Part 2: Tunggu aku di Jakarta

524 3 0
                                    

Lama juga aku ambik masa nak sambung ni. Maaflah. Busy sikit.

Okay, move on dari konsert Sheila on 7, aku cuba teroka kota Jakarta. Keluar dari hotel atlet, kitorang try cari hotel backpackers pula. Tapi sebab awal lagi, kitorang pergi breakfast dulu. Since pergi ramai, aku ikut jelah. Teringin juga nak try makanan asli Jakarta, tapi tak ada kesempatan. Kitorang merayau ke Plaza Senayan dekat dengan Hotel Atlet. Jalan kaki je. Dalam 10 minit sampailah. Lapar punya pasal, kitorang terus naik ke food court dia cari makanan. Malas nak makan heavy, so aku makanlah bagel je. Power juga food court Indonesia ni. Kalau kat Malaysia, Restoran Garuda Emas ni biasa satu kedai besar, kat sini letak kat food court je. Terkedu juga aku. Dah habis makan,tak tau nak buat apa, kitorang try cari backpackers hotel area Jalan Cikini.

Mula mula kitorang plan nak duduk Capsule Hotel, tapi yom cadang try six degrees backpackers hotel. Nampak macam bodoh je hotel dia. Tapi dalam dia best. Ramai backpackers duduk situ. Ada pool table, ada pc dan laptop sekali wifi untuk korang guna, siap ada game konsol lama yang korang boleh main. Aku nampak ada papan dart, tapi benda alah nak baling dia tak ada. Oh ya, hostel ni ada bilik dan juga dorm untuk korang duduk. Diorang siap ada gym okay! And pada yang jenis nak mabuk mabuk, diorang ada bar kat belah rooftop sekali garden untuk santai. Power!

Dah letak barang, kitorang ingat nak pergi massage dulu. Tanya kat receptionist dia, dia kata ada 2 tempat massage kat situ. Ada yang murah dan ada yang mahal. Yang mahal tu martha tilaar. Kitorang pergi kat Plaza Sentra Cikini. Tapi sebelum kitorang pergi massage, kitorang jalan kaki pergi Taman Ismail Marzuki. Tak, ini bukan taman perumahan, tapi satu gedung seni dan ilmu. Kat sini banyak benda sastera berlaku. Sama ada deklamasi puisi, pertunjukan ballet atau diskusi ilmiah. Sini ada satu kedai buku jual buku lama. Siapa minat dan nak cari buku lama, ini tempatnya. Malangnya, time kitorang pergi tak ada apa apa event, so duduk lepak tengok buku jelah. Buku yang dicari tak jumpa so, kitorang terus ke Plaza Sentra Cikini. Dia kecik sikit je dari Giant kat Malaysia ni. Massage dia ni kat tingkat atas sekali. Tak ingat pula nama pusat massage ni. Tapi yang massage lawa lawa juga. Tapi untuk lelaki dia bagi yang berotot sikit, takut tak rasa. Masa dia naik atas aku nak pijak, rasa macam nak terkeluar isi perut. Sini lepas massage, kau boleh mandi. Massage indonesia ni lebih kurang Malaysia, jangan harap nak rasa massage ala thai spa yang penuh menenangkan. Sini dia tarik segala macam urat kau. Yang tak tahan mau meraung juga.

Settle massage, kitorang pergi lepak kat satu kafe kat area Jalan Cikini tu. Bakoel Coffee nama dia. Nampak nice. Ada feel kafe kat Ipoh cuma tak terlalu moden. Kopi dia memang power. Dan ada jual kuih tempatan. Aku nampak ada klepon, memang terus orderlah. Last aku makan klepon, kat Bali. Klepon ni macam buah melaka, cuma liat sikit. Masa lepak kafe ni, diorang ada buat sidang media ke apa entah pasal buku. Kat Malaysia aku tak sure ada event begini kat cafe begini. Dah settle minum kopi,kitorang pergi ke Jalan Surabaya. Sini menarik juga. Banyak barang antik. Kalau aku owner kafe hipster, memang best. Kamera lama, gramophone, siap ada suit menyelam zaman dulu kat sini. Malangnya aku bukan owner kafe hipster dan agak pricy barang kat sini. So, aku tengok tengok sambil ambik gambar untuk letak kat instagram lah. Dah puas tengok, kitorang meneruskan perjalanan ke Toko Gunung Agung. Sini pusat untuk beli buku dan barang berkaitan buku. Besar betul. If only ada Toko macam ni kat Malaysia, mau rambang mata. Menarik aku tengok buku buku di Indonesia. Scene dia lebih kuranglah kat Malaysia. Ada bahan bacaan ilmiah,ada yang ringan, ada yang macam indie. Tapi one thing aku perasan, diorang suka translate buku. Buku buku English, diorang translate ke Bahasa Indonesia. Sastera di Indonesia ni lain sikit. Aku suka bahan bacaan dan Bahasa Indonesia. Ayat dia cantik. Bahasa Melayu pun cantik, tapi bila kita terlampau nak moden, hilang seni dan kecantikan dia. Sastera Indonesia ni memang lain macam. Ada few books aku tengok, berminat juga nak beli, tapi duit tengah budget sikit sebab ingat nak cari jersi Persija Jakarta. Malangnya aku tak jumpa jersi tu. Huhu.

Dah settle beli buku, kitorang pulang ke hotel untuk mandi. Rasa belengas juga sebab berurut. Dah mandi, baru keluar cari makan. Aku suggest makan nasi kambing kat Jalan Jaksa. Malangnya aku tak cek betul betul lokasi dan alamat dia. Rupanya nasi kambing yang famous tu kat Jalan Kebun Sirih berdekatan dengan Jalan Jaksa tu. Kitorang lalu je dekat lorong nak ke Jalan Kebun Sirih tu, tapi tak masuk. Sebab lapar dan malas nak pusing, kitorang masuk satu restoran dan makan bakmi. Orang indonesia ni cukup suka makan mi. Siap ada satu kedai khusus jual mi ni. Bakmi ni dia lain sikit dari mi kita makan. Dia macam bersegi sikit. Ada yang berkuah, ada goreng, ikut selera kau.

Settle makan, kitorang balik ke hotel. Badan pun penat. Aku belum mengantuk lagi, lagipun nak tengok scene malam kat area Jalan Cikini. Gigih juga aku google. Rupanya sini yang happening time malam adalah clubbing atau lepak roundabout. Apa benda entah lepak Roundabout. Kalau single lagi mungkin aku pergi je clubbing. Mana tau jumpa Conchita Caroline atau Julie Estelle kat sini. Astaga. Aku jalan kaki pergi Taman Ismail Marzuki sebab nampak macam ramai orang. Rupanya orang lepak saja saja. Macam kita lepak Dataran Merdeka lah. Tak tau nak buat apa, aku belilah kacang rebus dan balik hotel. Kacang rebus diorang ni lain. Dia keras. Kalau kat Malaysia kita rebus sampai lembik dan berair. Sini keras kacang dia. Macam makan kacang biasa. Harga lebih kurang Malaysia juga rupanya. Aku bawak kacang tu dan lepak rooftop diorang. Aku tak minum beer, aku minum yoghurt je. Borak juga dengan orang yang tinggal situ. Ada sorang mamat ireland ni cerita, dia duduk Jakarta dah dekat 7 tahun. Lepas tu dia tanya pasal Malaysia sebab dia kata tak pernah sampai Malaysia. Aku ajaklah dia turun Malaysia one day. Lepas tu, dia try borak dengan aku guna Bahasa Indonesia. Boleh tahanlan. Tapi dia kata dia tak berapa fasih sebab dia malas nak converse dalam Bahasa Indonesia. Dia bantai cakap English je, sebab tu dia tak berapa fasih sangat. Sambil sambil borak tu, aku jelaskan juga kat dia pasal perbezaan bahasa indonesia dengan Malaysia. Menarik sebenarnya borak dengan orang orang kau tak kenal ni. Malam pun dah makin larut, aku balik dorm dan tidur.

Bangun awal pagi sebab kelaparan. Aku turun dan breakfast. Hotel ni ada sediakan breakfast. Simple je, roti, buah dan jus. Kopi dan teh memang free kat sini. Bancuh sendiri je. Kalau nak extra macam telur ke apa, kena bayarlah. Kitorang check out dan terus menuju ke Plaza Tamrin. Yom kata sini best shopping. Aku masuk menganga juga. Besar nak mampus Plaza Tamrin ni. Satu masalah Plaza Tamrin ni, dia pening sikit. Stall lebih kurang dan eskalator dia confusing kalau kau first time datang macam aku. Aku memang sesat kat plaza tamrin ni. Risau juga aku masa tu. Nasib jumpa jalan keluar. Sini banyak barang batik. Baju, kain, semua ada. Antara murah tak murah je. Ada yang berkualiti, ada yang biasa. Lepas tu tingkat atas jual tudung. Siapa nak jual tudung online, boleh beli borong sini. Lepas tu dia ada satu floor untuk barang umrah dan ala arab. Kurma, kain ihram, semua ada. Orang Indonesia nak pergi umrah beli barang sini lah kot. Selepas bertungkus lumus cari jalan keluar, kitorang ke Grand Indonesia kat sebelah Plaza Tamrin tu sebab sorang member nak cari jeans. Plus, dia nak cari kafe untuk pakai wifi sebab kena buat kerja. Kitorang lepak kat Djournal Cafe kat situ. Nice juga kafe dia. Kopi dia pun menarik. Coffee shop kat Indonesia ni diorang suka guna biji kopi tempatan.

Kat Jakarta ni, kalau flight kau pukul 6, geraklah ke airport pukul 3. Jangan cuba cuba untuk gerak sejam atau 2 jam sebelum flight. Lagi awal lagi bagus. Especially weekdays. Kitorang gerak ke airport dalam pukul 2 lebih. Memang macet sikit kat highway dia. Macet kat Indonesia ni memang boleh buat rasa stress. Lagi teruk dari kat Malaysia. Macam mana lah diorang survive hari hari tempuh jem kat sini.

Dah sampai airport. Maka berakhirlah pengembaraan aku ke Jakarta. Trip ni aku kecewa sikit sebab aku tak explore banyak tempat. Old batavia pun tak sempat pergi. Tak dapat rasa naik speda. Tapi takpelah, sebab tujuan utama adalah tengok Sheila on 7, so aku okay. Maybe one day aku akan datang balik. Who knows? Mungkin lepas ni trip Jakarta dan Bandung?

#NizamTravelsWhere stories live. Discover now