Aku Sebutir Berlian

97 4 6
                                    

Aku sebutir berlian. Aku tinggal di dasar bumi. Panas kot kat situ, tapi aku selesa. Bila sampai waktu, akhirnya aku ditemui. Gembira bukan kepalang.

Aku dipadankan dengan emas. Dibentuk bersama, lalu aku dijadikan cincin. Di dalam kedai perhiasan, aku yang sering dipuji-puji kerana keindahanku. Berbaloi penantianku. Orang Barat cakap, "save the best for the last."

Setelah lama menjadi pameran di kedai, dan menanti, seorang wanita berhasrat untuk memiliki aku. Aku berikrar akan menjadi perhiasan terindah buatnya.

Namun, itu semua sementara. Hidup aku menjadi sebentuk cincin dimaki dan dihina. Kerana aku sebentuk cincin kepada wanita bernama Rosmah.

Kispen SpontanWhere stories live. Discover now