Lidya Alya terasa pelik dengan anak sepupunya iaitu anak Shahril. Dia membetulkan tudung labuhnya. Kejap ke kanan dan kejap ke kiri.
"Sayang, jangan buat mama Alya pening. Mama Alya rasa sudah tidak sengget lagi," jelas Lidya kepada Zafran.
"Mama Alya kena nampak cantik dan kemas," jawap si nakal, Zafran. 'Eh, budak ini! Baru 4 tahun sudah pandai ye?' Lidya hanya tersenyum.
"Ya Zafran. Baiklah. Sekarang mama Alya sudah nampak cantik dan kemas?" soal Lidya. Zafran memandang Lidya dengan wajah yang berkerut sambil meletakkan tangannya di bawah dagu seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Barulah cantik mama Alya. Baru Zafran sayang mama Alya," katanya dengan gembira sambil memeluk Lidya.
"Pelik," Lidya berkata perlahan tapi mampu di dengari oleh Syaza.
"Anak aku dikatakan pelik?" marah Syaza. Lidya hanya tersenyum sahaja.
"Baiklah, mama Alya mahu gerak sekarang. Zafran doakan mama Alya ye?" permintaan Lidya. Anak kecil itu hanya angguk kepala. Dicium wajah comel Zafran dan Zafran salam tangan Lidya. Lidya bersalam juga dengan Syaza.
"Kakak doakan Alya berjaya," katanya. Lidya hanya angguk kepada sambil tersenyum. Perlahan-lahan dia memandu keretanya. Tudung labuhnya berwarna merah jambu dibetulkan sedikit. Dia mengenakan jubah hitam bercorak merah jambu. Cukup ringkas.
Tiba-tiba keretanya rosak. 'Waktu macam ini pula Boboy mahu rosak. Nasib baik keluar awal,' kata Lidya. Dia keluar daripada perut kereta. Rupa-rupanya tayar keretanya pancit. Lidya mengeluarkan tayar simpanannya dan menukarnya sendiri. Uminya yang mengajarnya menukar tayar. Sangat berguna ilmu ini berguna disaat-saat kecemasan. Lidya memandu 'Boboy' perlahan-lahan. Memang kotor pun tangannya. 'Nanti singgah kat tandas sekejap,' cadang Lidya memandangkan tangannya kotor.
*****
Lidya lihat sudah ramai yang menanti dan menunggu giliran untuk temuduga untuk jawatan pembantu pegawai pemasaran. Semuanya perempuan yang hadir. Mereka memandnag sinis kepada Lidya. Penampilan Lidya cukup berbeza dengan penampilan mereka. Mereka lebih kepada kasual dan formal dengan kameja perempuan dan fesyen terkini.
"Penampilan begini pun boleh menceburi bidang ini. Ada hati betul," ada seorang perempuan yang sinis berkata kepada Lidya.
"Tidak boleh ke penampilan macam ini? Saya minat bidang perniagaan," soal Lidya. Dia cuba mempertahankan dirinya. 'Salah ke dengan penampilan bertutup macam ini? Aku bukan buat perkara yang tidak baik,' hatinya berkata. Lidya cuba tersenyum.
Giliran perempuan yang berkata sinis kepada Lidya masuk untuk di temuduga. Lidya berdebar-debar. Dia adalah orang terakhir. Perempuan tersebut keluar. Mukanya jelas kecewa dan sedih. Makin berdebar Lidya dibuatnya.
"Lidya Alya!" setiausaha menyebut namanya. Lidya berdiri dan mula melangkah dengan menyebut nama Allah di dalam hatinya 'Bismillahhirrahmanirrahim'. Lidya duduk apabila disuruh duduk.
Lidya memerhati keadaan bilik tersebut. Tiga orang lelaki. Ketiga-tiganya lelaki muda dan mungkin sebaya dengannya. Seorang lelaki bersongkok mula berkerut mukanya lalu tersenyum.
"Kali pertama jumpa perempuan seperti anda yang datang untuk ditemuduga," katanya. "Perkenalkan diri anda," pintanya lagi sambil tersenyum lebar. Begitu juga dengan dua lelaki sebelahnya.
"Assalamualaikum. Nama saya Lidya Alya. Saya seorang anak tunggal dan ibu saya, ibu tunggal juga," kata Lidya terhenti apabila seorang lelaki memotong katanya. "Dua-dua tunggal," katanya sambil ketawa. Lidya cuba tersenyum dan menyambung kembali.
YOU ARE READING
SUAMIKU VAMPIRE
RomansaKesinambungan daripada CERPEN suamiku vampire...meh baca... "Danish Aniq, siapa tidak kenal dia? Sejak zaman sekolah rendah lagi dia digelar vampire disebabkan personalitinya yang erotik. Waktu siang, wajahnya pucat bagaikan tak cukup darah, tapi m...