Woozi: Kau jangan cuba nak dekati aku!
Lee Geon: Woozi, kau dah gila ke?
Woozi: Kau berani datang dekat, aku akan terjun bangunan ni!Woozi undur ke belakang sedikit demi sedikit sehinggakan dia tidak perasan dia semakin dekat dengan penghujungnya yang tidak berpalang. Eujin segera membuat panggilan kepada pihak bomba untuk meminta bantuan.
Rap Monster dan ahli Bangtan yang lain sekadar melihatnya sahaja. Mereka tidak boleh berbuat apa-apa dan mengharapkan bantuan daripada bomba sampai.
Woozi mengeluarkan sebilah pisau yang terdapat di dalam poketnya. Dia menarik Suga dan menghalakan pisau itu pada leher Suga.
Jungkook: Hyungggg!!
Eujin: Woozi oppa, Eujin merayu jangan lukakan Suga oppa. Bukankah dia telah memberi oppa peluang yang banyak untuk mengambil tempatnya walaupun hanya sementara?
Suga: It's okay Eujin.Bomba telah bersiap sedia membentangkan alatan keselamatan sekiranya Woozi terjatuh dari bangunan ke bawah. Jimin memulakan langkah sedikit ke hadapan dan menyepak tangan Woozi supaya pisau tersebut jatuh ke bawah.
Beberapa titisan darah menitis ke lantai. Leher Suga sedikit terluka. Darah terus mengalir dan menyebabkan Suga kehilangan banyak darah. Suga terduduk.
Woozi sedikit cemas kerana dia sememangnya langsung tidak berniat untuk mencederakan Suga tambahan pula Suga seorang idol.
Eujin: Oppa!
Lee Geon: Woozi, kau nak mati sangatkan? Jomlah kita mati bersama!Lee Geon berlari terjun bangunan dan tangannya sempat menangkap kolar baju Woozi. Lee Geon dan Woozi jatuh bersama ke bawah. Oleh disebabkan bomba hanya boleh menyelamatkan salah seorang sahaja daripada mereka kerana masalah peralatan, bomba terpaksa selamatkan Woozi seorang sahaja.
Woozi jatuh dengan selamat sementara abangnya Lee Geon jatuh di atas tanah. Seluruh tubuh badan Lee Geon tidak bergerak dan kepalanya mengalami kecederaan yang teruk.
Woozi tiba-tiba pitam dan akhirnya pengsan di situ sebelum sempat kelihat abangnya yang berada di atas tanah.Suga juga pengsan setelah kehilangan banyak darah. Suga, Lee Geon dan Woozi dikejarkan ke hospital berdekatan. Masing-masing tidak menyedarkan diri.
H.O menelefon ahli Madtown dan memberitahu kejadian tersebut kepada mereka. Suga sempat memberitahu sesuatu kepada Eujin ketika mereka dalam perjalanan ke asrama Bangtan. Dia berharap Eujin tidak akan memberitahu apa-apa yang berlaku pada keluarga Woozi.
Jin mahu menelefon keluarga Woozi melalui iPhone Suga. Eujin memegang tangan Jin. Dia senyum memandang Jin sebaik Jin menoleh ke arahnya.
Eujin: Jin oppa, jangan.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Pinggan yang dipegang oleh omma Woozi tiba-tiba sahaja jatuh pecah berderai di atas lantai. Hatinya berasa tidak senang bagaikan ada sesuatu yang buruk telah menimpa anak kesayangannya.
Omma: Lee Geon, Woozi...
Omma Woozi rebah ke atas lantai.
Mi Joo: Omma!!!
Mi Joo mendapatkan ommanya. Dia membawa ommanya baring di atas katil biliknya. Mr. Lee ketika itu tiada di rumah kerana menguruskan restoran. Omma memegang pipi anak perempuannya Mi Joo sambil menyebut nama anaknya berkali-kali.
Mi Joo: Ya omma. Mi Joo di sini.
Omma: Omma sebenarnya rasa tidak sedap hati. Omma tidak tahulah. Hati omma rasa lain macam. Omma takut apa-apa yang berlaku pada Woozi, abang kamu Lee Geon dan Suga.
Mi Joo: Suga?
Omma: Ya. Sebenarnya . . .Omma menceritakan perkara yang sebenarnya kepada Mi Joo. Reaksi muka Mi Joo sangatlah terkejut seperti baru lepas terkena renjatan elektrik. Dia yakin, kehadiran Yo Seob dalam dirinya semula adalah kerana Suga.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Jin memandu kereta besar milik Syarikat Big Hit Ent. Dia membawa ahli Bangtan dan Eujin bersama ke hospital. Moos, leader Madtown telah menjemput H.O terlebih dahulu untuk ke hospital. Daewon, Jota, Heo Jun dan Buffy juga turut ada bersama.
Eujin menangis teresak-esak di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke hospital. V yang duduk disebelahnya melapkan air mata Eujin dengan sapu tangannya yang lembut dan harum itu.
Eujin: Oppa...
V: It's okay. Saya yakin semuanya baik-baik saja Eujin. Senyumlah sikit.Eujin senyum sebaik memandang wajah V.
Eujin: Oppa, nanti saya basuh sapu tangan ini dan pulangkan pada oppa semula ya?
V: Tak apa. Ambil saja sapu tangan itu.V membuat senyuman segitiga yang cantik itu kepada Eujin. Eujin berasa sangat malu. Dia terus tunduk dan pandang ke tepi tingkap.
YOU ARE READING
Yes I Am Him (걔 세)
FanfictionSuga exchanged his life with Woozi who was a school student. Woozi will be an idol (Suga) and Suga will take a life as a student (Woozi). If you like it, please leave a comment. ♡