan kosong memenuhi deria pendengaran. Sakitnya bukan perkara yang aku boleh canang - canang. Peritnya tidak alang - alang. Silap haribulan sel - sel otak bertempiaran dan melayang.

"Kosong! Dalam kepala pun dah bunyi kosong. Sia-sialah ilmu yang saya bagi selama ni?" Aku bungkam. Apa lagi manusia tidak berhati perut ini mahu? Susah sangat ke nak faham yang aku manusia dengan kekurangan dalam memahami pelajaran sepantas anak-anak emasnya selalu naik turun pentas hadiah setiap kali hujung tahun. Yang menerima tepukan tangan yang gemuruh, padahal aku terpuruk kosong di rumah - seringkali bersembunyi dari rotan ayah kerana ketakutan.

Sekolah sudah lama lengang. Dia masih ralit dengan kerjaan yang masih belum selesai. Dan aku sudah lama dibakar mentari seluas ruang parkir yang kosong. Minyak sudah dikosongkan dari tangki. Kau cakap otak aku kosong ya? Inilah dia kosong. Biar kau rasa susahnya jadi kosong. Kosong tanpa pertolongan. Ambik kau minyak kereta kau kosong!

Aku pulang ke rumah dengan hati girang. Ada rasa berbalas - secara literalnya tentang apa yang sudah dilakukan pada aku.

"Aku nganjung nuan agai sekula, ukai ka ngasuh nuan nyadi bangka. Nama keterubah hidup kitai tu legi, enti nuan majak bakatu?"

"Aku hantar engko ke sekolah, bukan nak jadikan engko bodoh. Macam mana nak ubah hidup kita ni, kalau engko terus-terus macam ni?" Ayah sudah mengenggam keras rotannya. Rotan yang dirautnya sendiri. Memang menakutkan - ayah ada satu set rotan; yang tebal, yang nipis, yang pendek, yang panjang, yang lembut, yang keras. Semua punya darjah kesakitan yang berbeza, tapi tugas yang sama - menjatuhkan hukuman pada aku. Rotan - rotan itu memang sumber rezekinya, ada merimbun di belakang rumah aku. Aku paling tidak suka tanaman itu; yang sepatutnya tumbuh melingkar di hutan, cuma bikin halaman rumah jadi makin sesak dan menyediakan perkampungan makhluk saja.

Kesan berbirat itu aku sapu dengan minyak gamat yang mama tinggalkan. Dia sendiri takut dengan kebengisan ayah. Apalagi aku, satu - satunya yang menanggung derita sejak mama pilih untuk gantikan dia dengan papa. Satu - satunya keputusan mama yang aku tak pernah beri kompromi.

Aku pakat dengan Abang Ben belakang rumah, aku tengok dia dah lama teringin dekat aku. Aku pujuk - pujuk Abang Ben. Cukup modal untuk buat dia setuju, aku sudah di awangan bahagia. Ni satu-satunya peluang untuk aku buat ayah rasa dia tak berkuasa lagi.

"Jah, oh Jah!" terpekik-pekik orang tua tu.

"Jah, bisi nuan meda duku aku?"

"Jah, nampak tak parang abang?" Mama cuma geleng. Aku pura-pura ralit dengan kerja persekolahan yang aku tahu tidak pernah akan siap.

"Jah, dini rotan aku?"

"Jah, mana rotan abang?" Mama masih jawab tidak.

Ayah jumpa parangnya - parang yang selalu digunakannya untuk menewaskan flora yang melingkar dan mengeras dalam hutan, bersama-sama dengan rotan-rotannya yang dia banggakan selalu, yang selalu digunakan untuk meninggalkan kesan berbirat dekat badan aku, aku cucuk dekat batas-batas kebun semalam. Aku dengar dia menjerkah marah-marah dan membebel. Padan muka. Dia jugak yang suruh aku buat batas, kira aku bagi special treatment lah nak bagi kayu-kayu penyokong tu semua. Like, hekeleh.

Abang Ben selalu bagitau aku - bila aku sudah pasang dendam dalam hati, aku harus mula sediakan keranda dan tanah perkuburan; dua - satu untuk orang yang aku dendami, dan satu untuk diriku sendiri.

Tapi dulu masa dekat sekolah agama, ustaz pernah ajar satu permainan dekat aku. Dia bawa setandan pisang ke kelas, dan suruh aku dengan classmate yang lain ambik pisang, seberapa banyak yang kami suka. Satu pisang untuk satu orang yang kami benci, katanya. Simpan dalam beg sekolah, bawa ke sekolah hari - hari. Dan aku ambik seberapa banyak pisang. Kerana dalam dunia aku, aku benci semua orang. Tapi lama - lama pisang tu jadi busuk, aku tak suka.

Hari - hari aku tanyakan dengan ustaz, mahu buangkan pisang - pisang tersebut. Ustaz suruh simpan lama - lama. Aku jadi benci pula dengan pisang tu. Tapi suatu hari ustaz beritahu.

"Macam tu lah dendam dalam hati manusia. Disimpan lama - lama, dan jadi busuk. Apa nak buat? Manusia memang suka berdendam."

Aku marah bila ustaz bilang begitu. Kerana bagi aku, dendam itu bikin aku jadi kuat. Sampai bila - manusia yang suka bikin aku patah hati akan terus terus rasa bangga dengan perlakuannya? Aku juga mahu bahagia!

Balik kepada kisah Abang Ben semula.

Aku sebenarnya tak pernah faham Abang Ben kenapa dia suka aku jadi temannya. Aku budak sekolah lagi, Abang Ben dah lama jadi petani. Tapi aku suka Abang Ben - sebelum dia mula mendidik aku berjinak-jinak dengan benda yang selalu bikin dia lupa dunia dan lupa akhirat itu macam apa.

Aku jadi kawan dengan asap - asap putih. Mulanya, paru - paru rasa sendat, tapi lama - lama jadi lapang. Aku belajar di sekolah apa kesannya, tapi asap putih itu bila keluar dari corong hidung, aku rasa heaven. Kemudian aku kenal pulak dengan serbuk putih yang diteman lilin. Ini lagi power dari asap yang sempitkan nafas. Picagari jadi sahabat. Dan aku terus hanyut; tiap - tiap hari dengan Abang Ben dan picagari. Tiap - tiap pagi aku akan terdampar atas badan jantannya, dengan mata yang layu dan syurga ciptaan kami berdua.

Aku sia-siakan hidup di pusat serenti bila aku ditangkap ketika tengah high, Abang Ben hilang macam pepijat di balik perabot. Syaitan betul!

Sebaik sahaja aku keluar dari pusat serenti, aku cari Abang Ben di jambatan-jambatan tempat dia selalu hilang waras diri. Tiada. Aku cari lagi di pondok-pondok lama tempat dia selalu mengajar aku mencuba benda-benda baru. Tiada. Akhirnya abang Ben aku jumpa separuh sedar di tepi sawahnya.

Tanah sawah aku gali sikit, tak perlu banyak usaha. Batu sebesar lesung yang selalu mama guna untuk tumbuk cili di dapur, aku ambil - dan padukan ke arah tengkorak Abang Ben. Biar dia rasa celaka yang sama aku rasa.

Benjamin 1989 - 2013.

Aku tulis dengan marker pen. Aku letak kemas-kemas atas kepala Abang Ben, dan biar tanah sawah telan jasad dia yang buat aku rasa celaka.


Kispen SpontanWhere stories live. Discover now