•Chapter 06•

454 53 3
                                    

Suga menghabiskan masanya pada petang itu dengan Eujin sepuas-puasnya. Dia juga banyak memikirkan lagi kehidupan tentang Woozi. Woozi mempunyai teman wanita yang cantik dan semestinya gadis itu ARMY. Woozi juga mempunyai omma yang baik, tentang nuna itu perkara biasalah. Namapun adik beradik.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Omma Woozi atau Puan Lee tersenyum gembira apabila ramai yang menyapanya pada hari ini dan menyatakan tentang kebaikkan anaknya terhadap orang ramai. Suga yang disangkakan Woozi itu amat prihatin sehinggakan menjadi perbualan hangat orang kampung itu.

Mrs. Kim: Beruntung awak ya, anak awak ada rupa iras idol kegilaan ramai, prihatin dan baik pula tu.

Pujian yang dilemparkan terhadap Puan Lee membuatkan Puan Lee begitu bangga dengan anaknya. Dia juga mahu menjaga anak lelakinya itu sebaik-baiknya.

Omma: Mi Joo, adik kamu mana tak balik lagi ni?
Mi Joo: Entah la omma. Dia pergi lepak dengan kawan-kawan dia mungkin. Omma paham-paham je la dengan anak kesayangan omma tu.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Suga segera pulang setelah jam menunjukkan tepat pada pukul 5 petang kerana dia tahu, dia harus membantu appa Woozi di restoran. Oleh itu, dia berlari sekuat-kuat hati sehingga menyebabkan dia berasa teramat sakit pada bekas jahitan pembedahan apendiks pada perutnya. Suga menahan kesakitan itu dan terus tunduk duduk di atas lantai restoran appa Woozi.

Mr. Lee: Woozi, mari tolong appa kemas ini.

Tanpa banyak alasan, Suga bangun dan akur akan arahan lelaki tua itu walaupun bukan bapanya yang sebenar. Ketika sedang sibuk mengemas tiba-tiba pinggan yang di angkat itu jatuh pecah ke atas lantai. Perkara itu membuatkan appa Woozi mahu memarahinya tetapi terbatal setelah dia melihat Woozi yang diingatkan anaknya itu lagi tadi asyik memegang perut. Suga diuruh pulang ke rumah.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Woozi tersedar. Dia kini terbaring di atas katil wad hospital. Dia baru sedar, jadi seorang artis bukanlah senang. Ketika itu baju Woozi sedikit terangkat sehingga menampakkan perutnya. Ahli Bangtan yang begitu risaukannya itu menghampirinya.

Rap Monster: Tak pernah lagi Suga hyung buat hal macam ni. Tiba-tiba sahaja pengsan.
Jin: Ya lah. Tadi bukankah kamu sudah makan?
Woozi: Ya, sudah.

Mata V tertumpu pada perut Woozi memandangkan dia alien yang sangat pelik. V melihat dengan penuh tanda tanya. Dia terus mengangkat baju Woozi sehingga ke atas. Perbuatan itu dianggap seperti kurang sopan di mata ahli Bangtan yang lain.

J-Hope: Hei V! Apa kau selak-selaj baju Suga hyung?
Jimin: Apa kau tidak pernah lihat perut hyung kah?

Sindir Jimin kepada V. Berdekah-dekah ketawa Jimin ketika itu. V masih lagi tidak puas hati. Kali ini dia ingin menarik seluar Woozi pula.

Rap Monster: V, apa kena dengan kamu ni?

V masih lagi tidak menjawab tujuan dia melakukan sedemikian. Pada mulanya Jungkook tidak faham tetapi setelah dia melihat V yang pelik itu dia baru faham. Ya, Suga pernah melakukan pembedahan apendiks. Pastinya ada meninggalkan bekas. Tetapi V masih lagi tidak nampak bekas itu.

Jungkook memeluk V dan membawanya keluar. Dia berbincang dengan V di luar kemudian diikuti oleh Jimin.

Jungkook: Jumpa dah?
V: Kookie tahu apa yang hyung cuba cari tadi?

Jimin tiba-tiba sahaja menyampuk.

Jimin: Check abs Suga Hyung?
Jungkook: Jimin hyung, diam sekejap boleh?
V: Tak. Tadi hyung cuba tarik seluar Suga hyung tapi, RM hyung asyik marah saja. Takutlah.
Jimin: Hei, tak apa. Kita masih ada banyak masa lagi ni. kejap lagi Suga hyung dibenarkan balik asrama, masa dia tidur, kita bolehlah check perut dia. Lagipun, Suga hyung kan tidur mati.

V dan Jungkook masing memeluk sebaik menerima idea yang bernas daripada Jimin. Setelah itu, mereka kembali masuk ke dalam bilik wad tersebut.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Suga baring di atas katil sambil memegang perutnya. Dia menahan sakitnya yang tidak terkata itu. Tidak lama itu, omma Woozi membuka pintu bilik anak lelakinya itu.

Omma: Woozi, kamu okay atau tidak?
Suga: Omma, Woozi sakit sangat ni.

Omma Woozi berasa begitu kasihan dengan Suga yang lagi tadi menderita sakit di bahagian perut.

Omma: Mari sini, omma tolong sapukan ubat di perut Woozi nak?
Suga: Tak apalah omma. Omma jangan ganggu Woozi boleh tak buat masa ni?

Suga memang tidak mahu omma Woozi itu menyelak bajunya dan melihat perutnya. Dia bimbang jika omma Woozi perasan bekas jahitan pembedahan apendiks pada bahagian perutnya itu. Buat masa ini, biarlah Suga menahan sakit seorang diri.

Kira-kira 6 jam Suga tidur di atas katil biliknya. Sakit di bahagian perutnya semakin berkurang. Bangun sahaja daripada tidur, dia terus ke dapur untuk mendapatkan air masak kerana tekaknya sedikit kering. Biasalah, idol haruslah menjaga anggota yang penting untuk menyanyi.

Rumah menjadi sunyi sepi kerana omma dan Mi Joo ke kedai menolong appa. Sebuah bilik tidur yang terletak berdekatan dengan dapur itu begitu menarik perhatian Suga.




Yes I Am Him (걔 세)Where stories live. Discover now