•Chapter 01•

1.1K 79 21
                                    

Lee Ji Hoon atau lebih dikenali sebagai Woozi adalah seorang pelajar sekolah menengah atasan. Tahun ini adalah tahun terakhir baginya sebelum tamat persekolahannya. Kehidupannya tidaklah seperti anak orang kaya tetapi sekadar mampu sahaja. Appanya mempunyai sebuah kedai makan manakala ommanya pula sibuk menguruskan kebun sayur-sayuran.

Jelas sekali bezanya dengan kehidupan Min Yoon Gi atau nama panggilannya Suga salah seorang idol dari kumpulan Bangtan Boys yang digilai ramai. Hanya disebabkan mereka mempunyai wajah yang mirip, mereka telah bertukar kehidupan sesama mereka.

Pada petang itu, Woozi cuba untuk elakkan diri daripada membantu appa atau ommanya. Oleh itu, dia keluar rumah secara senyap tanpa pengetahuan sesiapa pun. Pada waktu yang sama juga, Suga juga turut keluar. Niat di hatinya ingin menghirup udara segar di pantai. Woozi ketika itu berada berdekatan dengan Suga tetapi mereka tidak bersemuka.

Sedang enak menikmati pemandangan pantai yang cantik itu, tiba-tiba Woozi beralih ke tempat lain setelah dia ternampak seorang gadis yang berumur 21 tahun iaitu kakaknya sendiri Lee Mi Joo. Dia bimbang kakaknya akan menjumpainya di situ.

Suga yang sedang duduk melepak di atas pasiran pantai itu tiba-tiba telinganya ditarik oleh Mi Joo yang sangkakan itu adalah adiknya. Suga meraung kesakitan dan terus bangun sebaik Mi Joo menarik telinganya ke atas dan membawa Suga pergi bersamanya.

Mi Joo: Hei, kat sini rupanya kau ya? Omma panggil balik.
Suga: Aahhh! Sakit. Excuse meee~ help!!

Woozi mencari jalan yang selamat. Tiba-tiba sebuah kereta besar berhenti di hadapannya. Woozi ditarik masuk ke dalam kereta oleh salah seorang ahli Bangtan Boys bernama Jimin.

Jimin: Suga hyung! Hyung pergi mana sebenarnya? Kita kena balik sebab hari ini adalah hari yang special buat maknae kita Jungkookie!
Woozi: . . .
V: Hyung, kenapa hyung pakai baju lain ni? Saya tak pernah nampak hyung pakai baju ni pun.
Rap Monster: Kita ni idol. Kita kena jaga image kita.

Woozi sememangnya tidak faham apa yang diperkatakan oleh mereka bertiga. Woozi sekadar mengikut mereka sahaja sampailah ke dorm mereka.

Sampai sahaja di dorm, Jin sedang sibuk memasak untuk sambut hari lahir Jungkook yang ke-18 tahun. J-Hope pula sibuk mengemas meja makan. V dan Rap Monster ditugaskan untuk membeli barang yang lain manakala Jimin dan Suga pula diarahkan untuk membeli sebiji kek. Ketika itu, Jungkook masih lagi tiada di dorm.

Jimin: Hyung, mulanya nak ajak hyung pergi cari kek tapi hyung tak ada pula. Rupa-rupanya hyung kat pantai. Tapi tak apalah. Saya dah beli keknya.
Woozi: Kek? Untuk apa?
Jin: Kamu tak tahukah hari ini hari lahir Kookie?
J-Hope: Hyung hilang ingatankah?

Woozi berpura-pura tepuk dahi dan menyatakan bahawa dia betul-betul terlupa akan hari ulang tahun Jungkook. Kononnya dia adalah Suga. Woozi sudah merasa seronok dengan menjadi orang lain.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Mi Joo: Omma! Woozi ni asyik keluar sahaja. Dia cuba lari daripada buat kerja.

Mi Joo mengadu pada ommanya. Suga tidak faham akan situasi yang berlaku. Dia tidak tahu mahu panggil Mi Joo itu kakak atau adik kerana dia memang tidak mengenali langsung gadis itu apatah lagi keluarga ini. Suga cuba untuk memperkenalkan dirinya.

Suga: Saya bukan Woozi. Saya Min Yoon Gi (Suga) ahli Bangtan Boys.
Mi Joo: Saeng, noona tahulah rupa kamu mirip Suga kesayangan noona tapi jangan nak menyamarlah! Ingat noona ni bodoh? Suga dan ahli Bangtan tak pernah sampai kat sini.

Suga cuba untuk mempertahankan kebenarannya tetapi malangnya, dia dibangkang oleh perempuan itu berkali-kali. Dan disebabkan itu, dia menjadi fed up untuk bertekak dengan perempuan itu lagi. Suga bangun dan cuba lari keluar daripada rumah tersebut tetapi gagal. Dia ditahan oleh appa Woozi di pintu pagar.






Yes I Am Him (걔 세)Where stories live. Discover now