*liyana*
"Haihh"
Liyana mengeluh buat kali ke 24 dalam kiraan puan kalsom.
Puan kalsom menghampiri anak gadisnya yang sedang duduk di "mini garden" rumah mereka sambil melihat ikan2 dia dalam kolam.
"Lia. Kenapa ni sayang? Mama dengar dari tadi asyik mengeluh je? Lia ada problem ke kat sekolah?", tanya puan kalsom yang perasan tentang kegusaran anaknya itu sejak pulang dari sekolah tadi.
"Aeh takde lah ma. Lia okay je. Lia naik dulu la mama. Nak siapkan homework. ", jawab liyana dan terus berlalu dari situ.
Haihhh. Bila pulak aku mengeluh ni? Alahh. asal aku tak sedar aku mengeluh? Aduh.. ni semua mangkuk tingkat tu punya pasal laa.. erghh.. macamana aku nak bagitau dia nii?
*flashback*
"Liyana natrisya"
Okay nama aku. Ya allah kau berilah aku ketenangan. In sha allah markah aku tak teruk.
Liyana terus bergerak ke hadapan dan ingin mengambil kertas ujiannya.
Dia menyambut huluran gurunya. Alhamdulillah 97%.
"Tahniah liyana. Awak yang teratas dalam carta sekolah.", beritahu puan seri.
"Alhamdulillah. Terima kasih cikgu." Kata liyana dan ingin berlalu.
"Erkk liyana. Nanti dulu. Saya ada benda nak cakap", tahan puan seri.
"Ye saya cikgu?"
"Awak duduk sebelah amarul. Jadi saya nak minta tolong awak. Mulai minggu depan. Tolong stayback lepas sekolah. Sekurang kurangnya 3 hari. Terpulang pada awak hari apa. Saya nak awak bantu dia. Dia pelajar yang mempunyai markah terendah. Lagipun awak berdua berjiran kan? Saya ternampak alamat awak berdua dalam rekod. Jadi tiada masalah untuk transport." Terang puan seri.
"Ha? Tapi kenapa saya?"
"Awak merupakan pelajar terbaik. Jadi saya harap sangat awak sudi membantu dia. Saya taknak ada pelajar saya yang gagal. Awak boleh bantu kan? Saya harap sangat. Sebab saya tak dapat nak bantu dia dengan keadaan ibu saya yang sedang sakit."
"Baiklah cikgu", kata liyana dalam nada terpaksa. Dia tiada pilihan. Nanti kalau dibantah akan dilabel sebagai kedekut ilmu pulak.
"Lagi 1. Tolong beritahu dia ya. Saya nak awak sendiri yang beritahu diaa", minta puan seri lagi
"Errr.. okay cikgu", katanya lalu pusing untuk kembali ke tempat duduknya
Alah. Kenapa aku yang nak kena tolong si mangkuk tingkat tu. Bukannya dapat ajar dia. Tapi dapat sakit hati je nanti. Alaaaa.. ish. Tak sukanyaaaaa.
"Weyh kingkong. Asal kau? Markah kau yang terendah aeh? Aku dah agak dah. Tu laa haritu buat ye ye sangat. Ni mesti rasa membazir ink kan kau tulis banyak2 tu?", tanya amarul sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya dia atas kerusi.
Aeh dah kenapa pulak mamat ni? Engko tu yang markah rendah laa.. jeritnya didalam hati. Lalu menoleh.
"Awak boleh diam tak? Bising je dari tadi. Karang cikgu panggil nama tak dengar pulak", balas liyana. Aeh aku nak cakap 'awak tau tak markah awak yang rendah. Takpayah nak ngutok orang sangat' tapi ayat lain yang keluar. Adehh.
"Amarul Syazriq"
Akhirnya cikgu panggil pun nama si beruk ni. Dah blaa la cepat. Sakit hati tau tak.
Dia melihat muka amarul yang sedikit terkejut mendengar apa yang puan seri katakan padanya.
Apa yang cikgu cakap aek? Aduhh asal lah slow sangat. Ni cikgu bagitau tak ni pasal stayback tu. Tolong laa bagitau. Aku malas la nak bagitau. Ishh..
YOU ARE READING
Benci Menjadi Rindu ツ
RomanceLiyana.. Tak ramai sepertinya. Tidaklah terlalu cantik. Tapi manisnya ada dan senang mata apabila memandang wajahnya. Amarul.. Ego itu penting baginya, mengalah? Tiada dalam kamusnya. Apakah yg terjadi diantara amarul dan liyana? baca lah kalau...