SV DANISH KALUT Part 18

3.4K 117 2
                                    

hAI....MAAF SEBAB TERMASUK BAB YANG SAMA.... KALI NI RIA SEMAK BETUL2... BAB SAMBUNGAN YANG SEBENAR... JEMPUT BACA SEMUA...JANGAN LUPA KOMEN.


"Lidya!" Danish terkejut melihat keadaan Lidya yang tidak terurus dan pakaian yang basah. Kelihatan rambutnya yang panjang di sebalik selendang merah yang nipis itu. Cantik. Tidak berkelip matanya melihat keadaan Lidya yang basah kuyup.

"Bos!" apabila melihat Danish di situ. Mudah sahaja air matanya mengalir. Cepat-cepat Lidya masuk semula dalam tandas perempuan. Tidak sanggup dirinya dilihat oleh lelaki ajnabi dalam keadaan yang tidak mengizinkan ini.

"Lidya! Kenapa dengan awak? Awak okay?" soal Danish bertubi-tubi. Air mata yang mengalir, Lidya sapu.

"Saya okay bos," suara Lidya bergetar. Dia menahan sebak yang mula hadir dalam dirinya.

"Awak tentu sejuk. Ambil kot saya dulu. Saya pergi panggil Salina," katanya. Danish menanggalkan kot merahnya dan menghulurkan ke pintu tandas perempuan.

"Ambil ni, Lidya," kata Danish tapi tiada respon.

"Lidya!" dia menyeru nama itu untuk kali kedua. Lidya tersedar dari khayalannya. Mengarut sahaja apa yang difikirkan.

"Saya!" dia membuka sedikit pintu dan mengambil baju tersebut. Danish berlari pecut. Dia tidak peduli orang hendak kata apa. Yang penting dia kena cepat jumpa Salina.

Danish menunjukkan bakatnya berlari 100 meter pecut tapi malang itu tidak berbau. Dia terlanggar pintu kaca yang merupakan pintu masuk sebelum sampai ke dewan syarikat. Kepala dan seluruh badannya bagai ditolak dari belakang dan kena pintu kaca itu.

Sakit juga. Sampai pening-pening kepalanya. Dia gagahi untuk bangun

'Lidya milik aku. Aku tidak akan biar dia menunggu aku lebih lama. Aku tidak akan biarkan dia ketakutan,' kata hatinya. Dia segera berjumpa dengan Salina.

"Salina, Lidya dalam keadaan tak baik. Awak tolong tengokkan dia. Please!" rayu Danish dengan tiba-tiba.

"Eh, Danish! Kenapa ni? Cuba beritahu perlahan-lahan. Jangan panik," tegur Erwan. Terkejut melihat sepupunya itu merayu pada isterinya. Ada perasaan cemburu. Salina perasan gerak mata suaminya dan sudah faham sangat. Itu tanda dia cemburu. 'Kuat betul laki aku cemburu. Dengan sepupu sendiri kot!'

"Tak sempat nak cerita. Salina, awak bawa tudung tau. Awak ada tudung lebihkan?" soal Danish. Salina angguk. Dalam kereta suaminya satu tudung disimpannya. Mereka bergerak ke tandas perempuan. Danish dan Erwan tunggu di luar.

Salina masuk. Alangkah terkejutnya dia melihat keadaan sahabatnya itu. Kesejukan. Lidya terlena di suatu sudut dalam tandas itu. Dia menghampiri sahabatnya. Dikejutnya perlahan.

"Lidya oh Lidya..." seru Salina sambil mengoncangkan tubuh Lidya.

"Gempa bumi ke? Aku takut!" mengigau Lidya. Matanya masih terpejam rapat.

"Lidya!" Salina meninggikan sedikit suaranya agar Lidya tersedar.

"Arggghhhh!" Lidya terjerit. Jeritan itu dapat didengari oleh Danish dan Erwan. Danish terlalu bimbang dengan keadaan Lidya. Dia berlegar-legar di luar tandas perempuan. Erwan yang melihatnya berasa pening. Sekejap ke kanan dan sekejap ke kiri.

'Lagak Danish macam menunggu isteri nak bersalin,' Erwan menggelengkan kepalanya. Dia tahu Danish menyukai Lidya sejak lelaki itu menempah baju khas untuk Lidya.

"Kenapa Lidya menjerit, Wan? Aku risau la?" dia menegur Erwan dan melahirkan rasa bimbangnya.

"Sabarlah. Lidya tidak apa-apa," kata Erwan untuk menenangkan hati Danish. Danish tersenyum pahit mendengarnya.

Sudah lama Lidya dan Salina di dalam tandas. Erwan beranikan diri bertanya.

"Salina, Lidya sudah okay?" Erwan menjerit dari luar. "Sudah!" menjerit Salina. Erwan dan Danish tersenyum. Salina membawa Lidya keluar daripada tandas tersebut. Pintu tandas yang agak susah dibuka apabila Salina memimpin bahu Lidya. Danish ambil tindakan pantas membantu Salina membuka pintu.

"Abang, kita kena bawa Lidya ke klinik," kata Salina sambil matanya melihat Lidya. Sayu sahaja muka Lidya dalam pandangannya. 'Kenapa boleh jadi seteruk ini,' Hati Danish betul-betul bimbang.

"Baiklah," balas Erwan. Danish dari tadi melahirkan perasaan bimbang pada Lidya. Erwan sudah mengesan sesuatu yang tersirat.

Mereka berempat pergi ke klinik milik sahabat baik Danish, Doktor Aman. Danish sudah menghubunginya dan memintanya menanti di Klinik. Al-maklumlah hari Ahad kebanyakkan klinik tutup.

"Aman, macam mana keadaan Lidya? Dia okay?" Danish bertanya bertalu-talu.

"Dia okay, cuma dia mengadu sakit badan. Tadi dia ada kata tubuhnya ditolak dan kena mangkuk tandas,"

"Macam mana pula dia jadi begitu?"

"Itu aku tak tahulah, Dan. Yang pasti ada orang tak suka dengan dia sebab sebelum ini pun dia ada datang klinik aku. Kau masih ingat?" penuh yakin Aman berkata. Danish hanya angguk kepala.

"Tak mengapa la. Terima kasih. Maaf ganggu kau malam-malam begini,"

"Tak apa Dan. Sudah menjadi tanggungjawab aku sebagai doktor," Kata Aman sambil menepuk bahu sahabatnya. Lidya dan Salina sudah menunggu di kereta.

Erwan memandu tenang kereta miliknya. "Kalau Lidya tak sihat, Lidya tidak payah pergi meeting esok di Genting," Danish bersuara.

"Bos! Saya tak apa-apa. Saya boleh pergi. Susah payah saya siapkan dokumen untuk meeting tu. Saya akan rasa sedih kalau tidak dapat pergi meeting ini," kata Lidya lemah.

"Kalau itu keputusan Lidya, esok saya datang ambil awak di rumah esok,"

"Terima kasih bos. Baiklah esok,"

Lidya sampai juga di rumahnya. Uminya sudah naik membebel. Dia hanya tersenyum sahaja. Apa lagi yang mampu dia buat. Akhirnya selepas telan ubat tahan sakit, Lidya tertidur. Umi Kalsom selimutkan anak kesayangannya. Selepas mencium dahi Lidya, dia masuk ke biliknya.

Telefon bimbit miliknya berbunyi. Segera dia menjawabnya.

"Kalsom..." Umi Kalsom terkejut dengan suara yang didengarinya. Dia masih mengenali suara itu.

"Linda Alya..." bisiknya.

"Kalsom, boleh kita berjumpa?"

"Baiklah, puan,"

"Janganlah panggil saya puan. Kita bukannya orang lain. Sesama madu. Abang apa khabar?" soalnya.

"Abang sudah lama meninggal," jelas Linda terkejut. Dia dapat telefon bimbit Kalsom pun daripada sahabat lamanya. Dia sememangnya tidak tahu bekas suaminya itu sudah meninggal dunia. Hampir dua puluh tahun tidak berjumpa.

"Linda!" Panggil Umi Kalsom apabila Linda diam begitu lama dalam talian.

"Saya masih ada ni. Lidya bagaimana?"

"Oh, dia tak berapa nak sihat. Linda mahu berjumpa dengan dia?"

"Tak!" laju sahaja Linda menjawabnya. "Tidak bersedia lagi. Tak apalah Kalsom. Akak tidur dulu. Selamat malam," selepas memberi salam, talian terputus.

"Ada satu rahsia yang belum aku memberitahu Alya," akhirnya umi Kalsom tertidur.

BERSAMBUNG...

RAHSIA APA YANG DISEMBUNYIKAN.... NANTIKAN BAB SETERUSNYA...

SUAMIKU VAMPIREWhere stories live. Discover now