Damia memulakan pekerjaannya sebagai tukang sapu di sebuah syarikat yang terkemuka. Memang sikapnya pelik. Dia suka mencuba pekerjaan yang orang biasa lakukan. Sebelum ini dia pernah bekerja sebagai tukang kebun sekolah. Pengalaman itu tidak akan dilupai. Mana tidaknya, semua bunga mati dibawah jagaannya. Tidak sampai seminggu dia sudah dibuang kerja.
"Kesian pokok-pokok ni? Kenapa mati yer? Aku siap baca buku penanaman pokok yang betul tapi masih mati pokok ini," Damia termenung melihat pokok bunganya yang layu.
"Memanglah mati pokok tu, Mia letak banyak sangat baja. Lepas tu selalu sembur racun," jawab mak cik yang bekerja di situ.
"Tapi Mia letak banyak sebab nak pokok itu besar cepat-cepat dan tak kena penyakit," jawapan selamba Damia. Mak cik itu hanya gelengkan kepalanya. Tidak mahu melayan pekerja baru lalu meninggalkan Damia.
Damia tersenyum teringatkan pengalaman bekerja sebagai tukang kebung. Selepas itu dia bekerja sebagai tukang gunting. Baru gunting seorang pelanggan, dia sudah kena buang kerja.
"Saya mahu, rambut saya seperti Shah Rukh Khan. Boleh tak?" kata seorang pelanggan lelaki. 'Eh, lelaki ni. Perasan ajer lebih. Rambut dah la pendek tapi nak rambut macam SRK,' hati Damia mengomel. Akhirnya Damia membotakkan kepala lelaki tersebut. Kesannya Damia dimarahi majikan dan terus dibuang kerja. Itulah tragis dalam kehidupan Damia.
Damia tersenyum gembira memulakan perkerjaan barunya iaitu sebagai tukang menyapu sementara. Kak Sall yang menjadi temannya. Hari pertamanya, dia hanya perlu menyapu di karidor. 'Kerja senang sahaja menyapu.' Bisik hati Damia. Dia memulakannya dengan baik. Tetapi esok Kak Sall sudah bercuti kerana mengandung . Baru sehari bekerja dengan Kak Sall sudah kena tinggal bersendiri esoknya.
"Esok, Mia sapulah kat tempat akak tunjuk tu. Tak susah pun kejanya. Kena sapu sahaja. Tapi hati-hati dengan geng menyapu ni. Diorang ni geng perasan cantik. Mesti dia akan selalu kacau Mia sebab Mia ni cantik. Hati-hati ye?" kata Kak Sall sambil mengemas peralatan menyapu.
"Baiklah," Damia berkata dengan lemahnya. Dia pulang ke rumah dengan menaiki bas. Dia suka naik bas. Seronok. Pukul 6 petang dia sudah habis waktu bekerja. Nasib baik rumahnya tidak jauh daripada tempatnya bekerja sekarang. Dulu, dia terpaksa naik kereta dan parking agak jauh dari tempat kerja.
"Penat kerja?" tegur abangnya, Danish. 'Sejak abangnya berubah, baik sangat dengan aku. Gembiranya. Aku pun layan sahaja,' Damia tersenyum.
"Penat gak. Tambahan kerja yang tidak pernah Mia lakukan," kata Damia. 'Takkan kerja menyapu aku tak pernah buat? Ish ish ish kesian,' Damia mengeluh. Danish tersenyum. Akil dan Danish sudah bersiap mahu bersolat di masjid berhampiran.
"Papa pergi dulu," mereka berdua sudah menghilang di pandangan mata Damia selepas Damia salam Akil dan Danish. Selepas mandi dan solat telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Yusuf. Damia mengeluh. Dia membiarkan telefon bimbitnya terus berbunyi lalu tertidur.
*****
Danish keluar bersama Haris selepas solat isyak, dia terasa bosan. Kegiatan yang tidak sihatnya dulu dikenang. Sikapnya suka pada leher perempuan sudah tiada tetapi dia berdoa dan berharap akan berjumpa semula dengan Lidya Alya. Dia rindukan wajah cantik perempuan itu. Dia teringatkan zaman persekolahannya bersama Lidya yang selama dua hari sebelum Lidya kemalangan.
Di waktu rehat, sudah menjadi kebiasaan Lidya membawa bekal iaitu nasi lemak yang uminya masak. Sedang Lidya membuka bekal makanannya, Danish datang menghampirinya. Lidya membuat muka pelik. Danish suka sangat melihat muka berkerut Lidya. Danish tersenyum. Dia duduk sebelah Lidya.
"Kau makan apa?" soal Danish.'Eh, mamat ni! Terang-terang aku bawa nasi lemak pun tak dapat nak kenal pasti sendiri ke?' hati Lidya membebel
"Nasi lemak. Awak tak nampak ke atau tidak pernah tengok?" agak sinis Lidya berkata. 'Minah ni memang kasar betul bahasa. Sudah tiada sopannya tapi aku tetap suka,' Danish tersenyum.
YOU ARE READING
SUAMIKU VAMPIRE
RomanceKesinambungan daripada CERPEN suamiku vampire...meh baca... "Danish Aniq, siapa tidak kenal dia? Sejak zaman sekolah rendah lagi dia digelar vampire disebabkan personalitinya yang erotik. Waktu siang, wajahnya pucat bagaikan tak cukup darah, tapi m...