•Chapter 04•

532 59 2
                                    

Semua ahli Bangtan Boys sudah duduk mengelilingi meja makan. Kelihatan Woozi yang paling ceria sekali di antara mereka. Rap Monster terpaksa ke bilik semula setelah mendapati iPhone miliknya berdering.

Woozi: Aaahh, Nam Joon hyung! Cepatlah sikit.

Semua tercengang seketika sebaik mendapat tangkap kata-kata Woozi sebentar tadi. Semua memandang tepat ke arah Woozi.

J-Hope: Nam Joon hyung?
Jungkook: Suga hyung sebut Nam Joon hyung? Kan tadi?
Jimin: Suga hyung sihat tak hari ini?
V: Yalah. Suga hyung lebih tua daripada Rap Monster hyung!
Woozi: Sebenarnya saja test nak panggil Rap Monster tu hyung. Hahaha.

Woozi tergelak seorang diri. Keadaan menjadi janggal seketika. Rap Monster kembali ke meja makan. Dia menyampaikan sesuatu berita kepada rakan-rakannya.

Rap Monster: Tadi, manager Bang Si Hyuk minta kita siap awal.
V: Ya kah?
Jin: Inilah masanya untuk kita bersemuka dengan ARMY.
J-Hope: Rindunya pada ARMY!
Rap Monster: Suga hyung.
Woozi: yeah?
Rap Monster: manager Bang minta hyung cakap kat depan bila mula-mula sekali kita sampai sebelum kita adakan fan-signs nanti.
Woozi: Saya?
Rap Monster: ya.

Woozi sudah gugup. Dia benar-benar takut untuk bercakap di hadapan orang ramai melainkan pelajar sekolahnya. Tapi, yang datang nanti bukannya pelajar sekolah sahaja malah ada para ibu, pelajar universiti, kanak-kanak dan ramai lagi jenis ARMY.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Eujin: Jagiya!

Suga agak sedikit terkejut sebaik Eujin bertindak sedemikian terhadapnya. Bagi mengelakkan rasa malu atau perkara yang tidak diingini berlaku seperti paparazi dan sebagainya, Suga menyuruh gadis itu pergi jauh. Eujin akur. Dia terpaksa berbuat demikian kerana ramai orang sekeliling melihatnya.

Jae Hyun: Dia tu girlfriend kau bukan? Kenapa kau halau dia macam tu? Kau artiskah?

Perasaan agak sedikit kurang senang bertandang ke hati Suga ketika itu. Dia juga sedikit terkejut sebaik Ahn Jae Hyun menyatakan bahawa Eujin itu adalah teman wanitanya. Gadis itu muda daripadanya 1 tahun daripadanya dan cantik. Namun, Suga lupa dia hanyalah pelajar biasa di sini dan bukannya idol Suga.

Suga: Bukanlah. Aku cuma rasa tiada mood hari ni. Tolong faham.

Suga terus memejamkan matanya sementara Cikgu Add math belum sampai. Dia berharap dia boleh lari pulang ke dorm Bangtan setelah dia pulang dari sekolah. Dia yakin dorm Bangtan tidak jauh dari sekolahnya.

Tidak lama itu, seorang cikgu lelaki menjejakkan kakinya ke kelas 5-A. Cikgu itu sememangnya ditakuti oleh ramai pelajar di sekolah itu. Cikgu yang menyeramkan itu ialah Cikgu Kyu Hyun.

Kyuhyun: Yah, Lee Ji Hoon! Awak bangun sekarang! Awak jangan buat pekak dengan saya! Woozi!!

Sudah berkali-kali Suga dikejut, namun dia masih tidak menyedarkan diri. Kyu Hyun sendiri datang ke mejanya sambil membawa rotan di tangannya. Satu hentakkan yang kuat pada meja Suga membuatkannya tersedar daripada tidur.

Kyu Hyun: Berani awak ya, tidur dalam kelas saya?
Suga: Saya tidak cukup tidur. Maafkan saya cikgu.
Kyu Hyun: Sebagai dendanya, awak kena jawab sigir yang saya soal ni! Awak selalu tak hafal sifir dan awak paling lemah yang inilah. Macam mana nak pandai Add math kalau sifir pun tak hafal?

H.O yang amat mengenali Woozi itu memukul kepalanya sendiri. Dia memang tahu Woozi semamangnya tidak tahu sifir. Selama ini pun, kalau dia betul jawab, dia menjeling pelajar perempuan dan mendapat jawapan daripada pelajar perempuan tersebut. Tapi, kebanyakkannya dia selalu kena denda.

Kyu Hyun: Awak dah ready Woozi?
Suga: apa dendanya kali ini cikgu?
Kyu Hyun: Awak lari keliling padang selama 10 minit.

Disebabkan Suga tidak boleh dan tidak mampu untuk melakukan sedemikian, jadi dia memilih untuk menjawab semuanya betul. Suga yang agak mudah mengingati sifir dia akan melakukan sedikit perubahan pada kehidupan Woozi pada hari ini tetapi dia tetap tidak akan memberitahu siapa dirinya yang sebenar.

Suga dengan selambanya menjawab soalan dari Kyu Hyun dengan tepat dan pantas tanpa bantuan sesiapa pun. H.O dan rakan sekelas yang melihatnya begitu terkejut sehinggakan cikgu Kyu Hyun sendiri pun tidak percaya.

Kyu Hyun: Baik, kali ini awak menang. Tapi ingat, saya akan soal balik pada bila-bila masa nanti.

Perkara itu membuat semua pelajar kelas 5-A memberi sorakan dan tepukan yang gemuruh pada Suga. Choa yang lagi tadi memerhatikan Suga perasan sesuatu yang tidak kena pada Suga. Choa akui dia memang pernah sukakan Woozi sebelum ini.

Choa: Woozi semakin pandai? Wah, ni mesti dia rajin study ni. Tapi, dia peliklah hari ini. Dia dietkah? Cepatnya dia dah kurus. Hmmmm?

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Woozi berulang-alik ke tandas kerana rasa gementar dan nervous yang hadir pada dirinya itu membuatkan dia rasa hendak duduk di dalam tandas selamanya.

"Hei, come on Woozi, kau adalah Suga. Yes I am him. Tidak ada siapa akan tahu tentang ini sehingga Suga sendiri yang datang membuat kenyataan yang sebenarnya." Bisik hati Woozi.

Yes I Am Him (걔 세)Where stories live. Discover now