Kaki kanan yang dipasakkan padu ke tempurung kepala Malik meninggalkan gema nada seperti telur yang retak memuntah isi putih kuning.
"Aku dah cakap kan?" Aku buntangkan mata ke arahnya. Malik melihat aku dengan wajah tidak berdarah.
"Apa khilaf aku?" Malik masih lagi dihurung persoalan. Desisan keluar dari mulutnya. Kerutan di dahi cukup menunjukkan keperitan yang dialami.
"Kau silap dalam buat keputusan, Malik," aku pasang senyum tawar, pedih. Mawar, yang memenuhi ruangan, aku petik. Merahnya mawar itu, semerah hati yang pernah mekar dengan cinta. Hati aku, dan hati Malik. Duri pada mawar itu perlahan-lahan meninggalkan noda pada kulitnya - aku terus menerus mengukir ilusi yang sudah lama bersarang dalam minda.
Rona merah darah makin lama mencair dan menari - nari di atas lapisan yang melindungi tubuh. Bikin hatiku tambah girang, puas.
"Ini bukan kehendakku!"
"Bukan kehendakmu? Jadi, kau punya pilihan lain, bukan?"
"Aku cuma tidak suka sepi," katanya, "Dia ada untuk hilangkan sunyi yang kau tinggal." Malik ternyata masih belum mahu kalah dengan permainan aku - bikin aku tambah berang.
"Dia cuma persinggahan!" aku betulkan istilahnya, "dan aku ini - kekasih yang ada untuk kau selama-lamanya sebagaimana yang kita janji. Kau pilihan aku yang terbaik, dan aku adalah kemestian kau, bukan pilihan seperti dia."
Lutut kubengkokkan. Sebilah gunting berwarna pink dikeluarkan dari kocek seluar, dan aku mula memotong. Aku mulakan dengan mulut - agar aku tidak lagi dengar dia menjerit.
Bibir yang dahulunya menjanjikan bahagia - bertukar nista. Aku tahu; apa yang Malik buat di belakangku. Malik bukan milik mutlakku.
Bila satu hari kau jumpa mantan pacar di jalanan, dan dia bergaya lebih dari biasa. Luar biasa yang kau tidak pernah lihat bila dia bersama kau. Luar biasa yang cukup untuk merejam tangkai hati hingga putus.
"Kenapa yang bukan lagi milik kita, selalunya tampil lebih istimewa dari semasa dia di genggaman?"
Persoalan yang sama - setiap kali aku jumpa Malik di jalanan; bila dia bukan lagi milik aku. Adakah aku yang tak menghargai - atau masa yang terlalu singkat untuk mencintai?
Jalanan yang lengang itu - cuma aku dan kamu yang tahu mana letaknya dalam peta. Dan hanya beberapa jasad yang ada, menyusuri jalanan itu. Jalanan penuh dengan harapan yang mendebunga. Jalanan yang kita panggil - Paris kecil kerana cinta yang ditumpahkan atas janji setia dan kasih asmara yang mekar.
Aku tidak akan lupa indahnya pohon - pohon bunga yang sedang berbunga. Jalanan itu seakan - akan selamanya dipeluk musim bunga. Dan anak - anak muda begitu riang pasang lagu basking di tepi - tepi jalan; aku dan kamu juga turut serta.
Lagu-lagu KLMJ - kenangan lalu mengusik jiwa yang mereka katakan amat bermakna sekali bila kita sudah berpisah hati dan menjauh. Paling kamu suka, lagu Dear God dari Avenged Sevenfold yang sering kau tujukan untuk aku. Aku betul-betul sangka yang kamu maksudkannya.
"...dear God, the only thing I ask of you is to hold her when I'm not around when I'm much too far away..."
Aku benar-benar percaya yang kamu mahu Dia jagakan aku untuk kamu. Tapi sebenarnya kamu mahu aku menjauh dan pergi kerana kamu sudah tidak perlu.
Sakit hati tidak pernah sama dengan sakit yang lukanya zahir. Batin - terseksa. Hari-hariku cuma lihat kau bahagia, tanpa aku di sisi. Kenapa aku juga tidak boleh bahagia?
Dan bila jumpa mantan pacar di jalanan, perasaan kembang kuncup tukar jadi layu. Bunga - bunga yang dahulunya menyambut kebahagiaan berdua - turut serta berkabung untuk kematian cinta. Cinta dari aku, tulus jujur. Cinta dari kamu, nista dusta.
"Suratkhabar lama! Baju lama! Semua lama!" suara Ah Seng di jalanan itu sudah acapkali aku dengar tiap-tiap petang. Tapi petang kali ini aku sudahh dipeluk erat oleh tekad.
"Ah Seng, esok bawak lori ya? Ada barang."
"Aiyoo, banyak ka?"
"Banyak," aku senyum, "kalau boleh bawak assistant."
Keesokannya.
Ah Seng hulur cek - ini jackpot, katanya. Aku cuma senyum puas. Bukan nilai yang tercatit bikin hati jadi puas; rasa dirampas milik. Itu bikin puas.
Malik pulang dari outstation hujung bulan itu. Aku pura-pura sapu sampah di halaman. Aku lihat dia separuh gila - aku jual semua milikannya dengan harga barangan kitar semula. Cek Ah Seng masih ada, tapi sudah kuning - sengaja aku pura-pura tak perasan yang Ah Seng beri cek tendang.
Malik murung berhari-hari. Di jalanan itu aku jumpa dia lagi.
"Kenapa Malik?"
"Rumah aku, semua..." nafasnya terhenti. Aku hulur sapu tangan.
Malik hilang kesedaran beberapa miliminit selepas itu.
"Aku kat mana ni?!" Jeritannya bikin bingit telinga aku.
"Kau suka wanita menggoda bukan?"
"Milli, itu kau?"
"Kau suka wanita yang mencanda kelakian kau, bukan?"
"Milli..." rintihnya.
"Malik...kau suka perempuan yang dapat melayan serakah kau, bukan?"
"Ya, Milli. Ya." Malik masih punya masa untuk fikir kepuasan nafsu duniawi nya - tanda-tanda lelaki mudah tewas.
"Surprise, sayang," aku bisik halus di telinganya. Aku lihat Malik penuh dengan harapan.
Aku sengaja panggil strippers dari kelab malam kegemaran Malik. Malik kenal benar dengan penggoda yang buat tidurnya seringkali basah. Lenggok tari yang menggoda, sentuhan erotik buat Malik ingin terus diperlakukan sebegitu. Malik, Malik. Aku menggeleng, terus pasang senyum sinis. Ini masa kau, Malik. Nanti di neraka, tidak aka nada lagi kemanisan dunia. Enjoy your moment.
Lucu benar. Manusia - pada waktu-waktu genting, masih ingin nafsunya dipuaskan. Meskipun nyawa sudah di hujung tanduk. Oh, itu cuma aku yang tahu.
Malik sudah tiba di puncak nafsunya. Keghairahan Malik satu kelebihan di pihak aku. Aku tutup matanya dengan kain. Malik masih lagi mahu melihat gadis - gadis tanpa seurat benang itu. Aku senyum, sinis.
"Kenapa tutup mata pulak, Milli?"
Aku capai lambang kelakiannya - dengan gam yang orang biasa panggil gam gajah sebab sifat pelekatnya yang power tahap tinggi. Aku tuangkan sebotol habis, dan lekatkan ereksinya itu ke perutnya yang buncit. Lambang kebanggaan yang selama ini jadi modal padanya - atau mungkin cuma modal seorang lelaki angkuh dan suka main perasaan. Apa - apa pun, padan muka Malik!
"Milli!" jeritan Malik umpama antidote bagi aku. Menyembuhkan luka-luka di hati. Suaranya tidak akan lagi kedengaran di jalanan - Paris kecil. Suaranya; yang berada dalam kotak suara, itu pasti. Suaranya; yang selalu menghiburkan aku dengan lagu - lagu basking dan puitis atas janji cinta, tidak akan lagi ada.
Dan bila.
Bila satu hari kau jumpa mantan pacar di jalanan, dan dia bergaya lebih dari biasa. Jalanan itu bukan lagi jalanan biasa.