"Makan jelah. Takpayah dengar orang cakap apa. Diorang dengki lah tu takdapat duduk dengan aku", liyana yang hanya menunduk sejak tadi terus mengangkat mukanya.
"Ha?", kentang wedges diatas meja amarul capai 1 dan sumbat kedalam mulut liyana yang tengah menganga tu.
"Hape awak vuat nii ha?",dengan mulut yang penuh liyana membebel
"Dah kau jangan banyak cakap. Makan dan habiskan cepat ayam kau tu. Kau tak habis aku tinggalkan kat sini. Pandai pandai lah kau balik", amarul mengugut.
'Pakai tudung tapi menggedik dengan jantan'
'Tak sesuai doh diorang'
"Dah tak payah nak dengar aku cakap! Kau makan je.", suara amarul makin meninggi.
Liyana yang masih ingin memasang telinga mendengar butir bicara masyarakat sekeliling terkejut lalu terus mencubit sedikit isi ayam dihadapannya lalu disuapkan kedalam mulut.'Tak guna punya amarul. Terkejut aku! Nasib tak melatah'
Liyana terus makan tanpa mengangkat wajahnya. Mukanya hanya dihalakan kebawah memandang ayam di pinggan.
Dia rasa malu dimarahi di khalayak umum seperti.30 minit berlalu dengan kedua duanya diam dan hanya makan.
Liyana betul betul terasa dengan amarul. Sesuka suki sesedap rasa mee goreng mamak jiran sebelah dia je nak marah orang. Fikir aku ni teddy bear kat rumah dia ke? Aku ni ada hati perasaan okay.
"Dah jom balik", amarul berdiri terus meninggalkan liyana. Melihat gerakan amarul yang pantas liyana segera capai cawan diatas mejanya yang masih banyak berbaki air. Dia berlari lari anak mengajar amarul yang pantas bergerak keluar dari restoran makanan segera tersebut lalu menuju ke arah kereta.
'Haih dia ni orang ke pelesit? Apasal laju na jalannya?'
"Kau menung apa lagi tu kingkong oi? Cepat masuk. Aku tinggal kang", terkejut dengan sergahan amarul habis terpelanting cawan air mirinda strawberrynya. Dah terpelanting konfem konfem lah keatas kan. Dah ke atas mesti lah dia turun balik kan. Almaklumlah planet bumi ni gravitinya kuat. So bila dah turun tu cantik lagi cun air air manis lagi bergas tersebut landing atas tudungnya. Ha amik kau berangan lagi. Mengutuk lagi. Kan dapat balasan dari yang maha esa.
Angin sepoi sepoi bahasa bertiup lembut.
"Bhahahahahahahahahahahahahhahahahaha", letusan tawa kedengaran. Yes mangkuk jamban amarul yang mengetawakannya. Siapa lagi an. *sis pasti korang memang dah agak an yelah cliche yedok?*
"Amarul! Sampai hati awak gelakkan saya! Awak niii! Habis kotor tudung saya. Merah dah. Alah awak lah ni main jerit jerit dah kenapa!", tangannya ligat mengeluarkan tisu dari poket dan cuba membersihkan kotoran tersebut walaupun dah sure sure tak boleh hilang kalau setakat lap macam tu.
"Lah salah aku pulak? Kau tu yang hegeh hegeh jalan. Siap berangan bagai. Aku suruh kau masuk kereta je pun", dia berjalan ke arah liyana dan mengambil tisu di tangan liyana. Dia kebelakang liyana lalu mengelap kesan air merah di bahagian belakang tudung gadis tersebut.
Liyana tergamam dengan kelakuan amarul. Tapi dia seakan akan terdengar gelak tawa amarul tadi yang menyebabkan hatinya menggelegak bila memikirkannya. Terus cepat cepat dia menyedarkan diri lalu menepis tangan amarul yang sedang sibuk mengelap tudungnya.
"Awak ni jangan suka suka main pegang anak orang boleh tak?", dan sekali lagi liyana mencepuk bahu amarul.
"Ya allah kau ni. Dasar kingkong!", bagi membalas dendam amarul menarik tudung liyana sedikit.
Weyhh mangkuk sungguh. Sedapp sedapp je dia tarik tudung. Ingat senang ke nak betulkan tudung ha? Sekali senget selamanyaa dia hancur. Huwaa mama tolong adik!!
"Orang tolong pun nak banyak bunyi.", pintu dibahagian sebelah penumpang dibuka lalu menolak liyana masuk.
"Huh", dengusan liyana tidak diendahkan amarul. Terus dia berlalu ke tempat duduk pemandu dan bergerak pulang. Fyi, amarul ni sebenarnya tua setahun dari liyana tau. Yes diorang di tingkatan yang sama. Tapi amarul ni lahir pada hujung bulan disember. So dia masuk sekolah setahun lambat. Mama dia tak yakin untuk dia masuk sekolah masatu xD
Kereta amarul terus diparkir di garaj rumahnya. Dia malas nak berhenti banyak kali. Alah bukan jauh pun kingkong tu kena jalan an?
"Thanks. Bye", Itu sahaja yang keluar dari mulut liyana sebelum hilang dari pandangan mata amarul. Yelah nak cakap apa lagi pulak? Takkan i love you. Gonna miss you. Muah muah pulak an? Tak logik bin tak masuk akal.
"Laju gila minah tu. Enjin aku tak mati lagi ha. Seatbelt aku tak sempat nak bukak lagi. Radio and aircond pun tak tutup lagi. Haih", amarul terus menutup apa yang patut kemudian masuk ke dalam rumahnya.
"Lia mana?", tak sempat nak duduk lagi dah ditembak dengan soalan cenggitu.
"Kat rumah dia lah kot. Tanya arul buat apa? Ish mama ni"
"Lah tak suruh dia masuk kenapa. Ish lah kamu nii. Mama baru ingat nak berborak dengan dia.
Nak suruh masuk apa. Tak sempat aku buat apa dia dah hilang.
"Alah mama pun, bukan jauh pun rumah dia. Keluar je pintu depan tu tak sampai 20 langkah dah sampai depan rumah dia. Nanti nanti mama pergi lah berborak dengan dia. Sekarang mama teman arul aeh", tangan mamanya ditarik duduk di sebelahnya dia atas sofa.
Amarul meletakkan kepalanya dia riba mamanya. Hailah anak orang ni. Tak padan dah tua. Sebuk nak menyendeng kat mama dia lagi macam budak darjah satu.
Pintu ditolak kasar. Terus liyana bergerak naik kebiliknya tanpa menghiraukan abangnya di depan tv ruang tamu bawah.
Eh abang? Ye abang liyana balik malam tadi. Masa tu liyana dah tidur tapi pagi tadi mamanya sempat memberitahunya hal itu.
"Lajunya kau dik. Muka tempoyak basi dah kenapa? Masam je"
Liyana baru nak buka tudungnya dah ditegur dari arah pintu.
Ouh ye. Kau orang semua tak kenal lagi an abang liyana ni? Okay abang liyana ni nama dia Nazmeen Lutfil. AKA abang yang disayangi. Wuhuu. Abang Nazmeen tahun ni 21 tahun. Tengah buat degree kat UM. Tu je lah kot yang korang kena tau an. Huhu.
"Mangkuk ayun tingkat jamban rumah sebelah tu lah. Menyakitkan hati betul", rungutnya dengan muncung dipanjangkan lagi. Wah dah ada port nak sangkut hanger lebih.
"Lah yang pergi betulkan jamban rumah sebelah kenapa? Tengok tudung dah merah. Eh merah? Ada yang berak berdarah ke kat jamban rumah sebelah? Ke ada yang period? Tapi asal sampai tudung sekolah kau ni merah? Ha tudung sekolah an? Kenapa kau betulkan jamban rumah sebelah pakai baju sekolah ni?", tanpa menarik nafas buat kali kedua nazmeen menghamburkan kenyataan dan pernyataan yang mendatangkan ribut taufan monsun sesat di jiwa liyana.
"Allah apa abang merepek ni? Apa pulak adik betulkan jamban rumah sebelah? Tak ada kaitan langsung lah!", keningnya pulak dikerutkan.
"Lah tadi kata jamban rumah sebelah menyakitkan hati?", masih ingin menyakat adiknya. Padahal dia dah dapat agak ni mesti budak yang diceritakan liyana haritu.
"Ish dah lah abang ni. Buat tambah sakit hati je borak dengan abang. Keluar lah. Adik nak mandi tukar baju. Jangan semak dalam bilik adik. Shuh shuh.", tubuh Nazmeen ditolak lalu terus menutup pintu biliknya.
~****************************~
So hye guys. Maafkan sis yang suka update 234 bulan sekali. Sis ni ada penyakit M yang maha dahsyat. Ni yang masalah ni.
Lagipun sekarang busy dengan sekolah (stpm) pulak.
In shaa allah kalau sis rajin sis update lagi ye. Kalau rajin lah. Maaf tau apa yang sis update ni dah lari tempo. Hahaha. Otak tanak berfungsi. Kahkah.Dont forget to vote and comment. Bagi semangat sikit buat sis update cite ni.
YOU ARE READING
Benci Menjadi Rindu ツ
RomanceLiyana.. Tak ramai sepertinya. Tidaklah terlalu cantik. Tapi manisnya ada dan senang mata apabila memandang wajahnya. Amarul.. Ego itu penting baginya, mengalah? Tiada dalam kamusnya. Apakah yg terjadi diantara amarul dan liyana? baca lah kalau...