Aceh: Black Mentor dan Tsunami

120 4 2
                                    

First trip untuk 2016. Entah macam mana boleh terfikir nak ke Aceh. Isteri tanya nak ke Aceh or Kota Kinabalu, since beza RM30 je, kitorang ke Aceh. Apa yang aku tau pasal Aceh? Secara jujurnya aku tau pasal Tsunami 2004 dan hukuman syariah. Lepas tengok Travelogue Jalan Jalan Men, aku tau lah sikit pasal Pulau Weh, tapi tak banyak info pasal Banda Aceh sendiri. Khabarnya Pulau Weh ni ramai diver Malaysia suka datang terutamanya time musim tengkujuh di Malaysia.

Flight pukul 1 tengahari. Nak ke Aceh ni kejap je flight sebab sebelah je Semenanjung Malaysia. 1 jam 25 minit sahaja. Nama airport dia Bandar Udara Sultan Iskandar Muda sempena nama pemimpin hebat Aceh.

Di Aceh, kitorang pilih untuk menginap di sebuah hotel yang agak baru. Namanya Hotel Sei. Terletak kira kira 20-30 minit dari airport. Sampai je kat airport dan cari hotel punya supir, aku terkejut. Muka supir ni sebijik Black Mentor! Aku bagitau dia yang muka dia macam artis kat Malaysia, dia terus sebut nama Black. Rupanya ramai dah orang Malaysia yang jumpa dia cakap begitu. Kelakar juga.

Sebelum ke hotel, singgah beli simkad dulu. Seperti biasa, beli Simpati. Line bagus dan pantas. Hotel Sei ni tak adalah tengah kota sangat. Mana yang suka shopping mungkin tak suka sangat sebab jauh dari pasar aceh. Kalau nak makan pun tak banyak sangat kedai di sekitar macam hotel lain di tengah kota. Tapi khabarnya orang Malaysia suka juga duduk sini.

Letak beg, rehat kejap, terus keluar. Destinasi pertama, Muzium Tsunami. Datang ke Banda Aceh mesti ke sini. Tak lengkap kalau tak datang. Cantik bangunan dia. Masuk percuma. Ya, percuma. Muzium dia tak besar sangat. Banyak benda yang simbolik. Masuk je muzium ni kau akan lalu satu lorong yang gelap dan air turun di tepi. Ini simbolik masa tsunami dulu. Gelap dan menakutkan. Lepas tu ada satu ruang untuk kau tengok gambar gambar kejadian Tsunami masa 26 Disember 2004 dulu. Memang menyayat hati. Tapi most tempat tinggalan tsunami akan letak gambar lebih kurang. Lepas tu, ada satu ruang yang diukir nama nama mangsa yang terkorban. Aku tak pasti sama ada semua nama ada atau tidak. Menariknya ruang ni, dia macam bagitau, di saat paling rendah dalam hidup kita, pandanglah ke atas dan berdoa. Di atas dia ada nama Allah S.W.T. Memang sebak rasa. Lepas tu kau akan lalu jalan yang berpusing sampailah keluar dan akan nampak nama negara negara yang membantu. Simbolik pada ketika kau pening, pasti akan ramai yang hulurkan bantuan di hujungnya. Carilah bendera Malaysia. Lepas tu masuk bilik video tengoklah dokumentari tsunami. Untuk aku, video dia tak berapa menarik, sebab banyak gambar yang kita boleh google. Lepas video, ada ruang tunjuk gambar zaman tsunami dan tamat muzium. Muzium ni bukan sekadar muzium, tapi juga tempat untuk orang ramai berkumpul kalau kalau ada lagi tsunami datang. Bagus inisiatif diorang.

Next location, kami ke Masjid Baiturrahim di Pantai Ule Lhe. Masjid ni dekat gila dengan pantai, tapi masa tsunami antara binaan yang teguh berdiri. Singgah solat asar di sini. Lepas jenguk kejap area pantai ule lhe, kami ke site tinggalan tsunami seterusnya yang juga wajib pergi, PLTD Apung. Apa benda ni? Satu kapal besar yang ditolak oleh tsunami sampai terdampar di darat. Lokasi asal kapal ni, dia terletak 5km dari jarak dia terdampar sekarang. Kalau kapal kecik, mungkin tak terkejut sangat. But this is one huge ship. Kapal ni asalnya digunakan untuk generate electricity. Sini pun masuk percuma. Cuma biasalah, parking kena hulur sikitlah dalam 3 ribu rupiah. Oh ya, kalau ke tempat begini pastikan bukan waktu solat sebab time solat diorang akan tutup. Kedai makan pun banyak yang begitu. Aceh ni dia Islamik, kena ingat tu. So, walaupun pelancong asing tak kena undang undang syariah, kita at least kena hormatlah. Jangan pakai seksi sangat. Okay, back to the ship. Masuk sini, kau boleh naik ke atas kapal tu. Naik tingkat atas sekali untuk tengok kawasan sekitar. Juga kau boleh masuk ke dalam kapal ni. Dia ada macam muzium. Malangnya aku tak sempat masuk sebab time aku pergi tu dia dah tutup muzium tu.

Lepas tengok kapal, kitorang tengok kapal terbang pulak. Ini monumen je sebenarnya. Dia dekat area satu padang di depan muzium tsunami. Padang dia ni terjaga juga. Boleh jogging dan main bola sepak di sini. Orang Aceh mengamalkan gaya hidup sihat. Jalan sini dan akan nampak satu monumen kapal terbang. Orang Aceh ni kaya juga sebenarnya. Diorang jual barang diorang untuk biaya beli kapal terbang untuk kegunaan presiden sukarno. Monumen ni kira mini kapal terbang pertama tu. Selain tu, kalau korang nak tau, emas di puncak monas di Jakarta, itu sumbangan orang Aceh. Memang kaya aceh ni.

#NizamTravelsWhere stories live. Discover now