Dia gilakan jawatan itu.
Senang cerita, dia nak jadi macam idolanya tu. Sebab tu dia kerja dengannya.
Sejak kecil, dia bermimpi untuk jadi setiausaha politik kepada idolanya. Meskipun berlainan pandangan politik, kadang-kadang dia rasa dia cuma menjadi lalang. Semua kerana dia betul-betul ingin menjadi setiausaha politik kepada idolanya itu.
"Kenapa nak jadi setiausaha politik kalau kau tahu kau boleh jadi ahli politik?"
Soalan itu yang menjetik benaknya petang itu. Membuatkan dia berfikir. Selama ini dia cuma jadi babu, dihinakan, disuruh ke sana ke mari. Diludah bila kerjanya tidak bagus. Betul, bukan macam yang dia bayangkan.
Telefon dicapai. Dia tak perlu istikharah.
"Hello? Aku nak jadi ahli politik."