"Sedapkan makanan dekat sini? Betul tak apa saya cakap tadi?"Farhan cuba memulakan perbualan. Sejak sampai di restoran ini, aku hanya diam menghadap phone. Aku hanya bercakap ketika pelayan mahu mengambil pesanan sahaja.
"Boleh tahanlah, tapi tak sesedap tempat yang kita penah makan dekat Alor Setar dulu."Aku masih teringat semasa kali pertama Farhan membawaku pulang ke Alor Setar. Dia mengajakku untuk makan di sebuah restoran berhampiran stesen bas Alor Setar. Tidak dapat dinafikan kesedapannya. Betul-betul mengena dengan citarasaku.
"Chika's Western Food tu eh?"Farhan cuba meneka.
Aku hanya mengganguk pada jawapan yang diberikannya.
"Kedai tu dah takdak lagi, depa dah pindah dekat tempat lain. Dengaq cerita kawasan depa niaga tu nak buat tapak bangunan. Kalau tak silaplah."Farhan mula bercerita.
"Ala baru je planning nak pergi makan nanti. Kempunanlah macam ni."Aku sedih kerana apa yang dihajati tidak mungkin tertunai.
"Bila awak nak mai Kedah? Tak bagitau pun kan. Sampai hati." Tiba-tiba dia merajuk. Aku hanya cakap saja. Entah bila aku nak pergi ke Kedah pun tak tahu.
"Saya cakap je nak pergi, tapi bila tu saya pun tak tahu. Yang awak tiba-tiba nak merajuk kenapa? Lempang nak lempang?"Aku cuba untuk bergurau dengannya. Moga-moga rajuknya tidaklah berpanjangan.
"La, mana tau. Entah-entah awak nak pi Kedah tu pun tak mau saya tau kan?"Farhan kembali dengan rajuknya.
"Kenapalah suka fikir negatif sangat. Kan dah cakap nak pergi pun tak tahu bila, so tak payahlah nak merajuk macam budak-budak."Aku cuba bersikap tenang, walhal sudah panas hati juga ni.
Farhan tersengih. "Gurau sikit pun dah nak marah, senyumlah sikit. Kalau senyum kan nampak lagi comel."Kali ini dia pula cuba memujukku.
"Eei, nak gurau pun tak payahlah macam ni. Tak suka tahu tak?" Aku memuncungkan bibirku tanda marah. Biar dia tahu marahku bukan main-main.
"Mak ai! Garangnya cik kak seorang ni. Zara garang-garang ni kenapa? Meh sini meh nak tarik muncung tu. Bukan main panjang sedepa. Kalah itik." Dia cuba meniru muncung itik. Hati yang sedang panas tiba-tiba berubah sejuk. Mahu tergelak dengan gelagatnya itu.
"Tak lawaklah ok?"Aku cuba menahan tawaku. Seboleh-bolehnya aku cuba untuk tidak mengukir senyuman juga.
"Nak gelak, gelak jela. Tahan-tahan buat apa."Farhan tergelak kecil.
"Kalau saya tak nak gelak awak nak buat apa?"aku cuba menduga.
"Kalau awak tak nak gelak, jangan sampai saya tarik hidung awak."Farhan mencuba menarik hidungku. Aku cuba mengelak. Secara tidak sengaja aku tertumpahkan airnya di atas meja.
"Aiyok..tak tahu."Farhan cuba menakutkanku.
Aku jadi kelam kabut. Entah kenapa perangaiku malam ini.
"Ala, macam mana ni? Awak sorry tau, saya tak sengaja. Tak perasan ada air awak kat sini."Aku jadi serba salah dibuatnya. "Awak ambil air saya ni ok. Saya tak kesah pun."Aku cuba memperbetulkan keadaan.
"Eleh, cakap jela nak bagi sharing air kan? Malu-malu pula. Saya boleh je order baru."Farhan tergelak besar. Akhirnya dia dapat mengenakan aku. Ciss!
"Ok fine. Malas nak cakap dengan awak lagi. Pergi cakap sorang-sorang kat sana."Aku merajuk. Padahal mukaku sudah merah padam menahan malu.
Ku lihat Farhan memandangku. Dia melemparkan senyuman yang amat manis. Benar kata orang, satu senyuman mampu mengundang seribu perasaan. Ya, perasaan rindu yang bertahun ku pendam selama ini.
YOU ARE READING
Kerna Ku Sayang Kamu
RomanceHarus kah diriku mengorbankan lagi cinta yang telah lahir dihatiku Hanya kerna ku tak sanggup lagi menerima cubaan darimu Tuhan kini ku bertanya sebenarnya aku siapa Tuhan cuba tolong diriku yang sebenarnya untuk siapa Dan cuba tunjukan aku di lahir...