Bab 7~ Results? Matilahnakk.

67 5 0
                                    

*Amarul*

"The first two terms of an arithmetic progression are 27 and 24 respectively . How many terms are added up to get -30?"

Hadehh.. kata ujian.. apa kejadahnyee nii ujian payah nak mampos. Akal si amarul ni membebel sambil garu2 kepalanya yg sebenarnya takde kutu tu bila baca soalan yang langsung tak dia fahami tu. Lantak laa hai.. tinggal je lah...

Mata amarul meliar memandang sekeliling kelas dan melihat gelagat setiap pelajar yang sedang menjawab ujian apabila otaknya taknak bergerak.
Dan matanya terhenti pada orang disebelahnya.
Khusyuk betul dia ni buat.. pen tuu bergerak tak henti? Punyaa laa susah otak aku ni nak bergerak. Si kingkong nii boleh dengan selamba badaknyaa menjawab? Mesti pandai an budak ni. Akal baik memuji si liyana.
Aehh.. tak ahh dia tu mesti main tulis2 jugak tuu.. jawapan dia bukannye betul pun nanti. Buat bazir ink je jawab. Akal jahat membantah.
Aeh mana pulak dahh akal2 ni semua datang? Hati pulak marah..
Aeh sudah takpayah nak gaduh. Haa ni penulis dah marah.. haha

Sedang sedap mengusya sii kingkong ni menjawab..
TIBA-TIBA!!!!!

Zasssss..
Laju betul kepala liyana pusing je sebelah memandang amarul.

Zusssss....
Laju jugak amarul pandang tempat lain.

Pap!!
Bunyi pencilbox dihentak. Shuuuuuuu.. satu kelas daaa bunyi "pee".
Leyy si liyana rupanyaa yg hentak pencilbox. Nak menghalang amarul pandang kertas diaa.. takut bebenor orang meniru.. kemudian sambung menjawab kertas soalannya.

Aek eleyh minah ni. Takdenye aku ni nak tiru kau. Memang laa aku taktau jawab. Tapi bukannya aku bodoh nak tambah dosa aku. Buat penat je aku puji kau pandai tadi. Aeh bukan kau kata dia punya jawapan pun salah ke tadi? Aeh diam ah kau.. aeh sekarang ni sape yang cakap? Aeh mana boleh bercakap. Ni tengah ujian. STOPPP! Dah jangan nak merepek amarul.

Bila laa nak habis ujian ni. Otak aku dah tepu laa weyyy.. cepat laa...

*Liyana*

Nasib baik lah tergerak hati nak buat latihan lebih semalam.

Apa aek formula dia. Okay dah ingat! Terus diselesaikan soalan yang takde lah berapa susah sebenarnya kalau rajin buat latihan.

Okay ni tolak ni. Pastu tambah ni.. bahagii.. okayy siap.. Harap-harap lah betul..

Dupdap.. dupdap.. dupdap..

asal hati rasa tak sedap aeh? rasa macam ada orang tengah perhati jee ni?? ada yg nak meniru ke ni?
tak boleh jadi ni.. siapa agaknye aeh?

kiri kanan kiri kanan kiri kanan

KIRI!!!!!

IYAHHHHHH! *PANDANG*

haaa... tau kau takut.. aeh sebelahni si mangkuk tingkat tu kan? di nak tiru aku? badut sungguh!!

Nak halang macamana nii?? haa pencilbox!!! pappp!!!

huh! selamat sikit rasaa...

"Baiklah murid2. Masa menjawab telah tamat. Sila berhenti menulis sekarang, anda dilarang untuk bergerak dan bercakap sehingga kertas siap dikutip dan diizinkan untuk bergerak.", suara puan seri kedengaran.

Alhamdulillah.. nasib sempat.. kata hati kecil liyana. Liyana menoleh ke sisinya dimana tempat si mangkuk ayun tu duduk.

Aik? Macam orang terencat dah apahal mamat ni.? Kutuk hati jahatnya. Hahah ni mesti tak sempat siap. Alah mungkin 1 2 soalan je tu tak siap. Aku punya pun belum tentu betul banyak kan. Sanggah si hati baiknya pula.

Eceyh banyak pulak hati dia.

*amarul*

"Baiklah murid2. Masa menjawab telah tamat. Sila berhenti menulis sekarang, anda dilarang untuk bergerak dan bercakap sehingga kertas siap dikutip dan diizinkan untuk bergerak."

Ha? Dah habis? Aku baru jawab 1 soalan tadi? Wehh matilah. Dengan kelam kabutnye amarul menyelak nyelak kertas soalannya dan cuba untuk menjawab seberapa banyak yang boleh sebelum guru tersebut sampai ke tempatnya dan mengutip kertas ujiannya..

Alamak.. tinggal lagi 2 orang sebelum aku ni.

Dann...
"Amarul. Berhenti menjawab! Saya nak kertas tu"

Aduhhh..

Dengan berat hatinya amarul menyerahkan kertas tersebut.

~**************************~
Seminggu kemudian

~**************************~

"Okay kelas harini saya nak pulangkan kertas ujian minggu lepas! saya bangga dengan beberapa orang student yang berjaya menjadi antara pelajar yang mendapat markah yang cemerlang. Tetapi saya sedih juga kerana pelajar tercorot juga merupakan dari kelas ini. Yang lain alhamdulillah tiada yang teruk sangat".

Result? Matilahnakk.... apa aku nak buat ni? Aduhh takutnya.

"Saya sebutkan nama dan kamu datang ke depan ambil kertas kamu ya! Alif haikal. Syaidatul izwani. Fatin amirah. Haziq qalbi. Liyana Natrisya"

Liyana? Detik hati amarul dan menoleh kedepan melihat kingkong tersebut mengambil kertas ujian nya. Tapi..... apa yg cikgu cakap lama sangat tu? Aehh?? Asal muka sedih je ?

Amarul kehairanan melihat muka sedih liyana selepas mendengar apa yang disampaikan oleh guru tersebut. Liyana dilihat membalas apa yg dikatakan puan seri tepi masih dalam keadaan yang serabut lalu kembali ke SEBELAHNYA.
"Weyh kingkong. Asal kau? Markah kau yang terendah aeh? Aku dah agak dah. Tu laa haritu buat ye ye sangat. Ni mesti rasa membazir ink kan kau tulis banyak2 tu?", tanya amarul sambil memberi jawapannya sekali. Haha

Liyana menoleh ke arah amarul dengan muka yang menyampah.

"Awak boleh diam tak? Bising je dari tadi. Karang cikgu panggil nama tak dengar pulak", balas liyana dingin.

Aeh apahal dah minah ni? Tau ah frust tapi takyah ah nak marah2.

"Amarul Syazriq"

Nama aku lah..
Amarul terus pergi mendapatkan kertas ujiannya.

"Amarul. Markah awak yang terendah. Awak kena lebih berusaha. Awak kan duduk sebelah liyana. Kalau tak faham sila tanya dia. Dia tu antara pelajar cemerlang dalam sekolah ni. Saya harap awak dapat manfaatkan sebaiknya okay!", nasihat pn seri dengan nada yang perlahan agar tidak didengari oleh pelajar lain demi menjaga air muka anak muridnya.

"Errr.. baiklah cikgu" balas amirul perlahan.

Kau terendah amarul. Dia paling tinggi. Wah.. kau kalah dengan kingkong tu. Haahah.
Eh jap. Dia tertinggi kan? Habis apa yang buat dia sedih sangat? tak ke sepatutnya dia happy? Best student kot?

Aishh.. ni musykil ni. Akal amarul berbicara sambil berjalan menuju ke tempat duduknya. Dia melihat raut wajah liyana yang masih nampak resah dan gelisah.

"Tahniah. Kau yang tertinggi kan kingkong? Aeh tapi aku hairan la. Asal muka kau nampak macam jamban tak siap ni?", tanya amarul bila keadaan dia dan liyana semakin "awkward"

"Ya allah. Takde apa amarul. Dah lah tu cikgu suruh buat pembetulan. Baik awak buat daripada membebel je",kata liyana tanpa menoleh ke arah amarul lalu mengambil pennya untuk membuat pembetulan tersebut.

Haishh.. kau ni pun marul dah kenapa? Lantak dia laa nak sedih ke nak marah ke nak tergolek tersungkur sekalipun. Nak sibuk kenapa.



Benci Menjadi Rindu ツWhere stories live. Discover now