SV Bahagia 2 Part 25

3.8K 81 4
                                    

Salam dan selamat petang.... terima kasih yang tinggalkan komen di bab sebelum ni...sangat suka suka suka...suka baca komen korang... nanti komen lagi tau...ini sambungan seterusnya....terima kasih sekali lagi...

Lidya terbangun apabila azan subuh berkumandang. Danish masih lelapkan matanya. Lidya tersenyum. Dia mula berasa bahagia berada disamping Danish. Lelaki itu seorang yang manja dan sering mengharap perhatian daripada dia. Tidak kisah pun. Lidya juga merasa bahagia walaupun malu dengan setiap apa yang digurau oleh Danish.

"Abang, bangun. Sudah subuh," perlahan sahaja Lidya mengejut suami tersayang. Danish mengosok-gosok matanya yang kabur. Dia berasa mengantuk sangat. Semalam dia tidur lewat. Leka menatap wajah isterinya. Bagaikan Lidya akan meninggalkannya jauh.

Danish menarik Lidya ke dalam dakapannya. Dipeluk erat tubuh itu. Lidya terasa pelik dengan sikap suaminya.

"Abang ni sihat ke tidak?"

"Sihat. Kenapa?"

"Peluk Alya lain macam sahaja. Abang ingat Alya nak tinggalkan abang ke?" Lidya tersenyum manis. Dia bahagia di samping Danish.

"Abang takut sayang tinggalkan abang," Danish betul berasa tidak sedap hati. Ada sesuatu yang akan memisahkan dia dengan Lidya.

"Lor... kenapa Alya nak buat camtu? Tempat isteri di sisi suami," kata Lidya. Sedikit sebanyak mengurangkan rasa bimbang Danish. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati...

"Lidya Alya..." Danish menyebut nama isterinya.

"Abang pergilah solat. Alya tunggu sini," Lidya duduk di birai katil. Danish gagahi juga bangun untuk menunaikan solat subuhnya.

Usai solat, Danish merapati Lidya yang jelas sedang termenung. 'Termenung pula buah hati aku ni. Alhamdullillah, hati aku sedikit tenang selepas solat,' syukur hatinya.

"Alya..." lembut sahaja Danish menegur Lidya. Lidya mempamerkan senyuman manis untuk suaminya.

"Ya, abang," Lidya menyahut.

"Walau apa yang terjadi dalam hubungan kita, jangan sesekali Alya tinggalkan abang atau minta cerai dengan abang. Janji sayang?" pinta Danish.

"Kenapa abang cakap macam ni?" Lidya terasa pelik. Dia terkejut dengan perkataan cerai.

"Tiada apa-apa. Sayang janji?"

"Baiklah. Alya janji. Walaupun marah atau terluka, Alya tidak akan tinggalkan abang. Janji?" kata Lidya sambil mengenggam erat tangan Danish. Danish tersenyum. Dia bahagia.

Danish mengucup tangan Lidya.

Mereka bercadang untuk pergi membeli-belah di shopping complex. Saja berjalan-jalan. Sambil berpegangan tangan, Danish mengajak Lidya masuk ke sebuah kedai kasut. Dia meminta Lidya memilih sepasang kasut.

"Tak payah la abang. Alya sudah ada banyak kasut,"

"Itu kasut Alya yang beli tapi ini abang yang beli. Pilihlah yang berkenang di hati," pinta suaminya. Lidya terima juga permintaan Danish. Dia memilik sepasang kasut berwarna hitam. Biasa sahaja.

"Apa? RM 119! Mahalnya abang," Lidya terkejut.

"Tak apa. Mungkin berkualiti kot. Sayang suka yang ni ke?"

"Tak payah abang. Mahal sangat. Tak tergamak nak pakai," kata Lidya.

"Janganlah macam tu. Sedih abang,"

"Tak apa abang. Jom kita pergi makan," ajak Lidya. Rimas dia dengan permintaan Danish. Itu bukan sikapnya.

"OK, Sayang nak makan apa?"

"Apa sahaja..."

Akhirnya mereka mengambil keputusan makan di PIZZAHUT. Selepas makan, mereka pulang untuk berehat di rumah sahaja.

*****

Haris sedang asyik lepak dalam biliknya. Setelah penat bekerja di pejabat, dia berehat di rumah. Mendengar lagu di radio. Lagu 'what you want' bagaikan memahami perasaannya yang ini merana akibat kecurangan Sarah. Apa yang Sarah mahukan sebenarnya daripada dia? Kenapa dia berlaku curang juga? Apa kekurangan diri ini?

Haris menyanyi lagi tersebut sampai habis. Dia teringat senyuman seorang gadis yang kadang-kadang mengganggu fikirannya.

Rumahnya yang bersepah, dikemaskannya. Semestinya bukan dia yang kemas, orang gaji yang dipanggil dari rumah ibunya. Pinjam sehari.

"Ada lagi yang nak mak cik kemas?"

"Tak ada dah. Terima kasih mak cik. Pak cik dah tunggu tu,"

"Sama-sama tuan," dia berlalu pergi.

Haris melihat sekeliling rumahnya. Kemas. Dia sudah tersenyum puas. Rumah ini sudah lama dia duduki. Tiga tahun sudah. Memang Haris sayang rumah ni dan suka tinggal di situ. Akhirnya dia terlena kepenatan.

Dia tersedar apabila telefon dia berbunyi kuat.

"Siapa yang mesej aku malam-malam hari ni," Haris melihat jam telefon bimbitnya. Baru pukul 8 malam. Ada mesej. Dia baca mesej itu.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

-Danish-

Dahi Haris berkerut. 'Macam mana dia tahu aku ada masalah dengan Sarah? Pelik! Padahal aku tak citer apa-apa pun,' desis hatinya lalu Haris bertanya. Danish pun membalas.

Sebab kali pertama dalam hidup kau, bila jumpa aku kau tak cerita pasal kekasih hati kau, Sarah. Tambahan pula, muka kau cam tekanan sahaja. So aku dapat agak la. Selalu kalau kau ada masalah dengan sarah. Memang muka kau macam tu

-Danish-

Kini baru Haris faham. Terima kasih Danish.

Haris membaca semula mesej yang pertama tadi, dia sedar dan memikir. 'Betul juga! Aku perlu teruskan kehidupan aku, tak payah nak sedih-sedih lagi,' malam itu Haris keluar membeli belah lagi. Memang puas hatinya.

Sedang asyik dia berjalan, Haris masuk ke dalam sebuah kedai buku. Dia terbaca sesuatu yang menarik perhatiannya. Segera dia beli buku tersebut.

Haris tidak sabar untuk membaca buku tersebut segera pulang ke rumah. Selepas membersihkan diri dan solat isyak, dia berehat seketika lalu diambil buku yang dibelinya tadi.

PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN SELEPAS PUTUS CINTA.

"Wah, menarik! Aku dikira sebagai putus cinta la. Si Sarah tu dah curang pada aku. Secara automatiknya aku sudah jadi single," ada nada gembira di situ.

Berdoa pada Yang Esa – Biasanya langkah ini akan membuat hati anda tenang dan damai. Berdoalah agar memperolehi pasangan anda. Mintalah dekatkan jodoh anda.

"Cara ini memang dah lama aku buat. Berdoa. Alhamdullillah hati aku memang tenang. Taklah nak mengamuk sahaja," Haris terasa insaf. Dia harus bersyukur dengan kurniaan yang Allah beri padanya.

Siapa takut jatuh cinta – Baca buku 'A walk to remember' hasil karya Nicholas Sparks atau tontonlah filemnya kerana ia pasti akan mengembalikan keyakinan anda pada diri sendiri dan cinta. Ia juga mampu mengelakkan kita daripada trauma untuk bercinta.

"Boleh percaya ke ni? Best ke filem ni? Kena cari ni dan tengok sendiri," tiba-tiba matanya kuyu lagi. Sudah beberapa kali dia menguap. Penat berjalan tadi. Jam sudah menunjukkan pukul 11.55 malam.

"Baik tidur!" mudah sahaja mata Haris lelap. Dia berharap, esok pagi dia bangun dengan hati yang lebih ceria dan bahagia. Amin....

U4#

SUAMIKU VAMPIREWhere stories live. Discover now