"Awak bercerita apa dengan Mama awak pasal saya?"Amal memulakan perbualan. Selesai makan tadi aku dan Amal mengambil keputusan untuk duduk mengambil angin di luar rumah. Aku mengambil tempat di buaian yang terletak di penjuru halaman rumah.
"Saya tak cerita apa-apa pun. Cuma saya bagitahu yang awak nak datang je." Ringkas. Aku tahu Amal cuba mengorek sesuatu dariku. Dia merasakan aku ada bercerita pada Mama tentangnya.
"Ye ke?"Amal mengerutkan dahinya. Amal mengeluarkan kotak rokok dari poketnya. Dia ambil sebatang rokok dan menyalakannya dengan lighter. " Tapi cara Mama awak tanya saya, macam awak ni ada bercerita something tau." Katanya sambil menyedut rokok yang dinyalakkan tadi.
"Hah? Mama tanya apa dekat awak?"Aku terkejut. Risau yang Mama bertanya bukan-bukan padanya.
"Dia tanya saya bila nak masuk meminang awak.?"Rasa mahu luruh jantungku mendengar soalan Mama itu.
"Biar betul? Then awak jawab apa?" Soalku lagi. Mahukan kepastian.
"Saya jawablah yang saya tunggu awak punya greenlight." Slumber Amal menjawab.
Aku pula yang mengerutkan dahi. Masih tak percaya apa yang keluar dari mulut Amal.
"Mama ni..apalah tanya soalan macam tu."Aku mengeluh.
"Biarlah dia tanya macam tu. At least dia tahu macam mana effort lelaki yang anak manja dia ni berkawan." Aku hanya diam. Memikirkan tentang apa yang diperkatakan oleh Amal.
"Memanglah, tapi macam nampak tak proper pula." Aku melemparkan pandangan ke arah luar rumah.
"Sayang, Mama awak tak nak awak kecewa lagi. Sebab itu dia tanya saya macam tu. Pada saya, tak salah pun. Saya memang suka awak. Saya memang nak kahwin dengan awak. Cuma saya tunggu awak untuk ready terima saya je." Panjang lebar dia menjelaskannya.
Aku tidak respon kepada jawapan Amal. Sebenarnya aku sendiri tidak tahu sejauh mana hubungan kami berdua. Jadi sebab itu bila dia bercerita soal ini aku jadi ragu-ragu. Aku takut. Semua sudah sedia maklum bagaimana sakitnya aku dulu ketika putus dengan Farhan. Aku tidak mahu semua itu berulang lagi.
"Dalam dunia ni Zara, apa yang kita buat semua ada risiko. Tak kisah lagi dari segi apa pun. Belajar,berkawan,bekerja termasuklah sekali dengan bercinta. Tapi itu masing-masing punya cara. Whether kita ni berani nak tanggung risiko tu ke tidak. Saya tahu awak ragu-ragu dengan saya. Mungkin sebab kita baru je kenal. Tak sampai dua bulan kan? Tapi saya serius dengan awak Zara. Saya mengaku saya memang susah untuk suka perempuan. Tapi bila dengan awak, saya jadi lain sangat. Kalau awak risau saya nak permainkan perasaan awak, awak dah silap tau. Kita bukan budak-budak yang berkawan semata-mata untuk bercinta. Saya nak hubungan yang ada penghujungnya. Penghujung sampai kita kahwin. Cuma saya minta awak bagilah peluang pada hati awak tu untuk kenal saya dan percaya saya. Saya tak minta banyak pun. Itu je." Aku masih membisu. Tidak tahu apa yang harusku jawab. Aku beranikan diri untuk memandangnya. Ku cuba cari keikhlasan yang mungkin terpancar dari riak wajahnya.
"Yelah." Tidak semena-mena ayat itu terkeluar dari mulutku. Aku tak tahu mengapa. Mungkin apa yang dikatakan oleh Amal itu benar. Aku perlu keluar dari kepompong hidupku. Aku perlu buang sifat takut yang terlalu menggunung dalam hatiku. Aku perlu cuba untuk membahagiakan diriku. Jika bukan aku, siapa lagi yang mampu. Seperti ada satu semangat baru yang datang entah dari mana. Mungkin dari Amal, lelaki yang berada di sebelahku ini.
YOU ARE READING
Kerna Ku Sayang Kamu
RomanceHarus kah diriku mengorbankan lagi cinta yang telah lahir dihatiku Hanya kerna ku tak sanggup lagi menerima cubaan darimu Tuhan kini ku bertanya sebenarnya aku siapa Tuhan cuba tolong diriku yang sebenarnya untuk siapa Dan cuba tunjukan aku di lahir...