Bab 10:Kenangan lama

1.1K 21 2
                                    

"Esok event tu pukul 10 pagi kan Shiela? So I nak ada dekat sana pukul berapa?"tanya ku pada Shiela melalui panggilan telefon.

"It's up to you, but before 12 tengah hari lah you dah kena ada dekat sana."terang Shiela padaku.

"Ok, jumpa kat sana nanti. I tak tahu sangat pasal benda ni. You tahu lah I kan, tak berapa nak tahu sangat pasal event ni."luahku. Harap Shiela memahami. Dia sudah sedia maklum ini bukan bidang kerja aku. Tapi dia tetap bersyukur aku masih mahu menggantikan tempat Imah untuk menguruskan event kali ini.

"Tu lah pasal, I tahu ni bukan bidang You. Tapi tak apa lah, at least You ada untuk backup I. Apa-apa pun thanks tau Zara sebab terpaksa susahkan You."Dah menjadi kebiasaan, kami menolong sesama sendiri. Pernah satu ketika aku terpaksa bercuti seminggu semasa mama ditahan hospital. Shiela juga lah yang banyak backup kerja-kerjaku di office.

"Ala, tak kisah pun. So esok jumpa dekat sana je ok. I pun nak mandi, makan and rest ni. Dari malam tadi drive dari Melaka sorang-sorang, penat tak boleh nak cerita dah ni."keluhku.

"Ok beb, take a good rest eh? Good Morninght Zara. Bye."ucap Shiela.

"U too, Bye."balasku ringkas lantas ku sentuh butang end call.

Usai mandi, aku mengambil peluang untuk merasai angin pagi dari balkoni bilikku. Sejuk dan nyaman sahaja cuaca pagi itu. Ditemani angin laut dari Pantai Batu Ferringghi yang meniup. Sungguh menenangkan jiwa. Perut sudah mula berkeroncong mintak di isi. Aku bersiap se simple mungkin. Aku bercadang untuk keluar mencari makanan untuk sarapan pagi. Tiba-tiba ku teringat tentang Transfer Road. Di situ semua orang cakap roti canai banjir yang paling tip top. Tanpa berfikir, aku terus membuka waze dan menaip arah menuju ke sana. Perjalanan tidak lah mengambil masa yang lama, dalam setengah jam aku tiba di warung tersebut. Ramai juga pelanggan pagi itu, aku terpaksa berkongsi meja dengan seorang pasangan suami isteri yang dalam lingkungan 50-an.

Selepas selesai sarapan pagi. Aku memandu pulang ke hotel. Niat di hati untuk pusing-pusing di sekitar bandar Georgetown, tetapi difikirkan badan yang terlalu penat, aku batalkan saja niat itu. Sampai di bilik aku merebahkan diri di atas katil, tidak sedar pukul berapa aku terlelap.

~

Aku tersedar tatkala terdengar telefonku berbunyi. Jam menunjukkan pukul 4 petang. Dalam keadaan yang masih mengantuk, aku mengangkat panggilan tanpa melihat siapa yang menelefonku.

"Yer, siapa ni?"tanyaku sebaik sahaja aku meletak telefon ditelinga.

"Zara ke ni?"tanya si pemanggil pula.

"Yer, Zara ni. Siapa ni?"aku mengulangi semula soalanku tadi.

"Farhan."jawabnya ringkas tapi mampu membuat segenap adrenalinku berkocak.

"Farhan?"seperti mati hidup semula, seperti seakan tidak percaya. Setelah tiga tahun berlalu, wajah yang ku sudah mula lupa kembali bermain di minda.

"Terkejut?"soalnya lagi. Gila tidak terkejut. Kekasih lama yang sudah lama menghilang tiba-tiba muncul bila mana kau sudah mulakan hidup baru.

"Mana awak dapat nombor telefon saya ni Paan?"lidahku masih lancar menyebut nama panggilan Farhan.

"Rahsia. Saya kalau nak, saya mesti dapat. Awak bukan tak kenal saya kan Zara?"ye,memang aku kenal. Lelaki yang tak mudah menyerah kalah. Selagi apa yang diingini tak tercapai, selagi itu takkan berhenti.

"Kalau bertekak dari mana awak dapat nombor saya ni, sampai esok takkan habis. So awak nak apa dari saya ni?"aku terus straight to the point. Malas mahu meleweh dengan pelbagai soalan yang ku tahu tidak akan dijawab dengan serius oleh Farhan.

Kerna Ku Sayang KamuWhere stories live. Discover now