You sent a text asking me out for a cup of tea. Nadamu lebih serius dari yang selalunya dan aku mula merasa resah sendiri. Aku balas okay, jumpa di tempat kegemaran kita siap dengan emoji mencium pipi dan sedaya upaya aku cuba berlagak selamba.
Aku memilih untuk memakai dress hitam untuk bertemumu. Rambut ku sanggul tinggi tak ku lepaskan sepertimana yang kau suka dulu-dulu. You know, woman got that instinct when something bad is going to happen and today is the day.
Sesampainya di situ, kau sudah lebih dulu menunggu dengan dua cawan teh; kegemaranku dan juga punyamu. Aku duduk di hadapanmu.
Selepas 30 minit kau membiarkan sunyi meraja suasana which this never happens before, kau bersuara.
Aku tak tahu dengan cara yang bagaimana harus aku memberitahu kamu ini, tapi aku tak rasa we belong to each other anymore.
Aku hembus nafas dalam. Kau merenungku diam. Mungkin cuba memikirkan ayat yang terbaik untuk tak terusan buat aku terluka tapi yang sebenarnya ini lebih parah dari terluka.
Cukuplah, kalau memang ini dinamakan selamat tinggal. It is a goodbye then. Aku tak akan memaksa untuk kau tinggal lebih lama di sini. Untuk apa memaksa sesuatu yang bukan milikku lagi. Nanti aku yang lelah sendiri. Nanti aku yang menangis sendiri. Nanti aku yang bingung sendiri. Kau tetap tak akan mengubah keputusanmu. Padamu, roda kehidupan telah berputar 360 darjah tanpa ada aku di sisi mahupun di belakangmu apatah lagi di hadapanmu. Kau telah memilih dan pilihanmu untuk pergi jauh dariku. Jadi, selamat tinggal adalah keputusan yang paling tepat.
Buru-buru aku habiskan secawan teh kamomil yang rasanya tawar. Setawar engkau yang dihadapanku sekarang. Hingar sekeliling aku rasakan sunyi. Seolah masa turut terhenti. Tiada lagi riuh si barista mengucapkan have a nice day and enjoy your tea. Tiada lagi riuh pelanggan yang meminta itu dan ini with cream or no sugar please.
Kau masih diam. Jarimu masih mengacau gula yang aku rasa sudah larut ke dalam teh lemon kau yang mungkin sudah sejuk.
Aku bangun.