•Chapter 15•

397 51 2
                                    

Jungkook menghulurkan iPhone miliknya kepada Jimin dan V. Dia membuka mesej yang dihantarkan oleh Suga kepadanya semalam.

Jungkook: Tengok ni, Suga sendiri menghantar mesej ini kepada saya. Hyung masih tak percaya?

Jimin dan V mencapai iPhone itu. Mereka membaca mesej dan perbualan awal diantara Jungkook dan Suga.

Jimin: Kenapa tak report kat Rap Mon pasal benda ni?
Jungkook: Suga kata sekejap lagi dia datang sini dan dia minta jangan bagitahu siapa-siapa tentang hal ini.
V: Jadi, apa yang kita nak buat pada Woozi tu?

Jungkook menggelengkan kepalanya manakala Jimin pula menjengkatkan kedua-dua belah bahunya.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Eujin tiba-tiba kaku di situ. Dia enggan bergerak walau sedikitpun. Suga sudah beberapa kali menarik tangannya tetapi dia tetap tidak bergerak.

Suga: Kenapa ni Eujin?
Eujin: Oppa, saya pakai seragam ni. Tak mahulah. Nanti Bangtan tengok saya macam ni, malulah saya.
Suga: Ok. Kalau macam tu, mari ikut oppa.
Eujin: Pergi mana?

Suga terpaksa singgah ke mana-mana butik untuk membelikan Eujin sepasang dress yang cantik. Suga juga membawa Eujin ke sebuah kedai saloon untuk mendandankan rambut.

Kira-kira 45 minit mereka mengambil masa di situ. Daripada menjadi pelajar sekolah biasa, kini Eujin sudah berubah 360° menjadi seorang gadis yang manis dan anggun serta ayu dipandang.

Suga: Eujin, awak.... cantik!
Eujin: Terima kasih oppa.
Suga: Jom, kita teruskan perjalanan. Dah nak dekat dah ni.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Ting tong...
Ting tong....

Loceng rumah keluarga Lee berbunyi. Walaupun sudah banyak kali berbunyi, namun tiada siapa pun yang membukakan pintu untuk tetamu yang datang dari luar. Mr. Lee sibuk di restoran manakala Mrs. Lee pula telah lama ke kebunnya kira-kira 5 minit setelah Suga keluar rumah. Maka, tinggallah Mi Joo sendirian di rumah yang masih nyenyak tidur.

Mi Joo: Omma, bukakan pintu itu!

Mi Joo berguling di atas katil. Dia menutup kedua-dua belah telinganya dengan bantal yang empuk.

Ting tong...
Ting tong....

Loceng rumah masih lagi berbunyi. Akhirnya, Mi Joo sendiri turun dari katilnya. Dia melangkah terus ke hadapan dan membuka pintu. Ketika itu, matanya dalam keadaan kabur. Sebaik dia membuka pintu itu, dia ternampak seorang lelaki yang berpakaian serba hitam, kurus dan tidaklah terlalu tinggi. Mi Joo tidak dapat mengenalpasti siapa lelaki itu kerana pandangannya masih kabur dan disinari cahaya matahari yang terus memancar ke matanya.

Mi Joo: Siapa ni?

Lelaki itu tersenyum dan gelak perlahan dihadapan Mi Joo. Mi Joo mula menggosok kedua-dua belah matanya. Ketika itu, barulah dia boleh melihat dunia luar. Mi Joo melihat wajah lelaki misteri tersebut lalu dia terus dia teringat bahawa dia nampak selekeh baru bangun tidur, tidak berus gigi, rambut serabai apatah lagi mandi! Mi Joo menjerit. Dia terus menutup pintu rumahnya.

Mi Joo: Saya... saya minta maaf. Saya selekeh. Yo Seob.
Yo Seob: It's okay. Awak nampak comel.
Mi Joo: Kenapa awak datang sini?
Yo Seob: Saja nak ajak awak keluar.
Mi Joo: Awak, bagi saya masa boleh? Saya nak mandi dulu.
Yo Seob: Baiklah. Saya tunggu.

Yo Seob menunggu Mi Joo dengan setianya di luar rumah. Mi Joo cepat-cepat mempersiapkan dirinya. Banyak persoalan di dalam kepalanya.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Suga: Okay, kita dah sampai. Awak tunggu di luar sekejap ya? Biar saya yang masuk dahulu dan selesaikan hal ini sekejap.
Eujin: Oppa, jangan lama sangat ya?

Suga melemparkan senyuman kepada Eujin. Eujin membalaskan dengan senyuman yang lebih menawan sambil melambaikan tangannya ke arah Suga.

Eujin terpaksa tunggu di luar bangunan asrama itu buat sementara waktu. Dia melihat pelbagai karenah manusia disekelilingnya.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Di Kelas 5-A dan sekolah di mana Woozi bersekolah kecoh dengan kehadiran Suga yang menyamar sebagai Woozi. Choa masih lagi tidak percaya akan perkara yang berlaku apabila dia memeluk Suga lelaki yang disangkakan Woozi itu. Kejadian itu masih terbayang-bayang dalam ingatannya.

Choa: Aahhh, bertuahnya aku, aku sempat peluk dia semalam!
Jae Hyun: Hmmmphh, bertuahlah sangat. Kalau kau peluk aku lagi bertuah.
Choa: Tak nak!
Jae Hyun: Apa, aku ni tak kacak ke?
Choa: Lebih baik aku pilih H.O daripada kau.
Jae Hyun: H.O?
Choa: Yalah, H.O tu boleh tahan kacak dia. Suara dia sedap pula tu! Untung siapa dapat dia.

Tiba-tiba Chonnasorn Sajakkul atau nama pendeknya Sorn datang menyampuk.

Sorn: Eujin lagi bertuah. Aku selalu lihat dia dengan Suga oppa masa dia ada kat sini.
Jae Hyun: Yup, Eujin. So, kau terima je la aku ni Choa. Boleh?
Choa: Ish, bisinglah!

H.O berjalan masuk ke dalam kelas. Dia dikelilingi para wartawan sekolah tentang kes Suga dan Woozi.

Yes I Am Him (걔 세)Where stories live. Discover now