11 kai

156 9 0
                                    

Hana menuruni anak-anak tangga rumah dengan satu perasaan malas. Malas sungguh dia hari ini mahu masak untuk suami sendiri. Semalam cukuplah satu hari dia bertekak dengan Kai. Hari ini dia malas dah hendak bertekak lagi. Kai memang suka cari pasal. Satu hari dia tidak bertegur dengan Kai gara-gara lelaki itu menyorokkan telefon bimbitnya di dalam bilik air. Lawak bukan? Ya, memang tak lawak kerana berpuluh-puluh panggilan tidak dijawab daripada orang luar. Orang luar itu terdiri daripada pelanggan-pelanggan butiknya yang daripada luar negara. Bila dah berpuluh-puluh panggilan tidak diangkat, bermakna pelanggannya akan lari ke tempat lain. Dia rugi di situ! Manalah dia tidak mengamuk.

"Jagi..." Kai mendekatinya yang sedang membancuh minuman di mug. Entah daripada mana lelaki itu datang, dia tidak nampak dah. Matanya masih tertumpu pada mug.

"Jagiya... oppa minta maaf... pasal semalam" nampaknya Kai sedia mahu memulakan sesi memujuk-mujuk. Tubuh Hana dipeluknya daripada belakang membuatkan Hana hampir sahaja pengsan di situ.

'Haish, time-time ni lah nak bersweet-sweet dengan aku.' Getus hati Hana geram. Dia memang cepat melting jika Kai buat sesuatu terhadapnya. Kai buat puppy eyes pun dia hampir pengsan, lagikan jika Kai memeluknya begini. Mahu tak gila?!

"Maafkan oppa tak?"


"Tak!"


"Kenapa?"


"Tengah merajuk. Tak nak maafkan."

Kai hanya mendiamkan diri sebelum meletakkan dagunya pada bahu Hana. Dia tahu cara yang sesuai memujuk Hana. Hampir setahun mereka berkahwin, semua benda dia tahu.

Tangannya yang berada di hadapan itu tidak semena-mena mengambil mug yang telah dibancuh oleh Hana tadi dan dibawa mug itu ke bibirnya. Air coklat panas dihirup perlahan. Hana punya geram. See? Carik pasal kan? Air orang pun dia teguk.

"Nah," Kai memberikan bibir mug pada bibir Hana. Dia mahu Hana minum air tersebut di mana terletaknya bibirnya tadi. Hana menggeleng.

"Tak nak ah... oppa busuk! Pergi mandi sana!" Hana cuba untuk mengubah topik dan mengubah posisi tetapi tidak boleh. Fikir senang nak melepaskan diri? Dah masuk kandang ular, lepas tu nak keluar. Memang tak adanyalah laju berdesup macam tu keluarnya.

"Minum dulu. Baru oppa mandi." Arah Kai. Senang aje nak pujuk, bukan payah mana pun.

Nak tak nak, terpaksa juga Hana meneguk minuman itu. Betul-betul tepat pada tempat bekas bibir Kai tadi. Kai melepaskan kembali mug dan diletakkan pada meja bar. Dia masih lagi dengan pelukannya. Tidak mahu dilepaskan.

"Tengok oppa kejap."

Hana menurut sahaja walaupun dalam masa yang sama dia bengang. Kai berjaya memujuknya! Kepala pun dipusingkan ke sebelah kanan dan serentak dengan itu, Kai mengambil kesempatan untuk mengucup bibir Hana yang sudah pun berada dekat dengannya. Hana punya terkejut.

"Yeah!! Dapat juga morning kiss! Oppa buat tadi untuk morning kiss, sayang. Oppa tak naklah miss morning kiss nanti. Walaupun awak tu tengah merajuk sekarang!" Kata Kai dalam nada nakal lalu mengucup bertalu-talu bibir Hana membuatkan Hana merasa seperti mahu menendang Kai ke Galaxy ketika itu.

"Grr... kejam!"

"Kejam, kejam pun suami awak juga!" Kata Kai lalu pergi naik ke atas untuk mandi. Hana mengetap bibir. Geram. Perangai Kai kadang-kala gatal, nakal, romantik, comel, kejam, jahat, baik. Senang cakap semua ada. Tapi bila lelaki itu tiada di depan mata, rasa macam nak tercabut nyawa. Sayangnya pada Kai, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

By SuamikuKacakGila27

Oneshot Collection ↷ closedWhere stories live. Discover now