06 Baekhyun (A Real Love)

269 24 4
                                    

Bangga. Bangga ke dapat suami yang macam dia? Tak. Aku tak rasa bangga pun sebab, sejak kami kahwin 2 bulan lepas lagi, dia langsung tak tegur aku. Tegur bila perlu aje. Langsung tak pernah rasa yang aku ni manusia. Bukan batung cendana. Apa yang ada kat hati dia tu sebenarnya? Benci? Dengki khianat?

Yes, aku sedar, aku
kahwin dengan dia ada sebab. Sebab ibu dia terlalu berjasa dengan ibu aku sebab dulu, sewaktu keluarga dia kemalangan, ibu aku yang jaga anak kecilnya yang kini sudah pun berumur 12 tahun. Anak kecil itu tidak terlibat dalam kemalangan. Ibu aku yang terdengar suara bayi tu menangis memandangkan rumah ibu dengan rumah keluarga dia berjiran. Tetapi itu dulu, sewaktu umur aku 10 tahun and now, aku dah berusia 22 tahun dan dia pulak 24 tahun. Tua dua tahun dari aku.Siapa sangka, lelaki yang dulu pernah tolak aku dalam kolam ikan rumah ibu aku dah jadi suami orang? Aku pulak tu isterinya! Rasa macam tak logik pulak tapi dah memang kenyataannya begitu. Takdir sudah menentukan bahawa kami bersama. Aku ingat, perangai dia sampai sekarang sama je, rupanya tidak! Jika dulu dingin dan suka sangat kenakan dirinya dengan pelbagai cara, tetapi kini, sikap itu bertukar menjadi dingin dan yang paling sedih.... suka mengutuk dan mengungkit kisah lama. Kisah lama? Dulu, aku memang ada kisah silam yang aku rasa sangatlah pedih.

Aku hampir sahaja dirogol oleh bapa aku sendiri. Bukan bapa kandung, tapi bapa tiri. Hampir sahaja lelaki itu merampas mahkota yang selama ini aku jaga buat suami aku kelak. Mujur pada waktu itu, lelaki yang kini bergelar suami kepada aku datang dan sekali gus menyelamatkan aku yang sudah hampir di hujung tanduk. Sejak dari itulah aku mula rasa sesuatu. Sesuatu yang selama ini aku tak pernah terfikir untuk memilikinya. Mungkin sahaja aku hanya berkhayal atau berangan tetapi hati aku kuat menepisnya ke tepi.
Biarlah takdir yang menentukan dan terus berjalan tanpa aku sendiri yang membawa diri. Nampak sangat yang aku kelihatan terlalu gelojoh dan terlalu obses untuk mendapatkan lelaki itu.

Ah! Biarkan jelah. Mungkin hanya perasaan. Lelaki kacak seperti dia, siapa yang tidak getar melihatnya? Bohonglah jika aku bilang tidak sebab sekarang, aku dah hampir tewas. Hampir sahaja. Belum lagi sepenuhnya. Seperti apa yang aku kata tadi, biarlah hanya takdir sahaja yang menentukan. Bukan dia yang menyibuk membawa diri.

"Ehem..."

Lamunan Hyera tersentak serta-merta. Menyirap darah naik ke muka dibuatnya. Khusyuk betul dia melayan kisah lama tadi, tiba-tiba ada orang datang mengganggu pula.

"Baekhyun, awak nak apa?" Soal Hyera, perlahan. Dia menunduk di birai katil. Sikit pun dia tidak mengangkat kepalanya dari terus memandang jasad Baekhyun di muka pintu.

"Aku nak kau." Jawab Baekhyun selamba.

Gulp! Hyera menelan liur. Hish, gila ke apa ni? Hati Hyera mula tidak sedap hati. Tak pernah Baekhyun bersenda sebegini. Kalau ada, itu maknanya... dia serius. Ah, andwea!!!

"Err... awak nak makan? Saya pergi hidangkan kejap." Hyera memutar topik. Dia bangun dan berjalan sambil menunduk ke muka pintu tetapi lain pulak yang jadi. Bakehyun meletakkan lengannya pada sisi pintu supaya Hyera tidak dapat keluar. Kiranya tubuh Baekhyun memenuhi muka pintu itu meskipun ruangannya tampak besar.

"Aku tak nak apa-apa pun. Aku cuma nakkan kau. Boleh tak kalau... aku nak 'rasa' kau... tonight? Hmmm..."

Yah! Ini lelaki memang mahu kena. Hyera dapat merasakan yang wajahnya membahang. Tak pernah walau sekali pun Baekhyun menimbulkan soal ini antara mereka. Sekali pun tidak pernah. Inilah kali pertama. Sungguh, dia ngeri.

"Saya pergi du..."

"Sabar!" Lengan Hyera direntap kasar membuatkan tubuh gadis itu terhayun mengikut rentaknya. Akibat Hyera tidak bersedia, dia memegang kedua-dua belah bahu Baekhyun. Keadaan mereka sungguh dekat. Wajah lelaki yang kelihatan sedikit letih itu tampak seksi. Dengan baju kemeja bahagian dadanya basah, butang baju bahagian atas terbuka serta lengan baju dinaikkan ke siku menambahkan lagi aura ketampanan jejaka itu pada matanya. Menyerlah sungguh!!!

Oneshot Collection ↷ closedWhere stories live. Discover now