12 sehun

223 11 0
                                    

"Oppa..." Umi mendekati Sehun yang sedang menyiapkan kerjanya di ruang tamu. Daripada tadi pagi, sampailah ke tengahari, Sehun asyik sibuk dengan kerjanya. Langsung tidak bercakap dengan dia. Entah kerja apa benda entah, Umi sendiri pun tak pasti.

"Hmm?" Menggumam sahaja.
Tangannya masih laju menaip pada kekunci iPad. Keningnya juga turut berkerut-kerut melihat kertas dan skrin iPad.

"Oppa buat apa tu? Umi tengok satu hari oppa tak berganjak. Makan tak apa tidak. Layan Umi pun macam nak tak nak aje." Perlahan Umi menyuarakan ketidakpuashatiannya terhadap Sehun. Takut pun ada juga sebenarnya. Takut Sehun melenting. Tetapi dia peduli apa. Kalau ya pun kerja, takkan nak bercakap dengan isteri sendiri pun nak tak nak aje? Makan pun tidak apa tidak. Siapa tak sentapkan?
Sehun mengeluh pendek.

"Umi, oppa banyak kerja. Jangan kacau." Hanya itu reaksi Sehun. Pandang Umi? Jauh sekali. Matanya tetap juga pada situ.
Umi masih berdegil. Dia masih mahu buat Sehun memandangnya meskipun Sehun mengamuk. Tangan Sehun disentuh perlahan.

"Pandanglah wife oppa ni. Umi ni ada perasaan tau. Bukan tunggul. Oppa..." Umi cuba untuk mengambil perhatian Sehun dengan menggoyang-goyangkan tangan Sehun. Sehun mengeluh lagi, kali ini panjang sedikit. Dia memandang wajah isterinya dengan pandangan yang tertekan.

"Umi nak apa sebenarnya?" Soal Sehun. Dia marah.

"Nak oppa!" Dengan suara yang comel Umi menjawab. Dia tidak faham keadaan Sehun sebenarnya. Dia cuba untuk happy.

"Jangan mengada sangatlah. Oppa tak suka. Kalau nak keluar ke apa, pergilah sana. Duit adakan? Kereta pun ada. Keluar aje sana. Jangan kacau oppa. Banyak kerja yang oppa kena siapkan." Kata Sehun tanpa memikirkan perasaan isterinya yang kini mula rasa lembik ini. Sehun menyambung kerja. Dia tidak mengambil kisah pasal Umi.

Umi pula mula rasa terkilan dengan kata-kata Sehun yang seakan-akan menghalaunya itu. Dia geram. Tangan Sehun dipegangnya dan digoncang perlahan sambil menyebut perkataan, oppa.
Semakin lama semakin laju dan tanpa mereka sedari, air yang menjadi peneman Sehun semasa membuat kerja itu tertumpah di atas kertas kerjanya. Waktu itu, Sehun tergamam dan Umi juga turut terdiam.

"O... oppa. Mian..."

"Puas dah sekarang?! Puas dah kacau oppa buat kerja?! Berbulan oppa cuba buat kerja ni, tinggal lagi satu lagi patah perkataan aje. Umi, tolonglah jangan jadi budak-budak. Oppa tak tidur malam buat benda alah ni, datang Umi, senang-senang aje tumpahkan air atas kertas ni. Oppa tak fahamlah. Susah ada isteri yang macam budak-budak. Macam jaga budak kecil!"

Umi menunduk dengan satu perasaan yang boleh dikatakan sebagai, takut. Bermacam-macam perasaan mula naik ke dasar hatinya. Perasaan bersalah lagilah. Tak pasal-pasal kena marah.

"Hmm.. sorry. Umi naik dulu."

"Dah salah, dah takut, dah kena marah baru nak pergi! Kalau pergi lagi tadikan senang .
Menyusahkan!" Marah Sehun lagi. Dia tidak sedar dia memarahi isterinya sebenarnya. Wajahnya diraupkan berkali-kali. Kesal dengan perbuatan Umi.
Umi pula sudah tidak dapat menahan air mata. Dia terus bangun tanpa menoleh ke belakang lagi. Sehun pula seakan-akan baru tersedar daripada tidur. Dia memandang ke kanan. Umi tiada. Dia memandang ke arah tangga. Umi sudah pun mencapai kunci kereta dan beg tangan tersangkut pada bahu. Wajah isterinya itu merah padam. Menangis. Segera dia bangkit.

"Umi..."

Umi diam. Dia menonong ke pintu rumah tetapi Sehun lebih cepat menarik tangannya dengan kasar supaya tubuhnya itu seperti magnet melekat pada tubuh Sehun.

"Oppa minta maaf, sayang..."

"Buatlah kerja sana. Umi nak keluar. Siapalah Umi nikan? Menyusahkan, menyibuk. Dahlah, pergi sana." Kata Umi dengan rajuknya sambil menolak perlahan dada Sehun. Mahu Sehun segera pergi dari situ.

"Oppa tak dapat nak control tadi. Sorry."

"Pergilah sana..." Umi merengek sedikit. Dia tetap menolak dada Sehun tetapi Sehun pula menarik kepalanya supaya lebih dekat dengan dada lelaki itu.

"Tak nak. Sorry, sayang. Oppa tak dapat nak kawal perasaan marah tadi. Sorry sangat-sangat."

"Hmm..."
"Sorry kay?"

"Hmm..." ini dia kelemahan Umi. Tidak boleh Sehun berlembut sikit. Mulalah nak kecundang. Baru je merajuk tadi. Bila kena pujuk, habis berderai hati.

"Dah, tak payahlah menangis lagi. Buruk muka." Sehun memegang kedua-dua belah pipi Umi dan mengucup dahi Umi dengan perlahan. Hei... isteri aku ni senang betul nak dipujuk.

Umi hanya diam. Dia marah dalam suka sebenarnya.

By SuamikuKacakGila27

Oneshot Collection ↷ closedWhere stories live. Discover now