Lidya asyik melihat rancangan Iman Muda di channel Astro OASIS. Dia begitu meminati program ini. Wajah iman-iman muda semuanya ada nur(cahaya).
"Inilah calon-calon bakal suami Alya, umi!" jerit Lidya agak kuat. Uminya yang sedang masak di dapur segera berlari ke ruang tamu. Apabila melihat rancangan tersebut, umi Lidya dapat teka lalu menarik telinga Lidya.
"Umi! Sakit umi!" Lidya menjerit manja.
"Oh, kenakan umi! Bersungguh umi berlari nak tengok lelaki yang Alya suka tapi ini iman muda. Agak-agaklah Alya,"
"Brutal la umi ni," Lidya ketawa manja. Dia mengusap lembut telinganya yang mula merah. Umi Kalsom memeluk Lidya. Di belai rambut panjang milik Lidya.
"Brutal tetap brutal tapi jangan buat umi macam ni lagi okey, sayang?" uminya mengharap. Lidya hanya ketawa. Malam tersebut Lidya hanya menonton tv sahaja. Akhirnya Lidya masuk ke bilik tidurnya apabila mengantuk.
Lidya tersedar dari tidurnya. Dia menuju ke dapur kerana dahaga. 'Uihh! Bunyi apa kat dapur tu?' serentak tu Lidya nampak satu lembaga. 'Pencuri!' Lidya berbisik. Pasu bunga kristal kesayangan umi sudah berada di tangannya. 'Umi, minta maaf. Ini kecemasan. Pasu kesayanganmu yang menjadi mangsa,' perlahan-lahan Lidya bergerak.
Lidya memukul lembaga itu dengan pasu. Pecah pasu tersebut.
"Masyaallah! Umi! Ohh tidak!"
" Umi! Umi! Maaf umi!" kata Lidya mula berbaur sebak hendak menangis. Berlumuran darah di kepala uminya.
"Umi! Janganlah mati! Janganlah tinggalkan Alya. Alya ingatkan pencuri. Boboy kat bengkel. Alya nak curi kereta siapa malam-malam buta macam ini nak bawa umi ke hospital," Lidya sempat melawak. Lidya mula mengongoi sambil memegang tangan kiri uminya. Dengan pantas Lidya menghubungi ambulan.
Lidya mengelap darah di kepala uminya. Dia betul-betul cemas. Beberapa minit kemudian, ambulan sampai. Umi Kalsom kini sedang di angkat oleh beberapa attendan hospital dengan keadaan matanya tertutup rapat.
"Umi!" Jerit Lidya nyaring.
"Oi! Umi belum nak mati lagi," tiba-tiba umi bersuara dengan ganasnya. "Luka macam ini tidak mampu buat umi sakit la, jangan risau," katanya lagi lalu menutup mata. Lemah. Lidya membuat muka pelik.
'Drama apa yang umi cuba lakonkan ini? Tadi diam sahaja,' Lidya buntu. "Cuba umi terangkan. Apa yang umi buat dalam gelap kat dapur tu?" Lidya mula bertanya. 'Cuak aku di buat oleh umi. Nasib baik tak mati terkejut tadi. Kang aku pulak yang masuk hospital,' Lidya tetap bimbang dengan keadaan uminya.
Lidya turut masuk ke dalam ambulan. Dia ingin menemani ibunya. Memang rasa bersalah mula mengusai hatinya. 'Umi! Jangan tinggalkan Alya!' hatinya bergegar kuat dengan jeritan tersebut.
Selepas beberapa urusan diselesaikan, umi Kalsom dapat diselamatkan. Ingin dipeluknya doktor yang dapat menyelamatkan uminya tapi nasib baik sempat kawal diri sebab doktor itu lelaki. Rasa berterima kasih sangat. Doktor tersebut hanya tersenyum melihat gelagat gadis bertudung labuh ini.
Doktor kata, yang umi akan ditahan di wad selama dua hari.
*****
Keesokkan harinya Lidya datang lewat ke tempat kerjanya. Dia terbangun lewat.
"Lidya, kenapa awak datang lewat hari ini?" soal Farah.
"Kenapa Farah? Saya ada hal sikit. Itu pasal lambat datang," kata Lidya. Dia terasa pelik kerana Farah menyoalnya begitu.
YOU ARE READING
SUAMIKU VAMPIRE
RomanceKesinambungan daripada CERPEN suamiku vampire...meh baca... "Danish Aniq, siapa tidak kenal dia? Sejak zaman sekolah rendah lagi dia digelar vampire disebabkan personalitinya yang erotik. Waktu siang, wajahnya pucat bagaikan tak cukup darah, tapi m...