Assalamualaikum... lama gila saya tak update...maafkan diri ini... saya dalam proses berpantang. Baru je 16 hari. Semoga semuanya dipermudahkan. Oklah, mesti semua orang tertunggu tunggu sambungan Abang Vampire kita ni. ok Jom baca! Semoga terhibur bab kali ini yang agak berkonflik sikit....
"Semoga kau rasa lebih bahagia," kata Julia menekankan perkataan 'lebih' sambil ketawa dengan gembiranya. Rancangan jahatnya menjadi. Tiada sesiapa dapat menyelamatkan Lidya lagi untuk kali ini.
"Johny, you can start now!" Julia tersenyum sambil dia mula merakam.
'Gila. Memang gila! Siap ada kamera lagi,' dalam hati. Lidya berdoa bersungguh-sungguh. Johny baru sahaja membuka bajunya. Peluh Lidya mula memercik keluar.
"Come here baby," kata Johny perlahan.
Julia meletakkan kamera tersebut di tempatnya dan berlalu keluar dengan ketawa yang kuat. Leher Lidya telah diterokai oleh Johny dan dia mengigit. Lidya terasa sakit. Perasaan takut menapak dalam hatinya. Tudungnya hilang entah ke mana.
Johny memeluk Lidya. Dia menyentuh pipi Lidya. Lidya mohon kekuatan daripada Allah s.w.t supaya melindungi dirinya. Tiba-tiba telefon bimbit lelaki itu berbunyi. Johny menjawabnya sambil membelakangi Lidya. Lidya berusaha melepaskan ikatan ditangannya.
Dengan izin-Nya, ikatan tersebut terbuka. Lidya mencapai kayu yang berada berdekatan dengannya. Apabila Johny berpaling dan ingin meneruskan niatnya yang terbantut tadi, serentak itu Lidya memukul kepala Johny sekuat hatinya lalu pengsan serta tumbang atas tubuhnya. Lidya dihempap oleh Johny. Terasa berat tubuh lelaki mat saleh itu diatas tubuhnya.
Pada masa yang sama, Danish bagaikan orang gila apabila keluar daripada tandas, dia ternampak isterinya yang pengsan di bawa lari oleh seorang lelaki. Dia sempat mencatat nombor plat lelaki tersebut. Hampir dua jam polis menjejaki kereta tersebut dan berjaya dikesan. Danish mengikut bersama polis untuk menyelamatkan isterinya.
Dari jauh kelihatan seorang perempuan menunggu di luar pondok tersebut.
'Julia!' Bisik hatinya.
Marah mula mengusai dalam diri tapi dia sabarkan dirinya. Isterinya paling penting. Polis menyerbu pondok tersebut. Julia tidak dapat berbuat apa-apa. Danish terus masuk ke pondok tersebut. Terkejut dia melihat seorang lelaki menindih isterinya. Dengan pantas dia menolak lelaki tersebut daripada menindih isterinya.
"Eh, dah pengsan?" soal Danish. Tanpa membuang masa, Danish memeluk isterinya.
"Sayang tak ada apa-apa? Luka ke?" Danish bersuara. Lidya hanya mengeleng-gelengkan kepalanya. Dia menangis. Dia takut sangat. Pelukan suaminya yang erat buat dia tenang.
"Dah jangan menangis sayang. Nanti tak comel dah," gurau suaminya. Satu cubitan hinggap di lenggan suaminya. Tapi kepalanya masih sakit dan pening. Dia dibawah sedar. Dia melihat ramai betul orang. Polis.
Apabila Lidya mendonggak melihat wajah suaminya. Alangkah terkejutnya dia lalu Lidya pengsan. Lelaki itu memeluknya erat dan memanggil namanya.
"Alya!" jerit Danish sekuat hati.
Lidya tersedar. Dia terasa kepalanya betul-betul sakit. Tiba-tiba fikirannya bagai teringat kembali segala peristiwa yang berlaku 7 tahun lalu. Dia menahan sakit di kepala. Lidya pengsan semula.
Lidya tersedar semula apabila dia terasa ada tangan yang menggengam tangannya erat. Lidya membuka mata perlahan-lahan. Jelas mukanya terkejut.
Muka Danish sama dengan muka lelaki yang hampir menyebab dia terbunuh 7 tahun lalu. Dia cukup mengenali lelaki durjana ini.
"Alya! Sayang dah sedar," bimbang sungguh Danish. Lega hatinya apabila melihat senyuman Lidya. Diciumnya tangan Lidya.
Lidya tidak selesa. Perlahan-lahan dia menarik tangannya dari terus dipegang Danish. Danish sudah menangkap perasaan Lidya yang kurang senang dengannya. Ahli keluarga yang lain merapatinya. Mengucap syukur kerana Lidya tidak apa-apa.
Datin Erni dan Dato Akil yang mengetahui berita yang menimpa Lidya terus pulang daripada bercuti. Mereka mengucap syukur apabila Lidya baik-baik sahaja.
Keluarga mertuanya begitu baik dengan Lidya. Rasa tidak sanggup untuk melukai hati tua itu. Apabila mereka semua pulang, tinggallah Danish dan Lidya berdua. Tiba-tiba Lidya mengamuk
"Cukup! Jangan nak sentuh-sentuh saya!" tegas kata-kata Lidya.
"Kenapa ni Sayang?" tiba-tiba sahaja Lidya berubah watak.
"Tinggalkan saya Danish vampire," Lidya berkata dengan lemahnya. Dia tidak menyangka lelaki yang menyebabkan dia hilang ingatan ini adalah suaminya kini.
Danish terpana.
Lidya pejamkan matanya. Rapat.
'Kini, apa yang aku tak ingat dulu, berputar hebat dalam fikiran. Ayah, kawan-kawan, basikal nama Boboy dan ....lelaki itu, Danish,' menggigil tubuh badannya menahan diri. Lidya menyabarkan dirinya.
"Alya, abang.." belum sempat Danish berkata habis, Lidya sudah berkata.
"Jangan berabang-abang dengan saya. Geli! Kau tahu parut kat leher saya ni kesan dari kemalangan itu. Baru saya sedar," kata Lidya sambil tangannya meraba parut dileher.
"Alya, saya tiada niat nak buat awak macam tu," bahasa panggilan Danish sudah berubah apabila ditegur oleh Lidya.
"Tiada niat kau kata? Kau cuba nak perkosa saya. Kalau saya tak lari ke tengah jalan, dah lama saya jadi mangsa rakus kau!" hatinya melepaskan segalanya.
Danish terpana. Dia hanya mendiamkan diri. Itu sahaja yang mampu dia lakukan. Lidya betul-betul marah. Biarlah hati itu sejuk dahulu.
Lidya cuba melelapkan matanya malam itu.
'Ya, memang aku bahagia di samping dia. Ada perasaan yang wujud untuk dia tetapi segala-galanya berubah kerana ingatan ini. Sakitnya kepala aku. Ya Allah, kau bantulah hambaMu ini yang dalam kebuntuan. Wajarkah tindakanku terhadap suami seperti ini? Wajarkah?' hatinya merintih. Akhirnya dia terlena dengan lenangan air mata.
Tanpa Lidya sedari, masih tersimpan perasaan hormat kepada Danish sebagai suaminya tetapi ingatan ini mengatasi segala-galanya.
Lidya sudah boleh pulang ke rumah. Wajahnya dimaniskan apabila bersama ahli keluarga tetapi apabila bersama Danish dia tidak dapat menahan perasaan marahnya.
"Saya nak kita pindah rumah. Tak tahan saya nak berlakon lagi," tiada lagi suara yang lembut dari bibir itu.
'Kenapa disaat aku bahagia disampingnya, perkara ini pula yang terjadi? Adakah ini balasan aku di atas segala dosa yang pernah aku lakukan?' jelas wajah Danish sedih.
"Kita tinggal di sini dulu. Kita baru seminggu berkahwin. Apa kata mama nanti?" DANish cuba memujuk isterinya.
"Tidak! Saya nak pindah. So, pindahlah! Atau kau nak saya bagitau apa yang telah kau buat 7 tahun lalu pada saya?" ugut Lidya. Danish mengeluh lalu meninggalkan Lidya bersendirian.
Pada malam itu, ketika mereka semua sedang makan malam, Danish menyuarakan mengenai hasrat Lidya yang ingin pindah rumah.
"Pindah?" Dato Akil agak terkejut.
"Kamu baru kahwin seminggu. Duduk dulu dengan mama yer?" Datin Erni memujuk.
"Tak apalah mama. Danish pun nak berdikari dalam rumah tangga,"
"Kalau sebab itu, papa setuju. Sudahlah mama, mereka pun ada kehidupan mereka sendiri. Jangan kita paksa,"
"Tapi papa..." Datin Erni cuba membantah.
"Please mama?" pujuk Danish walaupun hatinya tidak sanggup untuk keluar dari rumah ini.
Akhirnya Datin Erni bersetuju. Mereka akan berpindah di rumah milik Danish sendiri. Dia memang sudah membeli sebuah rumah apabila dia berkahwin nanti. Seminggu sekali dia akan ke sana.
BERSAMBUNG LAGI....
YOU ARE READING
SUAMIKU VAMPIRE
RomanceKesinambungan daripada CERPEN suamiku vampire...meh baca... "Danish Aniq, siapa tidak kenal dia? Sejak zaman sekolah rendah lagi dia digelar vampire disebabkan personalitinya yang erotik. Waktu siang, wajahnya pucat bagaikan tak cukup darah, tapi m...