Suamiku, Mangsa OCD

161 5 1
                                    

Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Itu yang aku lihat dari sampul berwarna coklat dari dalam laci meja solek. Siapa punya ni?

Hai, nama aku Reen. Aku baru sahaja berkahwin dengan seorang lelaki – mestilah sebab negara ni tak menghalalkan perkahwinan sejenis. Anyway, aku memang straight. Zhafi memang lelaki yang aku idamkan. Berkulit sawo matang macam lelaki Melayu, dirias rambut stail klasik dan sepasang mata yang kuyu. Paling penting dia ada kualiti lelaki yang aku paling inginkan, dia ada slang Sabah. Lulusan Mechanical Engineering dari salah sebuah universiti terkemuka dalam negara. Taknak pulak aku mention universiti mana satu takut yang baca ni classmate dia, so kantoi lah aku.

Macam mana aku kenal Zhafi ni? Aku memang selalu pergi majlis kahwin saudara mara aku. Sepupu aku, makcik-makcik aku. Kawan-kawan aku pun dah ramai yang kahwin. Tapi aku tak tension pun nak kahwin. Macam Deepak Chopra cakap, "Fear is the memory of pain, addiction is the memory of pleasure, freedom is beyond both." Kita ni hidup terkejar-kejar ke sana dan ke mari sebab nak mengisi ruang kosong dalam hidup, yang dikatakan keperluan. Oh, berbalik pada cerita majlis kahwin tu. Tak, aku tak jumpa dia kat mana-mana majlis kahwin pun.

Pertama, aku nak tanya kau – kau percaya tak pada cinta pandang pertama?

Lepas tu, yang kedua. Kau percaya tak kalau aku cakap kenal dia masa majis tahlil mak aku?

Masa tu dia pakai kemeja hitam dengan slack kelabu, songkok dan tengah pegang Yassin. Yelah, masa tu takkan lah dia nak pakai baju raya yang warna terang benderang. Dia datang, duduk di satu sudut, dan baca Yassin. Senyap je. Tenang rasa jiwa aku bila tengok lelaki macam tu. Aku rasa serba salah nak kenal dia sebab yang baru meninggal, mak aku, takkanlah aku terus nak mengorat lelaki macam tu je. Jadi, aku pun biarlah dia, seorang lelaki yang tenang di suatu sudut dinding, mengirimkan doa untuk mak aku.

Lepas hidangkan makanan untuk tetamu tu, aku pun tercari-carilah peluang untuk berjumpa dengan lelaki yang tenang di suatu sudut dinding tadi. Aku tak puas hati sebab aku langsung tak nampak kelibat dia. Ah, dilemma aku. Macam mana aku nak tanya kat orang? Bila aku tengok balik kat suatu sudut dinding tadi, aku nampak makcik Bedah tengah duduk sedap je makan nasi dengan rendang ayam. Takkan lelaki tadi tiba-tiba transform jadi makcik Bedah kot? Dalam keadaan tertanya-tanya tu, aku terus je berlari keluar. Aku nampak lelaki yang tenang di suatu sudut dinding tadi dah dalam perut kereta dan berlalu meninggalkan perkarangan rumah aku. Masa tu, aku dah rasa macam putus asa. Macam mana aku nak cari lelaki yang tenang di sudut dinding ni lagi?

Ada member cakap kat aku haritu "Happiness often sneaks in a door that you think did not open." Senang cakaplah, kita selalu tak jangka ke mana kita dapat peluang, malah jodoh sekalipun. Apa cara sekalipun, aku memang kena dapatkan lelaki ni, sebab aku betul-betul dah jatuh hati. Apa caranya?

Kalau aku tau nama dia, boleh jugak aku cari di Yellow Pages ke, tak pun search kat Facebook ataupun Twitter. Tapi ni tak, aku tak sempat pun nak tau apa-apa. Clueless.

Oleh sebab aku kenal dia masa majlis tahlil, jadi aku kena ciptakan lagi satu majlis tahlil supaya dia datang ke rumah aku. Aku pun cari jalan macam mana nak ciptakan majlis tahlil. Kalau nak ada majlis tahlil kena ada orang yang meninggal! Siapa nak meninggal? Tak mungkin lah aku kan.

Aku ada seorang kakak. Nama dia, Nina. Sebab aku rasa lelaki yang tenang di sudut dinding tu mungkin saudara-mara aku, jadi aku harus ciptakan kematian Nina, dengan membunuh Nina!

Macam mana aku nak bunuh Nina? Senang je. 7 hari lepas mak aku meninggal, Nina dah start pergi clubbing. Aku pun ikut dia ke kelab malam yang dia lepak tu. Bila dia order segelas margarita, aku masukkan racun. Baru seteguk, Nina dah menggelupur. Tak sempat nak mengucap, dah terus meninggal. Mission succeed!

Seperti yang aku jangka, lelaki tenang di sudut dinding itu muncul lagi. Kali ni, aku takkan lepaskan peluang untuk menemui dia.

"Hai, saya Reen," aku senyum semanis mungkin.

"Hai," dia tampak terkejut, "saya Zhafi," dia senyum. Bertitik tolak dari situ, aku dan Zhafi semakin rapat dan mula jatuh cinta. Akhirnya, kami buat keputusan untuk berkahwin.

Kata orang, manis perkahwinan ni, tengok pada tahun-tahun pertama. Sebagai contoh, tahun pertama, si suami masih tolong bukakan pintu kereta untuk isteri. Acah-acah romantik. Masuk tahun kesepuluh, kalau si suami masih bukakan pintu kereta untuk si isteri, sama ada isteri tu isteri baru, ataupun kereta yang baru. Orang katalah.

Suatu hari aku bergaduh dengan Zhafi.

"Saya tak faham macam mana awak boleh jadi cantik dan bodoh dalam masa yang sama!"

"Tuhan jadikan saya cantik supaya awak tertarik pada saya, dan dia jadikan saya bodoh supaya saya tertarik pada awak!"

Zhafi terus menghempas pintu, meninggalkam aku yang menangis dan mula mencampakkan semua harta benda yang mampu dicapai. Kau dah berubah, Zhafi.

Makcik Bedah sebelah rumah aku mula perasan yang aku selalu sedih, sorang-sorang kat rumah. Sebab Zhafi memang dah jarang pulang ke rumah awal, hujung minggu pun tak ada. Jadi makcik Bedah pun tanya aku apa masalah kami.

"Zhafi dah jarang balik. Saya rasa dia makan luarlah, makcik Bedah."

"Makan luar? Hmm. Makcik ada cadangan ni."

Aku pun ikutlah cadangan makcik Bedah. Pagi tu, Zhafi balik pukul 4.

"Is that you, Zul?"

Lepas tu Zhafi dah tak balik lambat dah. Lepas seminggu aku jumpa balik makcik Bedah. Aku cakap yang aku dah buat apa yang makcik Bedah suruh. Tapi aku tak faham kenapa cara tu berkesan.

"Sebab lepas tu dia risau bila dia jarang balik rumah, awak pulak yang curang."

Hubungan aku dengan Zhafi dah semakin baik sekarang. Suatu hari, Zhafi hantar hadiah pada aku. Rupanya dia hantar burung kakak tua. Boleh temankan aku bila dah bosan.

"Awak suka tak hadiah yang saya bagi?"

"Suka! Sedap pula tu!"

"Sedap?"

"Buat lauk tengahari nanti! Bye sayang, saya nak sambung memasak ni!"

Zhafi tak balik makan tengahari. Katanya ada meeting dengan client. Tak apalah, kataku.

Layanan baik Zhafi bertahan untuk tempoh yang seketika. Baru saja aku rasa nak bahagia kembali. Zhafi betul-betul tak menghargai pengorbanan aku untuk mendapatkan dia.

"Awak, saya tak mampu menahan lagi ni. Sebelum saya pergi, saya nak minta maaf dengan awak."

"Ye, kenapa sayang?"

"Selama ni saya dah tipu awak. Setiap malam saya balik lewat, saya cakap saya overtime. Tapi sebenarnya saya curang dengan awak."

Aku menarik nafas panjang dan senyum.

"Kenapa agaknya saya beri awak minum racun tu?"

Masih aku teringat kata-kata penceramah masa kursus kahwin.

"Did you know in Africa, men don't know how their wife is before they get married? Please don't worry about that, most men in most countries also experiences the same thing."


Kispen SpontanWhere stories live. Discover now