Tiada nombor cuma selamat tinggal.

688 22 1
                                    

Usai makan malam tadi, aku duduk di sofa merah yang kita beli bersama di kedai perabot satu tahun yang lalu. Kau duduk di meja kerjamu. Menyelesaikan kerja-kerja pejabatmu yang sering kau bawa pulang ke rumah semenjak beberapa bulan yang lalu.

"Engkau terlalu berkira-kira, sayang."

Masih memandang kertas kerjamu kau bertanya, "Berkira-kira tentang apa?"

"Tentang kesemuanya. Tentang siapa cinta siapa lebih lagi, tentang rindu siapa lebih berisi, tentang siapa yang dapat bercerita dulu hal-hal berkaitan kerja mahupun kopi tumpah di tie kegemaranmu." (Tapi apa yang kau tidak tahu, aku sedang berkira-kira untuk meninggalkanmu)

"Bukankah itu bagus?"

Aku diam dan melihatmu dalam-dalam. Kau masih sibuk melakukan kira-kira sambil menekan-nekan nombor di kalkulator dengan dahi yang berkerut-kerut. Tidak sekilas pun kau memandangku. Aku lepaskan keluh kecil kemudian bangun dan mencapai kunci kereta yang terletak di meja makan. Aku lepaskan pandangan ke seluruh ruang tamu dan kemudian beralih memandangmu yang masih tekun di meja kerjamu. Aku tinggalkan nota di pintu peti ais.

"Selepas melakukan kira-kira tentang segala macam hal kelmarin, aku kira selamat tinggal adalah yang terbaik."

UnguVioletWhere stories live. Discover now