13 jimin

229 13 0
                                    

Sebenarnya, aku dah lama pendam perasaan ke dia. Aku tak tahulah sama ada dia suka kat aku ke tidak, tapi setiap kelakuan dia buat aku rasa yang aku ni just syok sendiri. Berangan sorang-sorang, senyum sorang-sorang. Always lonely. And I don't know yang dia ni ada girlfriend ke tidak. But kalau ikut firasat aku, dia ni macam dah ada kekasih. Tengok mukalah. Dahlah kacak, menawan. Siapa yang tak nak? Aku ni, apa je ada. Tuhan dah bagi aku penglihatan yang jelas, tapi aku sia-siakan. Now, aku gelap. Aku buka mata, pejam mata. It's same. Gelap! Tapi takdir dah menentukan yang aku, sempat tengok muka dia sebelum aku cacat penglihatan.

Aku ni, biasa je. Taklah senang mana. Tapi aku rasa aku ni terlalu kerdil bila berhadapan dengan orang lain meskipun dengan kawan baik aku sendiri, Mirae. Yup, tak ada siapa tahu hati aku. Tak ada siapa tahu hati aku sedang menangis. Hanya aku je yang rasa, dan Tuhan yang tahu. Sakit tu, Ya Tuhan. Baik aku mati je dari hidup macam ni. Aku...

"Eun Shi..." seseorang menepuk belakang tubuh aku dengan lembut menyebabkan aku tersentak. Aku cuba untuk menghidu wangian seseorang ini untuk mengenal pasti siapakah dia. Tetapi aku tidak dapat mengecam siapa. Ini bermakna, orang itu adalah orang yang tidak ku kenali. Lantas, aku kembali ke kedudukan yang asal. Membiarkan wajah ku ditampar oleh angin yang agak kencang ini. Biasalah, di rooftop memang angin berlalu kencang.

"Siapa ni?" Aku menyoal dan mengharap agar dia menjawab dengan segera tetapi meleset sama sekali. Seseorang itu tidak menjawab, malah dia pergi melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Rapat sekali, sehingga bahu aku dan dia bersentuhan. Aku yakin, yang dia ni adalah lelaki. Bukan perempuan.

"Saya... Jimin. Park Jimin."
Mata aku yang tidak berfungsi itu terbuka luas. Ji.. Jimin? Dia...

"Aa.. apa awak..."

"Shut..." lelaki yang bernama Jimin itu meletakkan jari telunjuknya pada bibir aku membuatkan aku serta-merta terdiam mengikut arahannya.

"Saya... saya nak luangkan masa saya dengan awak. Saya tahu, kita tak pernah kenal sebelum ni. Tapi, saya lebih kenal awak dalam diam." Kata Jimin membuatkan aku terkejut. Aku menolehkan kepala memandang ke kanan. Aku benar-benar berharap agar penglihatan ku pulih, demi melihat wajah Jimin yang selama ini aku idam-idamkan menjadi kekasihku. Aku tahu, impian ku itu hanya anganan semata tetapi tak salab rasanya jika aku berangan untuk memuaskan hati ku ini sahaja.

"Apa maksud awak?" Soal aku bingung. Aku bingung sebenarnya dengan setiap patah kata yang dia sebutnya.

"Awak nak dengar satu cerita tak?" Aku yakin, Jimin tidak menjawab soalan ku. Dia melencong ke tempat lain.

"Apa dia?" Aku tetap menanya meskipun aku tertanya-tanya lagi dengan soalan lama ku.

"Dulu, ada seorang pelajar perempuan ni. Dia cantik, baik dan menawan. Saya suka tengok dia. Then, tiba-tiba saya terpaksa dimasukkan ke dalam wad sebab demam panas. Seminggu saya dirawat. Dalam masa tu jugak, saya teringatkan dia. Saya rindu dia sangat-sangat. Bila saya naik sekolah, saya cari dia. Dia tak ada. Saya cari dan cari sampailah saya rasa putus asa. Saya tetap cari juga. Saya nekad, saya nak luahkan perasaan saya ke dia bila saya jumpa. Tapi... saya rasa macam kena tampar banyak kali bila saya dapat tahu yang... dia kemalangan. Dan lebih menyakitkan... dia... cacat penglihat..."

"Cukup!!!" Aku menjerit kuat menyebabkan Jimin terhenti. Air mata aku perlahan-lahan mengalir. Aku seperti dapat merasakan sesuatu yang Jimin cuba cerita. Tapi tak mungkin! Mungkin iu semua khayalan aku sahaja. Tapi kenapa setiap cerita yang Jimin ceritakan pada aku, lebih kurang sama je dengan situasi aku sekarang ni?! Sumpah, aku rasa macam nak terjun dari rooftop ini ke bawah sekarang jugak.

"Dia cacat penglihatan..." Jimin meneruskan tanpa memikir lagi. Aku segera menutup telinga aku dengan tangan. Aku tak sanggup mahu dengar lagi.

"Lama saya tunggu dia datang sekolah. Lama sangat. Lepas 2 minggu, barulah dia sekolah. Walaupun dia buta, tapi dia tetap sama. Cumanya, dia asyik dibuli. Saya nak sangat tolong dia dan bagi peringatan pada orang yang buli dia. Tapi saya tak mampu. Saya tak nak dia jadi sasaran lagi. Kalau saya bagi amaran, makin ramai yang benci dia. Jadi saya diam." Cerita Jimin lagi dengan tenang. Aku tak pasti apa yang dia nak buat. Aku tak dengar pun apa yang dia kata sebab aku tak mampu.

"Hari ni, saya jumpa dia. Duduk sebelah dia lagi..."

"Jimin please stop...." aku dah tak tahan dah dengan dia. Aku rasa macam nak lari sekarang ni.

"Awak nak tahu apa nama dia? Nama dia..."

"Arghhh!!!" Aku mulai tertekan lantas mahu bangun berlalu pergi. Tetapi tiba-tiba aku merasakan yang pinggang aku ini ditarik kasar dan menyebabkan aku melayang. Tidak ku sangka kejadian ini berlaku apabila aku dapat merasakan sesuatu yang lembut menyentuh bibirku. Begitu lama sekali sehingga aku hampir ketiadaan nafas.

Perlahan-lahan Jimin lepaskan bibirnya dari terus mengucup.

"Saya cintakan awak, Eun Shi. Awaklah orangnya." Bisik Jimin pada telinga aku membuatkan aku terasa begitu lemah sekali. Sekali lagi dagu aku ditarik dan Jimin mengucup bibir aku buat kali yang kedua. Ciuman pertama ku telah dicuri oleh Jimin, lelaki idaman aku selama ini!

Aku seperti baru tersedar. Dengan kuat aku menolak bahu Jimin.

"Saya bukan untuk awak."

"Tak, awak memang untuk saya. Saya cintakan awak, Eun Shi. Sangat-sangat." Jimin menarik aku ke dalam pelukannya. Aku dah tak mampu lagi mahu elak. Aku hanya membiarkan diri aku diperlakukan oleh Jimin.

Jadi selama ini aku tidak bertepuk sebelah tangan, malah, aku pula yang dicintai. Aku menangis... dalam tangisan yang boleh dikatakan tangisan kegembiraan.

By SuamikuKacakGila27

Oneshot Collection ↷ closedWhere stories live. Discover now