Kadang kadang kita ni tak berapa nak ada cuti. Badan penat, otak penat, rasa nak bercuti tapi malas nak jalan jauh. Ini terutamanya yang duduk area bandar macam Kuala Lumpur. Tak perlu cuti lama pun boleh berjalan sebenarnya. Cukup 2 hari 1 malam. Padatlah sikit tapi at least lari dari hiruk pikuk kota. Kena pulak sekarang memang Tourism Malaysia tengah ada kempen "Dekat Je'. So, kita pergi ke tempat yang 'Dekat Je' sesuai dengan kempen Tourism Malaysia. Ke mana? Kita ke Sungai Lembing, Pahang.
Day 1.
Demi untuk capai kepuasan tahap super maksimum, kita gerak seawal pagi. Aku gerak dalam 9 pagi, tak awal sangatlah. Skip breakfast heavy, kita beli je barang makan kat mana mana petrol station on the way sambil isi minyak dan topup touch n go. Ye, kalau korang nak ke Sungai Lembing gunalah Touch n go atau Smart Tag sebab Duke dan plaza tol Gombak tu sekarang dah elektronik semuanya. Ada yang tersangkut karang. Perjalanan ambik masa dalam 3 jam macam tu. Lalu LPT ni elok elok sikit memandu sebab banyak lori dan selekoh. Kalau malas drive korang boleh naik bas ke Kuantan dan sampai sana ambik bas ke Sungai Lembing.
Aku stay kat Time Capsule Retreat. Ingat nak ambik yang tube tu, tapi full. So, siapa nak pergi, book awal awallah. Aku duduk parallel discovery. Boleh masuk 4 orang, tapi sebab aku pergi berdua dengan isteri so jadi luas. Parallel discovery ni dalam Rm400. Kalau 4 orang bolehlah tong tong. Parallel discovery ni ekstranya adalah dia ada attached bathroom, so tak perlu takut pergi toilet malam malam. Tapi toilet dia ni ada terbukak sikit atas dia, so kalau memerut malam malam, jangan tengok atas. Hehehe. Selain tu, dia ada tempat bbq, astro dan juga......jakuzi! Boleh bbq lepas tu makan dalam jakuzi sambil menghadap hutan. Gituh.
Tapi kalau korang stay kat Time Capsule ni, aku nasihatkan korang check in lambat sikit. Pergilah makan atau pergi attractions kat sana. Why? Sebab kat sini biasanya check out lambat. Yelah, balik dari aktiviti air terjun atau apa apa pun dah pukul 12. Biasanya around 3-4 baru check in. Sini, nak makan tak ada benda sangat. Ada few warung atau makan kat food court di hentian bas Sungai Lembing. Singgahlah kedai runcit and beli stok makanan siap siap untuk malam kecuali kalau korang ada request nak bbq.
Lepas makan, aku pergi terowong bijih timah sungai lembing. Dekat je dengan time capsule tu. Masuk sorang RM30. Benda first kau kena buat adalah tunggu tren. Tak, ini bukan tunggu tren LRT tapi tren nak masuk terowong ni. Terowong ni dalam sebenarnya, tapi kau hanya boleh masuk setakat 500 meter. Tren hanya akan bawa masuk 80 meter dan baki kau jalan kaki. Okaylah, rasa macam pelombong naik tren dia ni. Masuk awal awal memang rasa sejuk gila. Macam ada air cond. Tapi tak. First spot adalah tempat dia cerita sikit sejarah terowong ni. Sambil tengok kat skrin depan kau ada terowong yang besar gila gila gila! Settle belajar pasal sejarah kau ke spot seterusnya. Situ lebih pada dia akan ajar secara praktikal macam mana pelombong kerja dulu. Malang sikit tempat ni tak dijaga dengan betul, few equipments yang menarik tak boleh guna. Mesin yang ajar macam mana orang dulu letupkan terowong dan banyak lagi tak boleh guna. Sedih. Tapi last spot ni best. Kau akan merasa naik lif yang diorang guna kat terowong ni. Kau boleh rasa panas dia bila capai kedalaman 1000 meter. Best juga. Macam sauna. Habis tu, habislah pengembaraan kau dalam terowong tu. Ada satu lagi spot yang korang boleh lawat sementara nak tunggu check in iaitu Muzium Sungai Lembing, tapi aku tak sempat singgah.
Kat Sungai Lembing kalau kau malas nak drive sekitar pekan, kau boleh sewa motor atau basikal. Pekan dia kecik je. Nak naik kereta kuda pun ada.
Settle pusing, aku check in. Rehat kejap dan petang tu keluar untuk cari makan malam dan pusing pusing lagi. Aku drive nak cari tempat best. Ingat nak tengok sunset ke apa, tapi jerebu nak nampak apa entah. Aku pun cuba cari Jambatan gantung. Jumpalah, tapi jangan ingat ini jambatan gantung macam canopy walk tu. Ini jambatan gantung yang penduduk tempatan guna everyday. Dia rentas sungai yang menghubung satu kampung ke pekan. Itu je. Bolehlah buat ambik gambar letak kat instagram. Acah acah deep .
Malam memang tak ada apa. Sebab tu aku makan malam awal sikit. Lepak bilik tengok tv je. Kalau ramai ramai dengan member mungkin boleh korang organise aktiviti situ. BBQ lepas tu buat games apa apa. Nak lepak pekan memang tak ada apa, banyak kedai pun dah tutup. Habis day 1. MU menang 3-1 lawan Liverpool. Gembira!
Day 2.
Hari kedua dan terakhir. Kitorang akan ke Air Terjun Pelangi. Kat sini, pagi dia kalau kau tak ke air terjun, kau boleh ke Bukit Panorama tengok sunrise. Time jerebu rugi naik bukit sebab tak nampak pun sunrise. Kau boleh request ni kat tempat penginapan kau. Dia akan sediakan semua. Sorang RM40. Perjalanan bermula seawal 6 pagi naik jip yang sumbat 10 orang. Tapi bukan kau terus pergi. Dia bawak kau pergi pekan dan breakfast. Gerak 6.45 pagi. Jangan terkejut kalau jip kau singgah tempat penginapan lain juga sebab diorang ni memang untuk semua resort area tu. Time aku join trip ni majoriti adalah chinese dan food court kedai chinese bukak awal. Sebelah dia ada satu warung melayu tapi lambat sikit bukak. Melangut juga kitorang duduk situ tunggu bukak. Ada jual nasi dagang dan nasi lemak, tapi aku ambik keputusan skip sebab takut nanti nak memerut susah on the way nanti.
6.45 bergerak. Memang kena gerak seawal mungkin, kalau lambat ramai orang. Naik jip sejam lebih, kematu juga bontot. Dahlah padat 10 orang. Ada few spots dia akan berhenti. Satu dekat area xcape resort sebab situ ada hentian toilet. Lepas tu dia akan stop kejap tengah jalan untuk kau tengok sunrise dan hutan. Sempat juga nampak buaya dalam sungai. Nervous pula rasa. Dah kematu bontot sejam, maka bermulalah pendakian. Bagi aku mendaki lebih best dari duduk atas jip. Haha.
Nak naik dia tak susah pun. Kalau kau tak bawak kasut, boleh pinjam kasut getah. Diorang ada sediakan. Nasihat aku adalah, cuba jadi antara orang paling awal gerak. Sebab nanti ramai orang depan kau nak selfie lah apa lah. Perjalanan jadi lembap. Kau gerak je dulu. Lagipun, kalau kau gerak dulu, kau dapat merasa lepak kat air terjun pelangi time tak ramai orang. Dah ramai tak best sangat especially kalau nak ambik gambar. Sampai kat air terjun, pelangi yang dicari tak muncul. Jerebu buat cahaya matahari tak berapa nak sampai. Takpelah, cantik juga air terjun pelangi ni. Cuma time aku sampai air dan angin tak berapa kuat. Member member kata biasanya siapa sampai situ mesti basah walaupun tak berendam sebab angin dia tiup air ke arah kita. Aku berendam kejap dalam tu. Sejuk. Situ ada tempat kau rasa nak panjat, tapi tak boleh. Kau naik je, guide akan tiup wisel suruh turun. Yelah, kalau kau jatuh dan injured, diorang juga nak kena pikul kau ke bawah.
Pakej ni sekali makan kat air terjun. Makan apa? Makan maggi dan minum milo je. Tapi kalau perut dah lapar telan je. Maggi dan air milo ni diorang masak guna air dari air terjun pelangi ni. Semua guide memang dah standby perkakas kat area air terjun tu. Dapur kecik, cerek, bekas air semua dah ada. Diorang just datang bawak milo peket dan maggi cup. Slurrrrppp.
Dalam pukul 12 turun kembali. Habis dah trip ke air terjun. Sebab tu kat hotel check out lambat. Kalau kena awal, menggelupur kau nak bersiap. So, itulah dia trip ke Sungai Lembing. Ada je aktiviti lain yang korang boleh cuba. Paintball, flying fox,paddle board dan banyak lagi. Tapi itu kau duduklah xcape resort tu. Situ ada semua kecuali line telefon. hahahahaha. Siapa yang rasa nak short getaway, Sungai Lembing patut jadi pilihan korang. Pi mana pulak? nanti aku update!