'Macam mana pula bos aku boleh ada kat majlis ni? Oh lupa pula. Salina kan pekerja dia juga tapi takkan ada bos besar yang datang majlis perkahwinan pekerjanya yang biasa-biasa,' hatinya berbisik. Mukanya mula berkerut. Akhirnya dia beristighfar. Bersangka buruk pada orang lain satu amalan yang tidak sihat.
"Bos!" katanya sambil tersengih. Sungguh dia terkejut dengan kehadiran Danish. Lelaki itu nampak kacak dengan baju melayu berwarna merah jambu. Sepadan dengan Lidya yang memakai baju kurung putih bercorak bunga merah jambu.
"Nampak terkejut sahaja saya ke mari?" kata Danish. Dia masih tersenyum. Tidak lepas mata Danish memandang Lidya. Tiba-tiba seseorang menegurnya.
"Alya!" suara lelaki juga.
"Adam!" terkejut untuk kali kedua Lidya. Hatinya cuak. Dia rasa macam lari pecut 100meter. Berdegup laju dan kencang hatinya. Dia cuba kawal diri agar bertenang.
"Lidya, awak okey?" tegur Danish. 'Siapa lelaki yang tegur Lidya, panggil pun Alya. Manja sahaja lagaknya,' timbul perasaan cemburu. Danish menjeling lelaki bernama Adam tu. Lelaki itu bersongkok, berbaju melayu hijau dan berkulit putih. Tidak macam Danish, putih, putih gak tapi nampak pucat. Kesian.
"Ustaz Adam. Datang juga. Jemput makan," tegur mak Salina. Dia hanya tersenyum. Lidya mencari kelibat Salina.
"Ai, mana pula hilang si Salina ni? Baru sah jadi isteri orang dah lupa kawan ke?" Lidya berkata agak kuat sehingga Danish dapat mendengarnya.
"Itu maknanya kahwin ini seronok," Danish menyampuk. Lidya membuat muka berkerut.
"Apa yang seronoknya?" Itulah yang ingin dia ingin tahu sangat. Lidya tanya penuh minat.
"Seronok! Lidya kena kahwin dulu," kata Danish.
"Tak ada maknanya, saya tak berminat," kata Lidya. Dia memang tidak berminat lagi untuk ke arah perkahwinan. Uminya tidak pulak memaksanya. Syukur.
"Tak berminat?!" Danish terkejut dengan kenyataan yang dikata oleh Lidya. "Tiada nafsu?!" soalnya pula.
"Agak-agaklah bos, perempuan dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal tau. Kalau bos kata camtu, dah nazak la saya ni," jelas Lidya. Malu pun ada.
"So, bernafsu la ni?" soalnya lagi. Malas betul Lidya mahu melayan Danish. Dah mengarut ke arah yang tidak baik. Dia meninggalkan Danish. Danish mengejar Lidya.
"Lidya, tak mahu menemani saya makan ke? Bos awak ni," kata Danish. Dia mengharap Lidya bersetuju. Tetapi gadis itu hanya merenungnya dan tersenyum.
"Boleh ke?" duga Danish. Lidya hanya ketawa dan meninggalkan Danish keseorangan. Danish membuat muka geram.
"Siaplah awak Lidya. Kalau saya dapat awak! Saya tak kan lepaskan awak!" jerit Danish apabila Lidya makin menghilang dalam pandangannya.
Kebetulan Adam mendengar apa yang dikatakan oleh Danish. Timbul perasaan cemburu. Tanpa pengetahuan Lidya, Adam dalam proses berpisah dengan tunangnya. Sungguh dia masih mencintai Lidya.
Majlis persandingan akan dimulakan seketika lagi tetapi Lidya yang lebih mengelabah. Pening kepala Salina melihat teman baikya yang berulang-alik depannya.
"Lidya, cuba bertenang dan duduk. Rosak mekap saya tau," kata Salina sambil melihat cermin di hadapannya.
"Apa kaitan saya dengan mekap awak tu? Tak adanya rosak. Dah cun melecun udah," puji Lidya. Dia duduk. Dia sebenarnya gelabah sebab akan jadi pengapit Salina. Jubah yang ditempah oleh Salina sudah lengkap ditubuhnya. Salina tidak habis-habis memujinya. Naik rimas Lidya.
Majlis persandingan dimulakan, rupa-rupanya Salina menipunya. Suami Salina, Erwan tidak mahu buat majlis persandingan. Dia tidak suka kecantikan isterinya dipandang atau ditengok oleh orang lain. Orang ajnabi.
"So, kenapa awak buat jubah ini untuk saya? Pelik" Lidya bertanya. Dahinya sudah berkerut.
"Pelik! Pelik! Itu ajer perkataan yang Lidya sebut. Sebenarnya, saya sahaja nak hadiahkan jubah tu pada Lidya sempena hari perkahwinan saya. Itu daripada saya dan Erwan tau," Lidya tersenyum.
"Thank you my friend," mereka berpelukkan. 'Semoga persahabatan ini berkekalan. Amin,' Lidya berdoa dalam hati. Dia meminta diri apabila Erwan masuk ke dalam rumah untuk sesi ambil gambar. Lidya duduk di taman permainan depan rumah agam milik Erwan. Dia termenung.
"Lidya!" ada suara yang menegurnya. 'Pak ustaz ni? Malasnya!' hatinya terasa menyampah.
"Ada apa Adam? Tak bawa tunang ke?" kata Lidya seperti mentindirinya. Walaupun hatinya pedih dia berusaha kawal mimik muka kecewanya. Dia tersenyum.
"Lidya, Adam dalam proses putuskan pertunangan tu," kata Adam.
"Apa?! Awak dah gila ke?!" jelas Lidya terkejut dengan apa yang diucapkan oleh Adam.
"Yup! Adam gila! Adam masih cintakan Lidya. Hati Adam tak dapat nak menipu sudah," terus-terang Adam. Dia mendekati Lidya tetapi Lidya menjarakkan diri.
"Tolong jaga tatatertib awak sebagai ustaz," nasihat Lidya. Dia tidak suka Adam merapatinya.
"Sudahlah Lidya cantik sangat. Itu pasal Adam geram," kata Adam. Menggatal. Entah kenapa dia menyampah melihat Adam. Macam ini ke lagak seorang ustaz? Rosak akidah!
"Mana ada cantik," bantah Lidya. Dia betul-betul tidak selesa bersama Adam.
"Lidya, Adam cintakan Lidya! Terimalah Adam kembali," rayu Adam dengan tiba-tiba. Cuak Lidya dibuatnya. Dia tidak boleh lama-lama. Dia bimbang hatinya mengalah dan menerima Adam yang masih tunangan orang. Dia tidak mahu. Dia ada prinsip sendiri dalam kehidupannya.
"Baiklah!" jawab Lidya yang belum sempat menghabiskan ayatnya tetapi secepat itu juga Adam menjawab.
"Terima kasih Lidya!" kata Adam. Tanpa mereka sedari, ada yang mendengar perbualan mereka. Kecewa sungguh hati Danish. Lidya menerima cinta Adam semula. Dia membawa diri ke dalam rumah agam milik Erwan.
"Apa kebenda kau ni?! Aku berlembut, kau tak faham. Dengar ni! Aku tak suka kau dah. Kalau tunang orang, buat macam tunang orang okey? Jangan nak mengada-ngada dengan perempuan lain. Tolonglah jadi setia," amuk Lidya. Dia sudah tidak boleh tahan dengan desakan Adam. Dia tidak suka.
"Tapi Adam nak setia dengan Lidya sahaja," katanya. Menyampah Lidya tengok Adam. Dia lebih mengenali lelaki ini siapa. 'Rosak habis imej ayu aku. Ini semua gara-gara ustaz yang tak sedar diri. Cepat-cepatlah insaf,' bisik hatinya. Lidya bangun dan meninggalkan Adam keseorangan.
YOU ARE READING
SUAMIKU VAMPIRE
RomantizmKesinambungan daripada CERPEN suamiku vampire...meh baca... "Danish Aniq, siapa tidak kenal dia? Sejak zaman sekolah rendah lagi dia digelar vampire disebabkan personalitinya yang erotik. Waktu siang, wajahnya pucat bagaikan tak cukup darah, tapi m...