•Chapter 05•

484 51 0
                                    

Semua ahli Bangtan sudah berdiri di atas pentas dan bersiap sedia untuk memperkenalkan diri mereka.

Jimin: RM hyung, bila kita boleh mula ni?
Rap Monster: Sekejap. Suga mana?
Jin: Entahlah. Tadi bukankah dia cakap dia ingin ke tandas?
J-Hope: Ya, tadi dia ada cakap tapi sampai sekarang dia tak kembali lagi.
Rap Monster: Hah, V dan Jungkook tolong pergi cari Suga. Bimbang pula kalau jadi apa-apa pada dia.
V: Baiklah.

5 minit kemudian, Suga kembali dengan rupa yang pucat diikuti V dan Jungkook di belakang.

V: Kami jumpa dia sedang bercakap seorang diri dalam tandas depan cermin.
Jungkook: Bila kami lihat hyung, dia berpeluh teruk macam mandi saja dalam tandas tu.
Rap Monster: Kamu okay ke Suga? Rupa kamu macam sakit saja.

Rap Monster sebagai ketua harus mengambil berat tentang ahli yang lain. Woozi mula mengelap peluhnya. Dia memegang mikrofon yang diberikan oleh pembantu lelaki sebentar tadi.

Woozi: Hello Army.

Setelah itu Woozi diam selama beberapa minit dan membuatkan ARMY terpaksa menunggu lama menantikan kata-kata seterusnya yang keluar dari mulutnya. Keadaan menjadi sunyi seketika. Rap Monster segera merampas mikrofon pada tangan Woozi.

Rap Monster: Sorry army. I think Suga is not feeling well today. So, I'll handle this up. Firstly, we want to say thank you so much...

Ketika Rap Monster sedang membebel di hadapan, Woozi sudah memegang tangan J-Hope. Kadang kala itu, dia terasa ingin peluk sahaja J-Hope di situ. J-Hope membisikkan sesuatu pada telinga Woozi.

J-Hope: Hyung, tangan hyung sejuklah.

Selang beberapa minit, tiba-tiba Woozi jatuh ke belakang dan pengsan. Jungkook sebagai golden maknae yang dikatakan kuat dan berkebolehan itu mengangkat Woozi. Woozi dikejarkan ke hospital.

Jungkook: Pssstt, Jimin hyung!

Jungkook memanggil Jimin yang sedang duduk di atas kerusi menantikan jawapan daripada doktor tentang Woozi yang disangkakan Suga. Jimin segera menghampiri Jungkook.

Jimin: Ada apa Kookie?
Jungkook: Masa angkat Suga hyung tadi, berat dia tak macam selalulah.
Jimin: kenapa? Suga hyung makin ringankah?
Jungkook: Tidak!
Jimin: Habis tu?
Jungkook: Dia makin berat. Seolah-olah itu bukan Suga hyung. Tak perasan ke apa-apa yang pelik?
Jimin: Tidaklah pula. Tak apa, lepas ni kita siasat nak?

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Suga sudah pasang kaki untuk lari ke dorm Bangtan. Dia sudah tidak tahan untuk hidup sebagai Woozi lagi. Dia mahukan kehidupannya sebagai seorang idol dan sebagai Suga yang selalu bukannya jadi orang lain. Ketika hendak memulakan larian, tiba-tiba terdengar suara seorang perempuan menjerit namanya. Suga tidak jadi untuk berlari lalu mencari siapakah gerangan yang menyebut namanya sebentar tadi.

Suga: Eujin?
Eujin: Oppa, kenapa oppa halau saya tadi?
Suga: Eujin... Awak nak apa sebenarnya tadi?
Eujin: Oppa dah lupa ke?
Suga: Lupa apa pula ni? Oppa memang tak ingat apa-apa pun.
Eujin: Oppa, hari ini birthday saya lah oppa.
Suga: Uhh... Yakah? Saeng-il chukka habnida Eujin.
Eujin: Oppa ni tak sweet langsung.
Suga: Dah la, oppa nak balik ni. Selamat tinggal!

Eujin sengaja buat-buat jatuh terjelepuk ke atas tanah. Dia mahu menarik perhatian lelaki itu supaya melihatnya tetapi malangnya, Suga tetap juga mahu lari.

Eujin: Oppa, selalunya sebelum oppa balik, oppa akan tunggu saya dihadapan pagar sekolah. Oppa juga akan hantar saya pulang ke rumah. Tapi, hari ini pada hari ulang tahun kelahiran saya, oppa lain. Oppa sangat lain.

Mendengar kata-kata Eujin, Suga pusing ke belakang dan menghampiri Eujin. Dia menghulurkan tangannya kepada Eujin. Eujin memandang tepat anak mata Suga dan terus menyambutnya.

Suga: Jomlah. Hari ini birthday awak ya? Saya nak bawa awak ke suatu tempat ni.
Eujin: Oppa, saya ni dah jadi girlfriend oppa officially 4 bulan dah kita couple. Tak sangka pula oppa lebih sweet dari yang saya sangka.

Suga sekadar senyum sahaja mendengar kata-kata Eujin. Dia melupakan hasratnya untuk pulang ke dorm Bangtan buat sementara waktu ini. Dia memegang erat tangan Eujin dan membawanya ke sebuah kedai yang mak cik itu mempelawanya pada pagi tadi.

Mak cik: Ehh? Woozi datang juga. Woozi nak makan apa? Oh ya, ini siapa?

Mak cik itu menunding jari ke arah Eujin. Eujin bersalam dengan mak cik itu.

Suga: Teman wanita saya. Kang Yoo Jin.
Eujin: Mak cik panggil je Eujin.
Mak cik: Cantiknya kamu ni.

Setelah itu, Mak cik itu mempelawa Suga dan Eujin duduk di meja makan. Suga dan Eujin dihidangkan pelbagai makanan yang enak-enak belaka.

Yes I Am Him (걔 세)Where stories live. Discover now