Tepen. Itu orang tempatan panggil lah. Kita biasa panggil Taiping. Taiping ni aku biasa lalu, tapi tak pernah teroka. Dulu aku pernah datang sebab kerja area bukit gantang, tapi tak sampai ke pekan tepen ni. Lepas tu kahwin dengan orang Selama, rajin balik ke Selama pun tak pernah teroka habis Tepen ni.
Taiping ni sebenarnya aku minat nak teroka. Bandar dia klasik sikit. Sebab tu balik ni aku ambik kesempatan nak pusing bandar Taiping ni walaupun sekejap. So, lepas lunch di rumah pak mertua aku, kitorang geraklah nak teroka bandar Taiping. Tapi sebelum tu kitorang singgah ke rumah seorang member bernama paat. Dia ni rajin tulis wattpad juga. Karya dia "Kisah Seorang Mat" ni famous juga selain daripada kisah frust menonggeng beliau bila Hanis Zalikha kahwin dan Atita Haris couple dengan Nas T. Dah singgah rumah paat ni, aku tanyalah mana best kat Taiping ni, rupanya orang Taiping pun tak berapa tau mana tempat best. Siut.
Sebab tengahari, aku ambik keputusan untuk pekena cendol. Kat Taiping ni ada 2 cendol yang best. Tapi paling best adalah cendol Ansari. Lagi satu Cendol Bismillah. Cendol ansari ni ada 2 kedai. Apa famousnya cendol ansari ni? Famous dia sebab cendol pulut dia ni, pulut dia bakar. Sedap. Tak adalah lembik je pulut dia. Cendol ansari ni adalah juga Pasembor, tapi kau janganlah harap pasembor dia ni serupa pasembor kat penang sana. Pasembor dia macam rojak mamak biasalah.
Sebab masa tak berapa panjang, hari ni memang aku buat food trail je. Next stop kitorang ke Kuala Sepetang. Kuala Sepetang ni famous dengan Mi Udang dia. Biasanya orang akan pergi Mi Udang Mak Jah sebab famous. Tapi kalau nak lagi power, pergi ke Mi Udang Salleh kat area jeti. Kedai dia ni dah lama bukak. Sejak 1956. Sedap. Dah macam bukan mi udang tapi udang letak mi sebab udang dia banyak walaupun tak sebesar mi udang mak jah. Aku dah biasa makan mi udang ni, so kitorang pergi cari kafe kat sini. Korang tau tak ada kafe kat Kuala Sepetang ni? Ini nak bagitau ni. Nama dia The Happy 8 retreat cafe. Sebenarnya dia hotel, tapi bawah dia ada cafe. Nak cari dia agak tricky, tapi korang cari je bangunan yang ada patung helang besar, itulah dia. The Happy 8 ni ada cawangan lain kat Kota Hipster, Ipoh. Kafe ni betul betul sebelah jeti kuala sepetang tu. Bolehlah minum kopi menghadap jeti.
Kuala Sepetang ni kalau korang nak tau adalah kawasan paya bakau. Dia ada ecopark yang boleh korang lawat dan ada chalet untuk korang stay. Selain tu,boleh naik bot untuk river cruise. Apa yang ada? Banyak juga. Tengok paya bakau, bagi makan helang, waktu malam tengok kelip kelip. Selain tu bagi korang yang minat sejarah, kat sini korang boleh tengok kawasan puak hai san dan gee hin. Ingat lagi tak dulu dua puak ni bergaduh sebab bijih timah masa belajar sejarah? Selain tu, pergi Kuala Sepetang ni korang cari batu tanda landasan pertama keretapi di Malaysia. Ye,nama lama Kuala Sepetang ni adalah Port Weld. Selain tu, kalau korang bernasib baik, korang boleh nampak ikan lumba lumba kat sini. Kalau tak, pergi naik river cruise kat Kuala Gula, depan sikit dari Kuala Sepetang.
Settle pekena kopi dan lepak borak borak, kitorang cari makan malam. Aku selalu dengar pasal kuetiau doli ni, so aku berminat nak try. Khabarnya dulu kedai dia biasa je area food court, sekarang dah ada kedai sendiri siap air cond. okaylah. Sedap juga sebab aku jenis minat kueytiau goreng berbanding char kueytiau. Makan malam kat bandar Taiping ni selain kuetiau doli ni, kau boleh try yong tau foo bomba dekat dengan Taiping Mall atau Nasi Lemak Muhibbah. Nasi Lemak Muhibbah ni biasanya dia bukak time breakfast je, tapi ada satu cawangan dia kat area panggung wayang lama.
Taiping ni sebenarnya banyak benda korang boleh explore. Buat masa ni diorang tengah siapkan projek untuk buat laluan jejak warisan di Pekan Taiping ni. Korang tau tak kat Taiping ni ada 11 benda yang pertama ada di Malaysia? Aku tak tau semua, so ada lagi reason untuk aku explore Taiping di masa hadapan. Yang aku tau adalah panggung wayang, landasan keretapi,penjara,muzium,taman tasik dan zoo. Itu je.
Mana yang berminat nak datang Taiping ni mesti dah familiar dengan zoo taiping. Zoo yang menarik kalau korang lawat malam. Lagi power dari zoo negara. Selain tu, boleh pergi taman tasik taiping. Taman Tasik Taiping ni dia ada feel old school sikit. Rasa macam ada dalam filem P Ramlee. Beli cendol, popiah basah lepak tasik makan. Lepas makan, naik angsa dan kayuh kat tasik. Romantis.
Lagi satu impian aku adalah nak naik Bukit Larut. Khabarnya kena naik 4wd untuk sampai atas tapi aku macam nak try on foot. Hikinglah kononnya. Mesti best dah sampai atas, lepak minum kopi. Bukit Larut ni kalau ingat masa belajar Geografi dulu, adalah tempat paling lembap di Malaysia. Sejuk.
Sekejap je aku jalan Taiping ni. Tunggu one day aku ambik satu hari untuk pusing habis. Maybe tunggu laluan Jejak Warisan Taiping siap. Untuk penggila instagram dan fotografi, Taiping ni perfect untuk korang. Kadang kadang kita tak perlukan masa yang lama pun untuk teroka interesting places ni. Kadang benda tu depan mata kita, tapi kita tak nampak. Contoh macam member aku si paat tu. Dia sendiri tak tau boleh tengok ikan lumba lumba dekat Kuala Sepetang dan Kuala Gula. Padahal dekat je dengan dia. Rajin rajinlah teroka. Kadang kadang syurga dunia tu depan mata kita.