Suatu masa dahulu aku seorang anak kota. Hidup aku sekadar di bandar KL. Bercuti bagi aku adalah duduk di rumah atau berjalan dengan keluarga. Aku minat tengok travelogue. Selalu bayangkan aku boleh travel dengan kawan kawan macam dalam tv. Dulu aku gila tengok Hoppers dan Ahli Muzik. Lepas tu sementara menganggur, aku khatamkan rancangan Anthony Bourdain di astro.
Bila aku dah mula travel sikit sikit, aku suka tengok destinasi bajet. Walaupun aku tau tak berapa bajet, tapi aku khatamkan semua episod kat youtube. Sejak destinasi bajet dah kena tarik dari youtube, aku terjumpa Jalan Jalan Men. So, misi aku sekarang nak jadi Super Traveler Sejati.
Ini kisah trip ke Jogjakarta, kota bijaksana.
Day 1.
Aku bangun seawal mungkin. Flight pukul 9 pagi, so untuk elak jem, keluar rumah pukul 7 pagi. Sampai, breakfast mihun thai sebungkus kat KLIA 2 dan ready nak boarding.
Dalam flight cuba nak tidur. Dapatlah lelap mata sekejap. Tapi aku dah set dalam otak, kena bangun awal sebelum touch down. Why? Sebab dalam Jalan Jalan Men ada bagitau kadang kadang cuba tengok luar tingkap pesawat, ada benda yang sangat indah. Nasib baik aku ikut cakap Jebraw. Tuuuu dia, boleh nampak Gunung Merapi membelah awan. Jelita!
Touchdown di Bandara Aditsujipto. Kecik je airport dia. And ini sebenarnya airport baru untuk penerbangan internasional. Airport lama diorang buat penerbangan domestik. Aku dah set kan airport transfer dari hotel, so keluar tu cari jelah driver. Harga 150,000 rupiah. Pada yang adventure sikit bolehlah try naik train. Stesen dia depan je airport. Kalau malas, naik teksi.
Untuk siapa yang nak datang Jogja, carilah hotel di area Jalan Malioboro. Ini memang tempat wisata. Dekat dengan Mall dan tempat shopping barang. Aku duduk di Ibis Styles Hotel. Harga okaylah, tak mahal sangat.
Settle check in, terus keluar cari makan dan cari sim kad. Misi utama adalah mencari nasi gudeg! Apa tu nasi gudeg? Ini makanan wajib cuba di Jogja. Nasi dengan lauk ayam atau telur atau dua dua sekali yang dimasak guna buah nangka. Apa rasa dia? Manis! Ini memang cuba sekali lepas tu tak nak rasa dah. Selalu makanan indonesia ni pedas dengan cili, ini manis ni susah sikit nak telan.
Settle makan, cari simkad. Aku suggest, beli Simpati. Terbukti power. Aku tak jumpa Simpati, so aku beli Indosat. Menyesal aku.
Dah settle simkad, misi seterusnya ke Kraton! Kraton ni istana. Dari Jalan Malioboro kau boleh naik becak, andung atau bentor. Becak tu beca, andung tu kereta kuda dan bentor tu beca motor. Kalau kau dalam 4 orang tu naiklah andung, besar sikit. Perjalanan dalam 5-10 minit.
Malang bagi aku sebab time aku ke kraton tu lambat, so dah tutup. Kraton kalau korang nak pergi, pergi pagi. Dia tutup sekitar jam 12-1 macam tu. So, aku tukar ke Taman Sari yang tak berapa nak jauh dari Kraton. Tiket masuk murah je. Taman Sari ni dulu tempat dayang dayang mandi. Sultan akan tengok dari atas menara dan baling bunga. Siapa dapat tangkap bunga tu, dapat private mandi session dengan sultan dia. One thing tak best pasal Taman Sari ni adalah banyak kesan conteng. Sedih betul. Kat Taman Sari dan Kraton, kalau kau nak tau lebih lanjut, kau tegur je tour guide situ. Diorang sukarelawan, so free je. Cuma kau hulur lah sikit, penat dia cerita. Pentingnya tour guide ni sebab Taman Sari ni kalau kau pusing sendiri either kau akan sesat atau kau akan miss tempat best. Aku dapat tour guide budak umur 16 tahun yang ilmu sejarah dia superb. Nama dia salsa dan peramah orangnya.
Settle Taman Sari, aku balik hotel sebab nak tunggu malam sikit. Malam aku ke Alun Alun Utara, satu lagi lokasi wajib pergi kalau di Jogja.
Kat Alun Alun ni ada Pohon Beringin Kembar. Pokok ni biasa je, tak adalah diperbuat dari emas ke apa, tapi aktiviti utama sini adalah jalan melalui pokok beringin kembar ni dengan menutup mata. Kau boleh bawak kain tutup mata sendiri atau sewa kat situ dengan harga 50 sen. Katanya bukan semua orang boleh jalan lalu di antara pokok tu. Ada yang ke tepi, ada terlanggar pokok. Trick dia sebenarnya adalah kau aim satu arah dan jalan laju laju.