"Saya rasa awak kena ganti handle event dekat Penang tu Zara."ujar Puan Zabidah, pengurus besar Ammar Travel and Tours. "Imah tak dapat pergi sebab dia ada emergency case." Damn! Baru planning nak rest je kat rumah weekend ni. Dah kena kerja. Jauh pula tu nak kena pergi. Haih!
"Baiklah Puan. Jadi bila saya kena gerak ke Penang tu?"soalku. Harini sudah khamis. Esok pula jumaat. Kalau dia menyuruhku untuk gerak lepas kerja esok memang gilalah. Mana sempat nak rest, dengan kelam kabut nak drive ke sana. Ingat dekat ke Melaka ke Penang. Dah la aku drive seorang.
"Malam ni awak dah boleh gerak ke sana. Sampai je awak boleh terus check-in dekat Gurney Hotel tu."jelasnya padaku. Lega sebenarnya sebab dia menyuruhku gerak malam ni. Sekurang-kurangnya tak ada lah aku terkejar-kejar masa untuk sampai ke sana. "Anything nanti awak call Shiela, dia dah ada dekat sana. Segala semua pasal event tu dia tahu, awak refer pada dia."
"Ok Puan, nanti bila saya dah dekat sana I will let you know."Puan Zabidah hanya mengganguk. Dia menunju ke pantri untuk makan tengah hari.
Banyak lagi kerja dekat office ni tak settel. Minggu depan kena buat presentation dekat head department. Bulan ni memang kelam kabut habis. Tak tahu lah kenapa. Mungkin sebab dah dekat dengan musim audit, tu yang semua kerja nak cepat je. Keluhku di dalam hati.
"Shima mana Shima?"soalku dari tempat duduk.
"Ye Kak Zara, Shima kat sini!"jawabnya.
"Shima tengah makan ke? Kalau tengah makan, habiskan makan dulu nanti datang jumpa saya." Aku lupa sekarang tengah waktu lunch, serba salah pula menganggu masa rehatnya.
"Tak ada lah kak, harini Shima puasa. Kenapa kak?" Sekelip mata dia sudah berada di depan mejaku.
"Ok good. Saya nak mintak tolong sangat Shima buatkan slide presentation tu. Buat elok-elok,bagus-bagus and cantik-cantik tau. Saya tak sempat ni nak buat. Malam ni kena outstation ke Penang sampai hari ahad. Isnin dah kena present kan."rayuku padanya. Hendak tak hendak, aku terpaksa juga suruh Shima tolong.
"Boleh kak, tapi kot-kot ada salah macam mana?"soalnya padaku pula.
"Tu tak apa, nanti isnin pagi saya review and betulkan apa yang silap."jawabku ringkas.
"Now, this burden is yours. I rely on you tau."jelasku. Bukan nak menakutkan Shima, cuma berharap dia dapat buat tugasan yang aku beri tu dengan bersungguh-sunguh bukan setakat ala kadar sahaja.
"InsyaAllah kak, I'll try."Shima tersenyum.
"Ok. Sorry tau sebab ganggu waktu tengah break."aku memohon maaf.
~
Setibanya di rumah selepas pulang dari kerja, aku bergegas naik ke bilik. Mama tengah sibuk mengemas dapur atau sediakan minum petang mungkin, fikirku. Aku mengeluarkan beg luggage dari atas almari dan memilih pakaian yang hendak dibawa ke Penang nanti.Tiba-tiba pintu biliku di buka dan mama memancarkan reaksi pelik terhadapku.
"Dah nak kemana dengan beg dan baju ni semua? Nak lari rumah ke?"soal mama.
Aku gelak besar dengan pertanyaan mama. Dah besar-besar nak lari rumah. Macam orang hilang akal lah pula.
"Tak ada lah, kena outstation ke Penang.Urgent case. Malam ni gerak then ahad balik."jawabku sambil melipat baju-baju yang hendak dimasukkan ke dalam luggage.
"Oh, tu pasal pelik. Selalu balik singgah dapur dulu, ni tak terus naik bilik je. Ingat ada apa hal." mama menduga.
"Tak ada hal apa pun. Mama masak apa je petang ni? Laparlah, harini tak sempat lunch pun dekat office, banyak sangat kerja. Lepastu semua nak rushing je."tanyaku sambil buat muka kesian.
"Tadi masak cekodok pisang je. Tengah hari tadi mama masak asam pedas ikan pari. Makanlah dulu, nanti baru sambung kemas."ujar mama.
"Sikit je lagi ni nak kemas, nanti orang turun makan eh?"balasku pada mama. Aku bukan apa, nanti kalau lepas makan mulalah mengantuk. Bila mengantuk malas nak mengemas.
"Mana-manalah ikut suka. Dah satu hari tak makan, tahan-tahan makan, kejap lagi gastrik pula."bebel mama lagi.
Aku hanya tersengih. Malas nak menjawab lagi. Nanti satu kerja tak jalan kalau di lawan bebelan mama tu. Mama terus berlalu keluar dari bilik menuju ke bawah. Jam menunjukan pukul 7 petang. Waktu-waktu begini memang waktu dia menonton televisyen.
YOU ARE READING
Kerna Ku Sayang Kamu
RomanceHarus kah diriku mengorbankan lagi cinta yang telah lahir dihatiku Hanya kerna ku tak sanggup lagi menerima cubaan darimu Tuhan kini ku bertanya sebenarnya aku siapa Tuhan cuba tolong diriku yang sebenarnya untuk siapa Dan cuba tunjukan aku di lahir...