Phnom Penh: Si gila Pol Pot

230 1 1
                                    

Trip kali ni sangat last minit. Ada kawan ajak berjalan hujung tahun and mintak suggestion nak ke mana. Ada option ke Bali or Phnom Penh. Since aku tak pernah ke Phnom Penh dan bali time krismas mungkin harga agak melambung, aku pun pilih ke Kemboja. Trip kali ni naik Malaysia Airlines. First time juga aku berjalan naik Malaysia Airlines dan naik kat KLIA ni. Selalu naik Air Asia kat KLIA 2 je.

Since festive period, awal sikitlah aku gerak ke KLIA. Ramai orang walaupun aku pergi pukul 5 pagi. Alhamdulillah tak ada masalah apa untuk check in. Perjalanan dari KL ke Phnom Penh ambik masa 1 jam 35 minit. Apa yang menarik, dalam flight ada seorang lelaki cina ni dengar lagu XPDC. Kagum aku sekejap. Ingat aku salah dengar rupanya memang dia tengah layan lagu Semangat Yang Hilang.

Sampai ke airport Phnom Penh, teksi untuk ke hotel kitorang, De Art Hotel dah sampai. Dalam 30 minit rasanya ke hotel. Jalan jem dan cuaca panas berdebu. Suhu kat Phnom Penh 29 darjah celcius masa kitorang sampai. Hotel kitorang dekat dengan kawasan sungai dan dekat depan area night market. Cantik dan simple hotel dia.

Settle letak barang, terus turun untuk berjalan jalan. Tarikan utama Phnom Penh adalah kisah silam diorang yang cukup menyayat hati. Pol Pot. Nama yang cukup sinonim dengan Kemboja. Sejarah hitam tercipta angkara seorang manusia yang gila kuasa dan paranoid ini. Aku tak nak cerita pasal dia panjang panjang tapi cukuplah korang tau 3 juta rakyat kemboja dibunuh dalam 4 tahun pemerintahan Khmer Rouge.
Tinggalan pertama kitorang ke Killing field. Killing field ini adalah tempat pembunuhan paling terkenal dalam 300 killing fields yang ada di merata kemboja. Masuk ke Killing Fields ni kena bayar 6 USD. Murah sebenarnya sebab korang akan dapat alat bantuan audio sekali. Dia ada 13 checkpoint dan setiap checkpoint ada cerita yang korang boleh dengar guna alat bantuan audio tu. Bangunan paling jelas kat situ adalah satu stupa berisi tengkorak mangsa kekejaman pol pot. Stupa tu ada 17 tingkat dan itu pun tak semua tengkorak diletak di situ. Bagi aku, paling terkesan bila tengok satu pokok yang dipanggil Killing tree. Killing tree ni satu pokok yang digunakan Khmer Rouge untuk bunuh kanak kanak. Nak tau macam mana dia bunuh? Dia lempar budak budak kat pokok tu sampai mati. Sayu rasa. Jalan kat sini dalam 1 jam macam tu.

Tak sah kalau pergi ke Killing Field tapi tak pergi Genocide Center. Genocide center ni dulu satu sekolah. Khmer Rouge tukarkan jadi pusat tahanan untuk soal siasat tawanan. Cara soal siasat memang kejam. Cabut kuku, elektrik, dan banyak lagi. Semua kerana Pol Pot paranoid. Yang ditahan kat sini ramai golongan bijak pandai dan orang yang dituduh spy. Betapa seksanya siksaan diorang ni, orang yang dituduh spy tu mengaku dia spy walaupun hakikatnya bukan. Diorang mengaku bukan sebab tak tahan disiksa, tapi sebab diorang jadi terlampau mental sampai rasakan diorang memang spy. Gila. Kat sini ada dalam beberapa blok. Masuk kena bayar USD 3. Kalau guna alat bantuan audio, USD 6. Satu benda yang seram, ada satu blok tempat letak tahanan. Bayangkan kelas kita masa sekolah dahulu, dibahagikan kepada sel sel kecik yang sangat sempit. Muat untuk sorang je. Kau tak boleh buat bising langsung. Tahanan sini mental sampai ramai nak bunuh diri. Mana yang lemah semangat tu kena berjaga jaga sikit. Khabarnya ada yang meracau bila balik dari tempat ni.

Selesai 2 tempat ini, kitorang balik ke hotel untuk berehat dan ready untuk keluar makan malam. Kat Phnom Penh ni rata rata restoran halal ada jual makanan Malaysia. Sebab ramai sebenarnya orang Malaysia kerja kat Phnom Penh ni. Kitorang dinner kat satu kedai nama Gulai. Dia ada buffet makanan Malaysia berharga USD 6. Tapi dia tak ada makanan khmer, so aku order nasi goreng nenas je. Kedai ni ada member suggest. Dia kerja kat Public Bank Phnom Penh. Ramai rakyat Malaysia kerja bank kat Phnom Penh ni. Ada Public Bank, CIMB dan Maybank.

Lepas makan kitorang jalan kaki ke Night Market. Dia macam downtown cheras je. Siap ada pentas menyanyi. Kat night market ni ada stall jual makanan halal juga. Roti canai pun ada. Beli dan makan bersila atas tikar. Since dah kenyang, kitorang cari tempat massage. Jalan packed sikit sebab malam sebelum krismas. Ramai berparty. Jumpa tempat urut, memang feel lah. Urut kaki sampai tertidur. Sejam urut kaki bayar USD 6 je. Ada je lagi murah. Semurah USD 2, tapi tak jumpa. Settle urut, kitorang balik hotel dan tidur.

#NizamTravelsWhere stories live. Discover now